Tuesday, August 28, 2012

Merdekakan Royalti Rakyat Kelantan


Merdeka bererti bebas daripada naungan dan berdiri sendiri. Kelantan atas dasar semangat  Federalisme turut juga bersama Tanah Melayu (kini bernama Malaysia) dan telah sanggup bersama dan sanggup berkongsi susah dan senang untuk negara ini.

Namun Kerajaan yang ada pada hari ini sama sikapnya seperti penjajah. Jika dulu, British datang ke Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan dan begitu jugalah dengan sikap kerajaan hari ini. Kerajaan hari ini saling tidak tumpah wataknya. Berperangai ala zionis.

Harta hasil bumi Kelantan yang dahulunya telah dijanjikan oleh Tun Razak ayah kepada Perdana Menteri hari juga telah dinafikan. Sudahlah pelbagai kemudahan asas yang sepatutnya diselesaikan Kerajaan Pusat telah diabaikan dan diserah kepada Kerajaan Negeri seolah-olah Kelantan ini bukan sebahagian daripada Malaysia. Ekonomi disekat dan tidak pula mendapat bantuan daripada kerajaan pusat yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas anak negerinya dan dituduh pula negeri termiskin di dalam malaysia walaupun hakikatnya tidak begitu.

Kami rakyat Kelantan tidak merasa negera ini merdeka dengan sepenuhnya jika pucuk pemerintahan masih zalim dan sama dengan cara pentadbiran British ketika menjajah Tanah Melayu satu ketika dahulu. Yang berbeza hanya orangnya sahaja. Tapi perlakuan masih sama yang menindas rakyat dengan kezaliman.

Oleh yang demikian, rakyat Kelantan berharap dimusim kemerdekaan tahun ini dengan tema "JANJI DITEPATI" diharap dapatlah Najib menunaikan janji arwah ayahnya dahulu. Diantara mereka yang bersama arwah yang bersama dalam perjanjian ROYALTI minyak itu masih hidup dan sehingga ke hari ini mereka masih istikomah menyatakan negeri Kelantan berhak mendapat ROYALTI minyak seperti mana pendirian Ku Li yang lantang menyatakan pendirian dan beliau juga adalah individu penting dalam perjanjian itu dan beliau sendiri yang menurunkan tandatangan bersama Menteri Besar Kelantan dalam perjanjian 1974 pada "Majlis Tandatangan Akta Kemajuan Petroleum 1974"

Maka dengan itu, aku menyeru kepada semua warga Kelantan, ayuhlah kita semua menuntut KEMERDEKAAN untuk ROYALTI Kelantan. Dan kami rakyat Kelantan juga ingin mengecapi merdeka yang sebenar dan bukannya merdeka cara LEMBU yang kononnya bebas di padang namun hakikatnya dihidung LEMBU itu ada penambat dan boleh dibawa kemana sahaja.

No comments:

Post a Comment