Wednesday, April 7, 2010

KETUA PEMBANGKANG KENA LETAK JAWATAN!!!



Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mencabar ketua pembangkang supaya mengemukan bukti berhubung dakwaannya ada ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dedahkanlah bukti tentang perkara terbabit, supaya senang kami buat siasatan sebab kita tidak boleh melakukan sesuatu penyiasatan tanpa sebarang bukti atau maklumat,” katanya, semalam.

Nak tergelak sambil melompat-lompat bila KPN mengulas isu ejen Israel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini.

Apa Musa tidak baca akhbar utasan meloya dengan berita hairan ke?
Apa dia tidak tahu Dato' Sri telah membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat, semalam, mendakwa antara lain pembabitan ejen Isreal itu adalah menerusi sebuah syarikat yang diberi subkontrak untuk menaik taraf sistem komunikasi PDRM. Ini apa?

Anwar juga berkata, nilai penuh tender yang diberi kerajaan Malaysia RM1 bilion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Ini bukti ke sajak?

Dalam perkembangan sama, pada 25 November 2008 lalu, Menteri Dalam Negeri ketika itu diberi taklimat di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 4 petang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh polis khususnya jabatan logistik dam cawangan khas.

“Satu laporan polis dibuat antara November dan Disember tahun sama, oleh pegawai polis yang bertanggungjawab dan laporan tersebut disiasat oleh pegawai berpangkat Asisten Superintendan yang dikenali Sairah.

"Bagaimanapun pegawai berkenaan dipindahkan ke Taiping dan tiada maklumat selepas itu,” katanya.

Anwar berkata, kecurigaan timbul berikutan ‘individu’ yang membina sistem itu dikenal pasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai pengatur cara (programer) semasa di Israel yang bernama Izhak David Naskar juga warganegara Israel.

“Izhak adalah ‘pakar’ sistem komputer yang memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

“Pegawai tentera berkenaan dibantu individu lain bagi membina sistem komunikasi yang dikenali Ido Sccheschter," katanya.

Rasanya Anwar kena berhenti jadi ketua pembangkang dan sepatutnya belia menjadi polis negara atau hakim negara.

Kenapa bukti-bukti begini Anwar yang dedahkan dan bukan KPN yang dedahkan?

Apa KPN buat?
Apa polis buat~
zZZzzzz ke??

Kenapa bila Anwar membuat laporan polis disuruhnya Anwar mengemukakan bukti. Apa tugas polis. Hanya menerima laporan yang ada bukti aje ke?

Baik Anwar ajela jadi KPN. Dia(Anwar) senang-senanag bagi bukti. Padahal dia nak berbahas di parlimen lagi, nak layan tuduhan nakal saipul bukori lagi. Tapi sempat pula di mencari bukti. Tapi KPN masih suruh Anwar cari bukti lagi. Nak cari bukti setinggi KLCC dulu ke baru siasatan nak dibuka.

Dulu kes pelantikan hakim yang Anwar bagi video koret-koret tu apa cerita?
Kenapa mesti Ketua pembangkang yang ada bukti-bukti itu.

Nak tanya~
betul ke KPN ni dulu tipu ada ijazah?
betul ke KPN ni ada diploma je?
Bila nak bersara?

No comments:

Post a Comment