Wednesday, July 18, 2012

Futsal R. Terima kasih kerana anda semua cool


20 pasukan futsal telah bersama dalam Futsal bersama R. Hampir 150 orang yang hadir dan kesemuanya adalah anak muda lingkungan 20 hingga 30 yang bersemangat dalam acara ini. Kami jangkakan 10 pasukan yang akan hadir namun sangkaan kami meleset apabila 20 pasukan telah didaftarkan.

Terima kasih kepada peserta futsal bersama R kerana memberi pengalaman yang "mahal" untuk kami. Aku sangat kagum dengan semangat juang yang ada pada peserta yang datang walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan dan hadiahnya bukanlah besar sangat. Namun mereka semua datang bukan kerana hadiah namun mereka bermain dengan penuh semangat juang sehingga aku pun bimbang kalau-kalau berlaku pergaduhan.

Namun anda semua adalah manusia cool. Sebelum perlawanan akhir, aku masuk ke dalam gelanggang untuk "mengcoolkan" pemain futsal tersebut. Namun mereka memang cool. Aku meminta tangan diletak bersama-sama antara 2 pasukan yang bakal berentap dipusingan akhir tanda persahabatan . Semua dengan cool ikut dan kami bersama laungkan "kami semua cool"

Akhirnya perlawanan tamat dengan aman dan cool. Diakhirnya, presiden ROYALTI yang baru pulang daripada Jakarta tetap bersama daripada permulaan perlawanan sehinggalah ke akhir walaupun dirinya kelihatan masih keletihan. Nazri Deraman Presiden ROYALTI menyampaikan hadiah kepada pemanang. 4 daripada 20 kumpulan mendapat hadiah yang tidak seberapa daripada kami. Namun wajah mereka tetap cool. 

Semangat juang mereka membakar lagi semangat aku untuk terus berjuang mendapatkan royalti. Dam kehadiran hampir 200 anak muda ini juga jelas mesejnya iaitu sokong perjuang R. Jam 2 setengah pagi perlawanan persahabatan itu selesai. Taniah kepada semua yang menjayakan program itu tertutamnya Fatah selaku ketua program.

Sebelum aku balik, ada seorang adik bertanya "bey, kuuu tu gapow? Aku jawab cool tu sejuk. Malam ni walaupun demo bermain dengan ganas dan panas, namun demo tetap sejuk. Dia pun balas panjang, "ooooo,..memang cool aaa bey"

Ramai yang cakap aku tiru Tukar Tiup asyik sebut cool. Sebenarnya, ini satu ungkapan tidak sengaja pada himpunan  berjalan untuk royalti 2 dimana ketika itu aku takut berlaku kekecohan maka aku hasut semua hadiran untuk bersikap cool. Namun sehingga ke hari ini terlekat perkataan itu. Namun aku rasa dalam perjuang R yang memang mencabar amat perlu cool. Dan yang sebenarnya, perkataan cool ini aku terpengaruh dengan cerita "kuch kuch hota hai" lakokan Shah Rukh Khan yang sentiasa sebut cool dan siap pakai rantai cool.

Semoga kita semua terus cool.


No comments:

Post a Comment