Monday, May 14, 2012

Apa gelaran bagi PEROMPAK ROYALTI Kelantan?


Najib telah dikejam oleh "haram jadah" daripada warga Johor yang menentang penyenaraian FGVH. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang mengelar kumpulan ini sebagai "haram jadah".

Ucapan "haram jadah" telah diucap oleh Perdana Menteri sebanyak 2 kali. Dalam kamus dewan "haram jadah" adalah anak luar nikah. Adakah ini peminpin yang emnjadi contoh kepada anak-anak kecil di Negara ini? Mereka bangkit dan menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kerana ia adalah satu rampasan kepada hak mereka. Mereka tidak bersetuju dengan penyenaraian itu kerana berpendapat tanah yang kini telah dikuasai 100 peratus oleh agensi kerajaan akan dibuka kepada pemilikan bukan bumi dan warga asing.

Maka mereka bangkit menengtang kerana merasakan cagaran selama 99 tahun itu adalah perkara yang bodoh dan seolah-olah ingin menjual kepada warga asing. Namun meraka semua telah dianggap "haram jadah" oleh seorang Perdana Menteri sendiri dan Najib juga memberithu dia tidak rela dan tidak redha untuk memberikan rm15 ribu durian runtuh itu kepada mereka yang melawannya di mahkamah itu. Namun mereka semua menganggap pemberian duirian runtuh yang hanya sekali itu adalah mainan politik yang tidak akan menguntungkan mereka bahkan akan merugikan mereka dan mereka mungkin tidak akan memiliki tanah tersebut tetapi lebih memberi peluang kepada warga asing untuk memiliki aset khazanah negara.

Jika para penentang FGVH ini dgelar Najib sebagai "haram jadah" maka apa gelaran rakyat Kelantan terhadap Najib terhadap penafian royalti. Petronas dibawah kuasa parti yang memerintah negara ini telah menidakkan segala macam royalti hanya kerana Kelantan bukan negeri UMNO. Sedang segala fakta telah membuktikan Kelantan sepatutnya mendapat royalti dan gas yang didarat di Songkhla sepatutnya didaratkan di kelantan mengikut faktor jarak tetapi juga telah ditidakkan oleh Petronas mungkin dipengaruhui Kuasa Kerajaan Pusat yang sentiasa menzalimi rakyat Kelantan.

Bagi pimpinan UMNO Kelantan pula dengan selamba badak memberithu bahawa Kerajaan Pusat telah memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Bagi aku, wang ehsan itu bukan untuk rakyat, ianya lebih diagih kepada ketua bahagian UMNO semata-mata. Dan kami juga terasa terhina, kenapa royalti dibayar terus kepada kerajaan Songkhla tetapi tidak kepada rakyat Kelantan. Ini menunujakkan betapa zalimnya kerajaan pusat terhadap rakyat Kelantan. Maka jika para penentang FGVH telah dilabel sebagai "haram jadah" oleh Perdana Menteri Malaysia. Maka sebagai rakyat Kelantan apakah gelaran yang anda mahu beri pada Najib? Sila nyatakan gelaran buat najib jika anda percaya beliaulah yang bertanggungjawab menafikan royalti Kelantan.

Ingat R, ingat?

No comments:

Post a Comment