Tuesday, July 5, 2011

BERSIH 2.0 masih belum haram!



Bagaimana penjual baju BERSIH 2.0 atau yang memakai baju BERSIH 2.O dianggap bersalah. Bilakan Proses Penggubalan Undang-undang oleh Parlimen terjadi dan bilakah berlakunya penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Rasanya Proses penggubalan undang-undang akan melalui banyak perkara. Ianya Rang Undang-undang Didraf Oleh Menteri dan Undang-undang tersebut diperkenan oleh YDA.

Rasanya Pengharaman BERSIH 2.0 dan pengharaman memakai dan memiliki segala jenis barangan BERSIH 2.0 baru dinyatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan masih belum melalui Parlimen.

Proses Penggubalan Undang-undang oleh Parlimen adalah seperti berikut:

a) Rang Undang-undang Didraf Oleh Menteri;
b) Rang Undang-undang Disediakan Oleh Jabatan Peguam Negara;
c) Kelulusan Kabinet;
d) Bacaan kali Pertama; ( hanya satu formaliti - Menteri/Speaker atau pembantang rang undang-undang membacakan tajuk sahaja. Tiada Perbahasan diperingkat ini);
e) Bacaan Kedua;( dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara) - peringkat paling penting, rang undag-undang akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh, undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang-undang dibuat (hanya Dewan Rakyat berhak Menolak), setelah rang undang dipersetujui oleh kedua-dua dewan rang undang-undang akan diserahkan ke peringkat jawatankuasa.
e) Peringkat Jawatankuasa- rang undang-undang dirujuk kepada Jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Seluruh Dewan, Rang undang-undang akan dibahaskan dengan lebih terperinci, berhak meminda/mengubahsuai sesuatu rang undang-undang;
f) Bacaan Ketiga; (dalam Dewan rakyat dan Dewan Negara) -dibahas sekali lagi jika perlu, undian dijalankan sekali lagi untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.
g) Undang-undang diperkenan oleh YDA;
h) Undang-undang dimasukan dalam warta Kerajaan.

Jika BERSIH 2.0 masih belum haram, tetapi kenapa sudah ada tangkapan. Tangkapan yang dibuat sudah menghina Parlimen dimana perkara ini telah mendahuli Parlimen. Sepatutnya, Undang-undang harus dibahas di Parlimen dan diperkenan oleh YDA barulah ianya dimasukan dalam warta Kerajaan.

Harap kita semua tidak ditipu dengan mudah dan semoga orang kita yang bijakpandai dalam proses penggubalan undang-undang dapat bertindak dan seterusnya dapat membela nasib kawan-kawan dan saudara kita yang ditangkap kerana menjual atau memiliki Baju BERSIH 2.0.

Semoga mereka yang telah pandai mengatakan BERSIH 2.0 ini haram dapat membaca kemabali "BUKU SEJARAH SPM" dalam proses penggubalan undang-undang.

1 comment: