Tuesday, May 22, 2012

Perjuangan R!


Setelah berhempas pulas untuk meletakkan R di dalam stadium Bukit Jalil perlawanan akhir bola sepak akhirnya berjaya. Segala penat lelah, akhirnya terbayar bila R yang dibina dari cebisan kain hinggalah menjadi raksaksa R yang manjadi tanda tanya setiap orang yang melihatnya?

R adalah gerakan yang ingin memberi perisa baru kepada masakan yang lama. Masih mengunakan bahan yang lama cuma ingin memberi sedikit penyergahan baru demi mengembalikan semangat yang semakin layu.

Apa itu R?

R adalah huruf selepas S yang rasanya sebelum ini hanyalah huruf tanpa dihirau akan kewujudannya. Dan kenapa R yang menjadi huruf untuk gerakan ini. Huruf R adalah huruf pertama dalam perkataan Royalti dan diambil untuk menjadikan simbol dengan harapan rakyat kembali kepada memori lama akan hak rakyat yang telah ditindas REJIM. 

Bermula di kedai makan dengan percambahan ilmu aku, aduka, topeng  dan syam akhirnya sepakat mengunakan huruf R untuk mengembalikan semangat Royalti. Dan mungkin Topeng Perak juga seperti aku yang mungkin telah khatam cerita V for Vendetta terus bersetuju dengan huruf R untuk dilogokan.

Syam terus memberi mandat kepada aku untuk mempopularkan R bermula malam itu juga. Pada malam itu juga logo R yang dibuat dalam masa 6 minit terus aku upload dan meminta kawan-kawan menukarkan profile picture di facebook dengan logo R. Jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong dan menyebarkan R dan malam itu juga hampir 200 penguna facebook menukar profile picture dengan logo R bertema merah putih. Dengan corak yang pelbagai ramai yang mula bertanya apa itu R. Ada yang mengandaikan adakah R itu revolusi? Aku tidak mengiya dan tidak menafikannya.

Rasa tidak cukup dengan hanya difacebook aku yang telah meminta persetujuan rakan-rakan di kedai makan tempoh hari ketika sesi kelahiran R untuk dibawa masuk ke dalam stadium terus mengirok lebih jauh. Kali ini aku terpaksa meminta rakan-rakan yang ada sebelum ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan parti atau gerakan NGO akhirnya bersetuju untuk bersama dalam gerakan R ke Bukit Jalil.

Bermula daripada kain bergulung aku kerat menjadi panjang untuk dijahit menjadi satu kain raksaksa. Kain dikerat di depan stadium dan ramai yang menonton kain itu dikerat. Mereka semua tidak yakin R raksaksa ini akan siapa kerana perlawanan bola sudah tinggal 48 jam dan ketika itu aku baru dalam proses membina kain menjadi raksaksa dan belum lagi masuk proses mengecat atau membina draft R raksaksa. Aku tersenyum dan aku yakin dengan bantuan sahabat yang bertungkus lumus R pasti berada dalam stadium dalam perlawanan akhir ini dan akan keluar dalam siaran televisyen secara live.

Namun malam itu juga masalah besar menimpa. Setelah kain dikerat, si tukang jahit pula tidak buka kedai dan hendak diberi kepada kawan aku pandai menjahit ini maknanya esok dia tak akan dapat pergi kerja. Sedangkan sahabat aku ini tidak pernahs sekali pun ponteng dan tidak pernah meminta MC kerana dalam pekerjaannya jika pekerja tidak mengambil cuti atau MC pekerja itu layak untuk mendapat RM10 ribu. Menghormati kehendaknya aku pergi mencari ke tempat lain.

Teringat dengan seorang kawan si lelaki vespa yang pandai menjahit dan mempunyai kedai jahit malam itu juga jam 1 pagi aku ke kedainya untuk memintanya menjahit kain itu. Pada awalnya sahabat aku itu tidak mahu menerimanya kerana permintaan aku ini permintaan gila katanya. Tempoh masa aku beri kepadanya hanya 12 jam. Namun seteleh dipujuk dan mungkin atas dasar kawan maka dia menerima permintaan aku. Dan malam itu hingga esok pagi, 2 sahabat  geng mods ini akan tumpukan kepada jahitan bendera raksasa ini sahaja. Maka bagi meraikan dan berterima kasih kepadanya bayaran aku bagi lebih dan jutaan kepada Syam yang tanpa banyak soal terus mencari duit tambahan untuk ke bukit jalil untuk menampung kos yang telah "dicuri" dalam pembikinan kain raksakasa.

Esoknya aku ke kedai jahit kawan aku itu untuk mengambil kain raksaksa itu. Alangkan kesiannya melihat sang sahabat penunggang vespa ini terpaksa tidur dikedai jahitnya demi menyiapkan bendera raksaksa dalam masa 12 jam. 

Bendera raksaksa 50% siap.

Malam itu dengan masa yang hanya tinggal 12 jam aku dan kawan-kawan perlu untuk siapkan bendera raksasa dalam kadar yang segera kerana masa yang ada memang tidak mengcukupi. Namun atas semangat dan kerjasaama dan segala maki hamun aku keluarkan akhirnya bendera raksaksa R siap. Usaha aku dan kawan-kawan hampir siap namun cat masih tidak kering. Aku yang takut bendera itu dicuti, dikhianat atau takut ditimpa hujan kerana raksasa R itu diletak ditempat lapang di Padang Bank memerlukan penjagaan yang maksimum. Pada awalnya aku membahagikan shif. Namun rasa tidak paktikal, aku mengambil keputusan untuk menjada seorang diri. Memang ada mat rempit yang menghampiri raksaksa R itu, mungkin kerana mereka melihat aku maka mereka hanya tengok atau memang mereka tak mahu kacau pun. Mungkin itu hanya mainan perasaan aku. Namun aku jaga jga hinggalah pukul 5 pagi, aku balik mandi dan ambil baju untuk dibawa ke bukit jalil terus aku ke padang bank kembali dan Alhamdulillah, bendera raksaksa itu masih gagah dan cat tulisan R sudah kering.

Bas tepat jam 8 setengah sampai ke tempat yang dijanjikan iaitu padang bank. Namun mula bergerak sedikit lambat kerana ada sedikit masalah. Dalam perjalanan itu dalam kepala aku tidak berhenti memikirkan nasib raksaksa R di dalam stadium. Janganlah raksaksa R ini akan dirampas oleh polis seperti mana baner royalti tahun lepas yang hanya bertahan selama 15 minit dalam stadium. Dalam hati tidak putus berdoa kepada ALLAH swt supaya tempoh hayat raksaksa R lebih lama dalam stadium bukit jalil nanti.

Setelah siap berkempeng royalti di perkarangan stadium bukit jalil tibalah petang itu untuk masuk ke dalam stadium membawa raksaksa R ke dalam stadium. Pelbagai stategi dibina untuk membawa masuk bendera raksaksa ini. Pada mulanya aku bercadang untuk melempar ke dari luar pagar. Namun melihat jarak yang jauh dan ada polis yang berjaga lebih baik masuk secara gentel terlebih dahulu dan jika tidak dibenarkan barulah dicari cara lain. Aku pecahkan kepada 2 kumpulan, satu kumpulan masukkan bendera terlebih dahulu dan 1 lagi sebagai back up jika-jika bendera raksaksa itu tidak dibenarkan berada di dalam stadium.

Namun Allah swt itu maha kaya maka bendera raksaksa itu masuk ke dalam stadium hanya dengan sedikit sekatan namum berjaya menyelinap berada di dalam stadium bukit jalil. Tempat yang kami rancang untuk mengibarkan bendera ini tekah penuh. Maka kami ubah tempat tanpa dirancang dengan awal. Namun rupa-rupanya, tempat itulah tempat paling strategi untuk kibarkan raksaksa R.

Bertempat di tepi skrin besar dan berdekatan dengan ultas Kelantan maka ramai penonton tertumpu juga tempat kami kibarkan bendera R raksaksa. di dalam stadium bukit jalil. Ketika perlawanan bola, aku menerima SMS daripada kawan yang tidak datang ke bukit jalil tetapi sedang menonton siarang langsung di tv memberitahu raksaksa R kami telah difokus 3,4 kali di televisyen. Aku masih tidak teruja kerana hanya 1 sms sahaja yang kirimkan khabar gembira ini.

Namun selepas perlawanan bola sepak aku menerima bertubi-tubi mengucapkan taniah R raksaksa memang TERLIVE di astro dan tv1. Dan raksaksa R itu telah berada dalam stadium sebelum perlawanan bermula hinggalah perlawanan tamat. Dan akhirnya aku melepaskan raksaksa R itu ke seberang melalui tangan-tangan rakyat Kelantan untuk dikongsikan bersama. Aku melihat R bergerak melalui tangan-tangan tanpa mereka sedar itulah monumer untuk kembalikan royalti kepada Kelantan.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Mungkin ada yang bertanya apakah keuntungan kerja ini. Maka inilah kemenagn moral bagi kami dan semangat kami semamin membara untuk berjuang mendapatkan kembalin royalti hak Kelantan. Dan mungkin mereka yang tertanya-tanya apakah simbol R raksaksa itu akan  bertanya dan berbual-bual dengan rakannya atau ahli keluarganya apakah itu R. Maka dengan yakin, selepas ini, mereka akan ingat Royalti bila melihat huruf R.

Kembalikan hak kami, Ingat R ingat Royalti. !!!

No comments:

Post a Comment