Monday, July 4, 2011

Demo Tunjuk Perasaan dan “Menghantar memorandum” dua perkara yang “BERBEZA”



Masih ramai yang terkeliru dengan perhimpuanan BERSIH 2.0. Perhimpunan secara aman BERSIH 2.0 bukan demo atau tunjuk perasaan, tetapi ianya merupakan proses menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Dan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin langsung tidak menghalang proses penyerahan memorandum ini.

Tunjuk perasaan dan proses menyerahkan memorandum adalah 2 perkara yang amat berbeza. Pihak BERSIH 2.0 langsung tidak menyebut untuk melakukan aktiviti berdemo atau menunjuk perasaan. Pihak BERSIH 2.0 secara terang dan tanpa berselindung menyatakan hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Bahkan, gerakan BERSIH 2.0 juga telah mengariskan tuntutan yang dituntut oleh BERSIH 2.0.

Maka kenapa proses menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong perlu diwartakan sebagai aktiviti yang haram. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Siapa yang biadad dan bodoh telah melanggar Perlembagaan Negara ini.

BERSIH 2.0 telah menjanjikan bahawa, proses menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung dengan aman dan seharusnya pihak polis harus menjaga keamanan jika berlaku provokasi dari pihak yang tertentu dan bukannya turut sama bersama-sama dengan pihak-pihak yang tertentu yang berkepentingan dalam politik. Harus diingat, BERSIH 2.0 bukan berkepentingan mana-mana individu atau parti, ianya adalah untuk rakyat dan merupakan satu aktiviti rakyat yang aman dan bukannya aktiviti yang memprovokasi atau menghina sensiviti agama seperti mana perhimpunan di S.alam tidak lama dahulu.

Suka ingin dinyatakan sekali lagi, Demo Tunjuk Perasaan dan “Menghantar memorandum” dua perkara yang “BERBEZA” dan jangan kerana terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri mempernampakkan kebodohan yang ada di dalam diri.

Dan jika Kerajaan hari ini tidak dapat memenuhi kehendak rakyat, maka untuk apa lagi berkhidmat untuk rakyat. Pakatan rakyat telah berjanji, jika mereka dapat menawan Putrajaya, mereka akan memenuhi kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih.

No comments:

Post a Comment