Sunday, January 30, 2011

Antara 2 darjat.



Al-fatihah buat arwah Che Karma Sulaiman.

5 penyokong Kelantan ditangkap kerana membakar Flare. Memang nampak ganas tapi bagi gua ianya cool. Ianya pasti dapat membakar jiwa para pemain semalam. Tu gua punya pandangan dan gua tahu ianya meyalahi peraturan kerana ianya bahan api dan boleh membahayakan para peminat yang lain. Tapi alhamdulillah tiada peminat atau penonton yang terbakar. Sama ada semalam atau pun sebelum ini. Tiada rekod@sejarah yang menunjukkan para peminat Kelantan membakar penonton yang lain.

Namun apa yang pasti, sudah tercatat dalam sejarah bola sepak Kelantan dimana telah berlaku satu sejarah hitam buat Mohd Huzaifah Mohd Nor yang kehilangan keupayaan untuk melihat apabila mata kanannya dipercayai terkena serpihan kelongsong gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat.

Mangsa, Mohd Huzaifah Mohd Nor bukan sebahagian dari perusuh tetapi hanyalah peniaga yang sedang membantu mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein kira-kira 100 meter di luar stadium berkenaan. Namun beliau terpaksa menghadapi saat hidup yang sukar apabila kehilangan mata kananya dan sampai ke hari ini nasib beliau masih tidak terbela. Kalau diiukutkan, FRU tidak boleh melancarkan gas pemedih mata itu secara ke depan tetapi haruslah melancarkan gas pemedih mata itu ke atas. Namun masih tiada pembelaan buat Mohd Huzaifah Mohd.

Adakah kerana kita orang Kelantan?

Pada 13 Oktober 2010 rakyat Kelantan telah meninggal dunia kerana sesak nafas. Namun ada juga cerita yang mengatakan arwah Che Karma Sulaiman meninggal dipukul. Namun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Namun yang pasti, keadaan peminat Kelantan ketika itu cukup memeritkan dimana para peminat bola terpaksa berhimpit kerana ruang yang diberi kepada peminat Kelantan tidak mencukup sehingga menaikkan darah panas orang Kelantan. Berlaku juga baling membaling antara peminat Selangor dan Kelantan. Namun tiada tangkapan. Didada akhbar pula akan megah tersegam tajuk berita sukan" peminat kelantan ganas"

Kenapa hanya Kelantan?

Semalam, 5 orang ditangkap kerana ganas. Ganas kerana membakar Flare sehingga geng itu nampak cool. Mana tangkapan yang lain. Kenapa bila peminat kelantan kami dilayan sebegini. Kenapa para penyokong perlis satu ketika dahulu telah melempar batu jokong ke dalam stadium tetapi tiada tangkapan.

Kenapa wahai Polis FRU Malaysia?

Kenapa juga para media sungguh jujur dan amanahnya memyampaikan risalah keburukkan para peminat Kelantan. Seolah-olah hanya peminat Kelantan yang ganas dan samseng. Apa peminat di negeri lain bersopan dan tidak pernah berlaku bunyi mercun di stadium negeri lain. Kenapa hanya khabar buruk peminat negeri Kelantan yang kami dengari.

Para peminat bola sepak Kelantan sembahyang magrib berjemaah sebelum melihat perlawanan bola. Adakah mereka itu juga terlibat dalam kegansan bola sepak kelantan.Kenapa tiada berita positif tentang peminat Kelantan. Sampai bila rakyat kelantan terus merasi jurang pemisah darjat kerana kami rakyat Kelantan.

Kami rakyat Kelantan sungguh sayangkan negeri kami. Dan jangan kerana kebodohan sesetengah media atau pihak atasan FAM membuat rakyat Kelantan memboikot bola sepak Malaysia. Dan jangan lupa~ Meriahnya bola sepak Malaysia ini adalah dengan izinNYA yang memperlihatkan rakyat Kelantan adalah sebab diatas kejadian itu.

Semoga bola sepak Malaysia dan Kelantan terus maju.

9 comments:

  1. Diskriminasi... ggapo2 bendo dari Kelate atau produk dari Kelate, mesti x molek...

    Baso Menate UMNgOk/Beer eNd..!

    Menate..! Menate..! Menate..!

    ReplyDelete
  2. bnyk jugok deh menda susuk kes nih... kawe baru tahu nih....

    ReplyDelete
  3. payoh doh nok ubah mentaliti ore2 luar pasa kelate... dah jadi satu trademark... sama2 la kita doa puok2 tu sedar sapo kito ore kelate!!!

    ReplyDelete
  4. ado so karo hok demo kenan sokmo. ore tino kelate jah. hok lain demo xse ...

    ReplyDelete
  5. jenis manusia perot hudoh baso dio doh ... penuh denge wasangka buruk. doh nork wat gwano... nark2 kali ado cuti sikit jah penuh penar ore luar pakat mari jjale kota bharu.... siap wat rombonge sewa bas lg. buke apo, demo tu nork tngk sediri serupo dork mace hok duk tubik dale surat kaba, dale tibi. rupo2 nyo bila ssaloh mari skali nork mari pulok. bakpor heey.....

    ReplyDelete