Friday, July 13, 2012

UMNO Kelantan jaga kebersihan dahulu


Kami tahu UMNO tidak suka pada himpunan BERSIH tetapi janganlah sampai kebersihan diri dan kawasan langsung tidak terjaga. Aku tahu, ini kawasan premis sendiri namun demi menyahut  Khutbah jumaat yang meminta setiap manusia menjadi sukarelawan akhirat dengan menjaga kebersihan diri dan kebersihan setempat maka aku suarakan pendapat aku.

Kawasan yang kotor dipenuhi sampah ini adalah kesan daripada program UMNO Pengkalan Chepa sempena tayangan siaran langsung bola sepak akhir eropah yang sudah pun menutup tirai hampir 3 minggu. Namun sampah sarap yang menyakitkan mata sampai ke hari ini masih tidak terurus. Jika kecewa Itali kalah sekali pun, janganlah sampai kebersihan itu terabai.

Aku yang baru balik dari sembahyang jumaat (JUMAAT 23 SYAABAN 1433) terus ke tempat ini selepas mendengar khutbah jumaat yang meminta supaya setiap daripada mesti menjaga kebersihan dan membuat sesuatu untuk menjaga kebersihan. Gambar yang aku ambil ini sudah berusia 2 minggu namun sehingga ke hari ini UMNO Pengkalan Chepa masih bisu dan tidak membuat apa-apa untuk membersih tempat itu. 

Aku berharap UMNO Pengkalan Chepa dapat mangambil tindakan kerana sampah-sampah itu tidak mungkin akan keluar sendiri jika tidak diurus oleh pihak anda. Aku juga berharap UMNO Kelantan berfikir 2 kali untuk melaungkan "TUKAR" jika sampah sarap begini di tempat sendiri pun jentera anda tidak dapat uruskan. Anda juga jangan bercakap mahu air bersih jika tempat sendiri masih kotor dan menyakitkan mata.

Dan aku berharap tindakan cepat akan diambil, kerana kawasan ini benar-benar mencacatkan pandangan kami masyarakat setempat. Dikesempatan ini juga, aku menasihatkan diri sendiri dan sahabat sekalian, jadilah sukarelawan akhirat dalam menjaga keberisihan. Sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian daripada iman.

No comments:

Post a Comment