Friday, July 6, 2012

Revolusi vs Reformasi

Sujud syukur pada ALLAH swt kemenangan Dr Morshi

Jutaan rakyat Mesir bersujud syukur apabila Dr. Morsi diumumkan sebagai Presiden yang baru di Mesir mengantikan Husni Mubarak. Dr Morshi mewakili khwanul Muslimin merupakan calon pertama yang memenangi pilihanraya yang betul-betul dipilih oleh rakyat. Dr Morshi juga adalah orang awam yang pertama dapat menerajui Mesir sejak monarki Mesir digulingkan pada tahun 1952.Berjuta rakyat tidak mengira agama dan bangsa merasa gembira dengan kemenangan ini dan menganggap kemenangan Dr Morshi adalah kemenangan setiap umat di Mesir dan kemenangan "revolusi mesir" telah disambut pelbagai lapisan dimana para aktivis berhaluan kiri dan setiap rakyat yang bukan sahaja dikalangan ikhwan sendiri, dimana setiap rakyat Mesir telah memilih ikhwan dalam pilihanraya sehingga mengankat Presiden Parti yang pernah diharamkan menjadi Presiden negara itu.

Sujud syukur kepada ALLAH swt Anwar dibebaskan
Sujud Syukur Rahmat Harun selepas Anwar diumumkan tidak bersalah

Puluhan ribu penyokong Anwar berkumpul pada hari kemenangan kecil 901. Kemanangan terbesar adalah selepas PRU-13


Berpuluh ribu rakyat tidak mengira agama dan bangsa berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkumpul dan bersyukur apabila mahkmah mengumumkan bahawa DSAI didapati tidak bersalah. Seorang aktivis Rahmat Haron terus bersujud syukur apabila keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ramai penyokongnya mengalir mata gembira apabila mendengar keputusan itu. Penyokongnya hadir melaungkan reformasi reformasi reformasi dengan penuh semangat dan bersorak gembira apabila DSAI diumumkan tidak bersalah.
Gambar ni ambil selepas himpunan 901 dirumah DSAI sebelum beliau terbang ke India berjumpa dengan cucu Mahatma Gandhi. Lawan tetap lawan! 

Apa kaitan Dr Morshi dengan Anwar?

Jika penyokong Dr Morshi melauangkan REVOLUSI, penyokong DSAI pula bersemangat melaungkan REFORMASI juga dengan niat yang sama iaitu inginkan agin perubahan dari segi peminpin tertinggi dalam negara. Jika rakyat Mesir bersemangat melaungkan Revolusi yang ingin perubahan Presiden Mesir kami di Malaysia melaungkan Reformasi inginkan peminpin yang baru bagi mengantikan pucuk pimpinan UMNO yang sudah berumur 66 tahun apabila Umno halal dicampur dengan UMNO haram.

Kemengan di Mesir amat dicemburi rakyat Malaysia apabila melihat mereka (rakyat mesir) sudah mendapat pucuk pimpinan tertinggi yang benar-benar dipilih mereka sendiri. Walaupun satu ketika dahulu Ikhwan pernah diharamkan namun kini semua orang rakyat Mesir bergembira dan menerima Dr Morshi sebagai Presiden mereka.

Semoga DSAI Perdana Menteri selepas PRU 13

Pru-13 merupakan satu pilihanraya yang paling sengit sejak sistem PRU diperkenalkan. Pelbagai fitnah dan gerak kerja gila dilakukan demi menghancurkan cita-cita Pakatan Rakyat dalam PRU namun sehingga ke hari ini Najib masih belum berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya sehingga 6 kali sudah disebut kononnya Parlimen akan dibuburkan namun sehingga ke hari ini maih belum ada tarikh PRU-13.

Rakyat di Malaysia tidak mengira agama dan bangsa berharap DSAI akan mengantikan Najib selepas PRU ini. Sebelum ini kebanyakkan PRU, dipihak pembangkan tidak mempunyai calon untuk menjadi Perdana Menteri dan hanya akan diputuskan selepas PRU namun kini dipihak Pembangkan sudah mempunyai calon Perdana Menteri dan calon Perdana Menteri ini merupakan seorang yang pernah menjadi nombor 2 di dalam negara ini.

Antara Najib dan Anwar

Perlawanan Perdana Menteri kini sudah menjadi satu lawan satu dimana DSAI adalah pencabar kepada Najib. Anwar pernah mencabar Najib untuk berdebat apabila Najib menyatakanidea Anwar didalam buku jingga akan menyebabkan Malaysia bangkrap. Namun sehingga ke hari ini Najib masih tidak berani berhadapan dengan DSAI. Ketidakberanian Najib sudah memberi kemenangan moral kepada Anwar. Najib juga kini banyak menggunakan idea Anwar didalam politknya sebagai contoh kes permit teksi dan pernah dinyatakan Anwar. Ini membuktikan Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib.

Doakan Anwar senasib dengan Dr Morshi.

Anwar diantara individu di dunia ini yang rapat dengan Ikhwan sebelum ini walaupun parti itu pernah diharamkan. Anwar adalah manusia paling layak untuk menjadi Perdana Menteri buat masa ini bukan sahaja membaiki segala kelemahan Najib dan UMNO bahkan membina hubungan dengan dunia Islam bahkan mungkin dapat menyatukan hubungan-hubungan Islam di dunia hari ini. Dan apabila Islam bersatu, maka Islamlah yang hebat di dalam dunia ini.

Semoga semangat ingin berubah rakyat Mesir akan berjangkit di Malaysia dan selepas PRU-13, Anwar bukan lagi sebagai ketua pembangkang tetapi ketika itu Anwar adalah Perdana Menteri dan dapat mengajar. Bukan mengajar di Universiti atau kolej tetapi mengajar kami rakyat Malaysia dan mentadbir negara ini dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment