Sunday, November 10, 2013

Kelantan hampir kalah PRU 13 jika Husam tidak ke Putrajaya


Kemenangan itu milik ALLAH swt. Namun setiap kemenangan memerlukan strategi dan pengorbanan. Kita berusaha dan ALLAH swt jugalah yang menentukannya.

Namun diantara faktor-faktor kemenangan PRU 13 adalah faktor "husam4putrajaya" Siapa sangka kubu kuat UMNO Putrajaya bergoncang pada PRU 13. Datuk Husam Musa yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Kerian sanggup untuk menerima tanggungjawab walaupun jika beliau ingin kemenangan yang mudah beliau hanya perlu bertanding di kawasan tersebut dimana pada tahun 1999 beliau menang besar di kawasan tersebut.


Datuk Husam menerima tanggungjawab yang besar itu bagi menunjukkan bahawa perjuang ini mengambil Putrajaya bukanlah satu retorik. Walau pada awalnya calon UMNO Putrjaya begitu bahawa Datuk Husam Musa akan kalah, namun persekitaran kempen di Putrajaya benar-benar mengejukkan ramai pihak. Ceramah yang dihadiri Datuk Husam dihadiri berpuluh ribu pengundi. Setiap program Datuk Husam Musa benar-benar memberi tekanan kepada Umno Putrajaya dan memberi harapan kepada pengundi di seluruh Malaysia. 



Add caption



Puluhan ribu rakyat hadir di Putrajaya ketika kempen PRU 13


Kenyataan dan idea-idea Datuk Husam juga diantara penyebab PRU 13 begitu meriah dan rakyat merasa tidak sabar untuk mengundi. Diantara idea-idea Datuk Husam Musa adalah 4 bulan bonos kepada penjawat awam, ingin menubuhkan Sekolah Ma'ahad Tahfiz di Putrajaya, mengatasi masalah kekurangan rumah dan beliau telah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri tanda beliau serius untuk mengatasi masalah tersebut, dan idea Datuk Husam yang menyebab ramai para cikgu gembira iaitu Datuk Husam memberi cadangan mahu ubah sistem pemindahan para guru secara mesra suami isteri. Cadangan-cadangan Datuk Husam itu bukan hanya bergema di Putrajaya malah idea-idea tersebut turut bergema di kawasan-kawasan yang lain. 

.
Tok Guru dan Husam Musa dikerumuni warga Putrajaya

Tok Guru Haji Hadi orang terawal dijemput Husam Musa di Putrajaya.



Husam Musa faktor Pas menang di Kelantan

Datuk Husam Musa setiap kali berceramah beliau tidak putus-putus meminta para pengundi luar untuk balik Kelantan dan mengundi Pakatan Rakyat. Rakyat ketika itu seperti terlalu yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih pucuk pimpinan dan ada diantara pengundi tidak mahu balik. Namun Datuk Husam sentiasa memujuk setiap kali berceramah. Di Negeri Kelantan ketika itu Parti Umno pula seperti yakin akan mengambil alih Kelantan dari Parti Pas. Fitnah mengenai isu tanah dijaja disetiap jeruk kampung. Walau isu itu tidak benar dan ianya fitnah, namun UMNO tetap memainkan itu sehingga ramai orang kampung tertipu dengan fitnah tersebut. Umno juga mengambil kesempatan dalam isu air sehingga ramai pengundi atas pagar ketika itu memang ingin mengundi UMNO. Taggline " acu try test sepenggal " seakan-akan menjadi. Ditambah pula isu calon wakil rakyat PAS yang menjadi " krisis dalaman " menghampirkan UMNO Kelantan kepada kemenangan.

Namun ALLAH swt maha kuasa, para pengundi luar berduyung-duyung pulang mahukan perubahan. Para pengundi luar bersemangat pulang ke Kelantan dan ingin terus mengundi PAS di Kelantan. Diantara faktor lain juga mereka bersemangat apabila Kerajaan Kelantan ingin membina lebuh raya rakyat dan stadium benar-benar menyentuh hati rakyat.


( Video kempen Husam Musa di Putrajaya )



( Video Tok Guru dan Husam Musa dikerumini warga Putrajaya )



Tok Guru juga fikir Datuk Husam menang di Putrajaya

Sebelum ini pada PRU 12 Tok Guru pernah hadir berkempen di Putrajaya. Namun kali ini Tok Guru juga merasakan Putrajaya akan menjadi milik Pas. Seorang rakan yang menemani Tok Guru sepanjang Tok Guru di Putrajaya menelefonnya pada malam keputusan pilihan raya. Tok Guru bertanya " gano sea, meney ko dio di Putrajaya" Itu lebih kurang pertanyaan Tok Guru kepada seorang penemannya di Putrajaya malam keputusan kerana Tok Guru juga sempat merasa kehangat kempen di Putrajaya yang begitu hebat sehingga ramai yang menjangka Datuk Husam akan menang. Namun Datuk Husam Musa pada awal lagi sudah menjangkakan bahawa bertanding di Putrajaya bukan mudah untuk menang apatah lagi Datuk Husam Musa hanya sempat berkempen selama 2 minggu dimana calon UMNO sudah 4 tahun berkampung disana. Namun Datuk Husam bukan bertanding semata-mata untuk menang namun ingin membawa momentum mood pilihan raya dimana ketika itu tiba-tiba mood pilihan raya menurun mungkin kerana terlalu lama menunggu.



Suasana pelik di Putrajaya apabila bendara PAS bukan lagi asing berkibar di sana




Namun apa daya, UMNO menang di Putrajaya dan Kelantan Kekal Pas memerintah. Namun peranan Datuk Husam Musa bersama para pimpinan PAS Kelantan , ahli-ahli dan sukarelawan  ( dengan izinNYA ) begitu besar dan hanya ALLAH swt sahajalah yang dapat membalas. Namun Pas Kelantan sentiasa harus beringat, ini kerana PRU 14 nanti Tok Guru Nik Aziz bukan lagi calon Menteri Besar. Kelantan kini sudah mempunyai Menteri Besar yang baru. Sama-samalah kita meneruskan agenda memperjuangkan Pas Kelantan dan kita berdoa moga Datuk Husam Musa diberi kesihatan yang baik dan sekali lagi dapat membantu Pas Kelantan pada PRU 14.

#husammusa4np

Thursday, March 28, 2013

Kenapa Papagomo@Wan Azri tidak dipenjara


Kenapa  Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa sebagai penulis blog Papagomo hanya dibuang kerja sahaja apabila telah disabitkan bersalah kerana menerima rasuah semasa menjadi konstabel polis. Kenapa hanya dibuang kerja?

Kenapa tidak dipenjara atau didenda?

Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo yang telah disabitkan bersalah pada 6 September 2012 telah dijamin oleh bekas bapa mertuanya dan sehingga kini beliau tidak didenda atau dipenjarakan. Beliau hanya dikenakan tatatertib dan dibuang kerja. Persoalannya kenapa? Apakah kebal sangat Wan Azri@Papagomo ini sehingga terlepas daripada undang-undang negara.

Adakah kerana rapat dengan menteri maka segala silap dan salah itu ditutupkan mata oleh mahkamah. Tapi yang aku tahu si  Wan Azri ini rapat dengan menteri-menteri selepas beliau jadi bloggers. Maka kenapa Wan Azri terlepas daripada undnag-undang ini sebelum rapat dengan menteri-menteri lagi?

Adakah beliau dilepaskan daripada undang-undang tetapi bersyarat? Apakah syaratnya jika ianya dilepas bersyarat? Dan sehingga kini beliau masih kebal daripada undang-undang negara? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku juga ada diberitahu Wan Azri@Papagomo kini sedang sibuk dimahkamah kerana menunggu keputusan mahkamah untuk menentukan hak penjagaan anaknya. Dimana bekas isterinya kini sedang menuntut hak penjagaan anak-anaknya dimana kini Wan Azri@Papagomo dibenarkah mahkamah untuk penjagaan sementara. Kenapa Mahkamah membenarkan Wan Azri@Papagomo mendapat hak penjagaan sementara kerana beliau kini sedang sibuk diburu ahli politik. Patutnya demi keselamatan dan keselesaan anak kecil itu, lebih baik diberi hak penjagaan kepada ibunya. Kenapa Wan Azri@Papagomo yang dapat? Kenapa? Kenapa? kenapa?

Adakah kes hak penjagaan anak-anaknya juga nanti akan berpihak kepada Wan Azri@Papagomo kerana beliau rapat dengan menteri. Aku berharap tidak berlaku "double standard" dalam kes hak penjagaan anak-anak Papagomo@Wan Azri dengan bekas isterinya. Aku doakan moga anak-anak kecil itu tidak dipisahkan dari ibunya. 

Wednesday, March 27, 2013

Papagomo atau Wan Azri " jangan pisahkan ibu dan anak"


Video 2 minit 1 saat ini menceritakan perebutan hak penjagaan anak antara suami isteri yang telah bercerai. Bukan mahu masuk campur urusan orang lain. Cuma aku diberitahukan bahawa lelaki yang merebut anak kecil daripada seorang wanita ini adalah Wan Azri kini heboh dikaitkan beliau adalah Papagomo.

Aku menulis disini perihal Wan Azri@Papagomo bukan kerana benci, bukan kerana dendam. Cuma aku bersimpati kenapa perlu dipisahkan antara ibu dan anak. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian? Sedang anak kecil itu gembira bersama ibunya kenapa Wan Azri@Papagomo dengan kasar mengambil anak yang sedang dalam pelukan ibu itu. Dan dengan jelas kedengaran anak kecil itu menangis. Mungkinkah anak kecil itu dikasari ketika Wan Azri@Papagomo sedang merebut anaknya itu dengan bekas isterinya itu.

Dimanakah sifat prikemanusiaan Wan Azri@Papagomo? Dimanakah sifat kewarasan dan rasional kamu wahai Wan Azri@Papagomo? Yang sedang memangku anaknya itu bukan orang lain. Yang memeluk anak kamu itu adalah ibu kepada mereka. Ibu yang telah mengandung 9 bulan dan ibu yang telah bertarung antara hidup dan mati ketika saat ingin melahirkan anak kecil itu. Kenapa harus ditunjukkan "peristiwa malang" dihadapan anak kecil itu? Kenapa tinggalkan kenangan buruk pada anak kecil itu? Kenapa tidak sahaja bertolak ansur demi kasih sayang kepada anak kecil itu. Atau pun kamu merampas anak kamu dari bekas isteri kami itu hanya kerana ego?


Berdasarkan hadis ini;

 “Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.


Islam juga telah menjadikan ibu yang diceraikan adalah lebih berhak dalam membesarkan anak-anaknya, melebihi apa yang diberikan kepada seorang bapa. Maka dalam kes Wan Azri@Papagomo ini, bekas isterinya lebih layak tetapi entah apalah yang telah dibuat oleh Wan Azri@Papagomo sehingga mahkamah memberi hak penjagaan itu kepada Wan Azri@Papagomo.

Aku tidak mahu menulis panjang secara panjang lebar, aku hanya ingin berpesan kepada lelaki yang ada dalam video ini, siapa pun anda, tidak kiralah kamu ingin melakonkan watak Wan Azri atau pun Papagomo, usah mengikut ego kamu! Cuba bertolak ansur dan jangan pisahkan pelukan antara ibu dan anak. Kamu boleh berlakon sebagai Wan Azri dan menafi bahawa kamu itu Papagomo, tetapi kamu tidak boleh manafi dan berlakon bahawa kamu bukan bapa kepada Casandra dan Camillea bersama dengan Bellina binti Omar. Percayalah, jika kamu masih mahu terus mengikut ego kamu itu, kamu akan jatuh tersungkur kerana ego kamu. Ini kerana tangan yang menghayun buaian ini mampu untuk menggoncang dunia kamu!



Sunday, March 3, 2013

Setuju dengan Najib supaya siasat Anwar dan Tubuh Suruhanjaya Diraja bebas



Isu Di Lahad Datu kini memerlukan Suruhanjaya Diraja Bebas bagi menyiasat isu ini. Hari ini Najib mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Aku setuju siasatan diadakan dan Suruhanajaya Bebas Diraja Bebas juga hendaklah ditubuhkan untuk menyiasat kes ini.

Suruhanjaya Diraja Bebas meruapakan satu badan yang lebih tinggi daripada siasatan biasa dan ia membolehkan badan ini menyiasat VVIP seperti Anwar Ibrahim yang kononnya disebut oleh Unit Perisik Filipina. Menteri Pertahanan Negeri dan Menteri Dalam Negeri juga perlu disiasat kerana 2 menteri ini terlibat dimana isu "Lahad Datu" melibatkan tentera dan polis. Maka satu badan yang lebih tinggi dapat diwujudkan untuk menyiasat kes ini. Jika hanya polis menyiasat mana mungkin kes ini dapat diselesaikan. Mana mungkin polis meyiasat individu yang lebih tinggi jawatannya. Maka Suruhanjaya Diraja Bebas perlu ditubuhkan dalam kadar segera.

Najib perlu panggil semua ahli Parlimen

Najib juga perlu memanggil kesemua ahli parlimen kerana isu keselamatan negara bukan sahaja melibatkan parti kerajaan sahaja tetapi ianya melibatkan semua rakyat. Jadi Najib harus mengadakan pertemuan dengan kesemua wakil-wakil rakyat di Parlimen yang telah dipilih rakyat melalui pilihanraya. Ini kerana mereka semua mewakili rakyat di negara ini. Mereka jug bertanggungjawab menjaga keselematan negera ini. Mereka juga perlu tahu apa yang sedang terjadi di negera kita ini.

Isu Lahad Datu ada kaitan dengan Mahadhir

Suruhanjaya Diraja Bebas harus diwujudkan dengan cepat kerana pelbagai spekulasi yang telah timbul. Ada yang menyatakan isu ini bermula sejak isu masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dimana Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat pendatang asing Sabah 2012 telah pun dibuat dan Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad mengaku pendatang Filipino ada diberikan kerakyatan di Sabah, namun semuanya dibuat secara sah. Maka Suruhanjaya Diraja Bebas siasat Pencerobohan di Lahad Datu perlu diwujudkan untuk memastikan isu Lahad Datu tidak melibatkan pemberian IC satu ketika dahulu. Dan jika benar Anwar terlibat, maka dakwalah Ketua Pembangkang itu, namun jika Anwar tidak terlibat, siasat juga Tun Mahadhir dan 2 Menteri yang terlibat dalam isu ini dengan seadilnya.

Semoga dengan tertubuhnya Suruhanjaya Diraja Bebas dapat menyelesaikan isu ini.

Ulasan Lahad Datu oleh Presiden Kerabat



Kerabat rasa sedih diatas kematian yang menimpa pegawai dan anggota PDRM dalam pertempuran di Lahad Datu. Kami mendoakan semoga roh mereka dalam lindungan Allah swt dan di tempat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Tragedi Lahad Datu tidak wajar terjadi kerana pencerobahan dalam keadah militan sepatutnya di cegah ketika mana mereka dicegah ketika berada d sempadan perairan antarabangsa lagi, oleh kerana kapal apmm dan marine bukan telah berada bebas di tanah air kita. Agensi terbaik menangani militan bersenjata oleh sebuah pasukan militan adalah kepakaran tempur ATM

Tindakan menteri dalam negeri meng├ęcewkan, di sarankan letak jawatan serta merta. " Tegas  Lt Kol Nazari Mokhtar Presiden Kerabat"

Terbang aras rendah oleh pesawat pejuang 3 hari berturut-turut di selang seli dengan helikopter, sudah cukup mengurunkan dan melemahkan semangat perjuangan militan untuk berundur.

Daripada Lt Kol Nazari Mokhtar Presiden Kerabat

Ini diantara sms yang aku terima selepas aku meminta Lt Kol Nazari Mokhtar Presiden Kerabat memberi komen pasal isu Lahad Datu. Ini bukan komen dari penjual roti canai yang berasal dari Pakistan yang dapat IC di Sabah projek Mahadhir satu ketika dahulu, ini Lt. Kol TUDM Hj Mohd Nazari Mokhtar yang merupakan Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT). Beliau merukan bekas Tentera yang berpengalaman dalam isu keselamatan negera.

Jangan Politikkan isu Lahad Datu

Itu yang diminta oleh sesetengah UMNO, namun pada masa yang sama menuduh Anwar sebagai dalang dalam isu ini. Namun bagi aku, isu yang lebih penting adalah kenapa sempedan kita terlalu longgar dan dikatakan isu IC yang pernah diberi kepada mereka yang dianggap penceroboh ini perlu disiasat. Dan aku juga pelik, dimanakah aset ketenteraan berjumlah berbillion ringgit itu.

Biar rakyat tahu

Rakyat juga kecewa apabila tidak diberitahu apakah perkara sebenar yang terjadi. Ini zaman IT dan mencapaian ases internet terlalu laju, maklmumat terlalu banyak. Jadi kami rakyat memerlukan berita sahih dan rasmi dari Kerajaan, tetapi terlalu lambat dan menyebab pelbagai cerita yang timbul. Ini kerana, ini masalah negara dan rakyat perlu tahu apakah yang terjadi.

Wednesday, January 30, 2013

MPKB nafi aktiviti carigali minyak di Pasar Siti Khadijah


Haji Fauzi bin Mat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu menafikan kenyataan mengenai notis perpindahan peniaga di Pasar Siti Khadijah. Sebelum ini beliau telah diberitahu bahawa 1 notis meminta Peniaga dan penajaja di Pasar Siti Khadijah untuk mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 60 hari bagi melancarkan  aktiviti mencarigali minyak di kawasan tersebut.

Haji Fauzi memanggil para wartawan untuk menafikan notis tersebut. Ianya juga sebagai langkah awal sekiranya perkara ini terus berlanjutan. Laporan polis telah dibuat bagi membersihkan nama MPKB.Turut hadir bersama adalah Encik Hassan bin Mamat Ketua Ahli Majlis MPKB-Bri dan En Azman bin Mohd Daham Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat.

Kenytaan rasmi Yang Dipertua MPKB

Sehubungan dengan itu beliau meminta peniaga dan penajaja di Pasar Siti Khadijah dan kawasan-kawasan sekitarnya mengabaikan notis palsu tersebut dan meneruskan aktiviti perniagaan hendaklah diteruskan seperti sediakala tanpa ragu-ragu.


Notis palsu

p/s Inilah kerja-kerja orang gila dan bodoh. Kes cemburu apabila Kota Bharu dikatakan mempunyai minyak di darat.

"

Friday, January 18, 2013

Jeming Hassan sengaja jatuhkan diri untuk popular


Aku sebenarnya sengaja jatuhkan diri demi untuk popular. Aku sudah rancang untuk rebah demi meraih simpati. Itu diantara komen-komen yang diterima takkala mereka melihat video aku terjatuh dari basikal ketika jelajah terakhir daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Aku ketika itu dijelajah terakhir daripada Gombak ke KLCC.


Jika dilihat pada video yang aku muat turun di youtube pada minit ke 20 jelas mata aku lihat ke bawah. Dan selepas itu aku terus terjatuh. Apakah yang terjadi dan adakah benar aku cuba untuk jatuh diri aku sendiri demi untuk popular.

Aku sendiri tidak dapat mengingat apakah sebenarnya yang terjadi. Maka aku tidak marah pada mereka yang menyangka aku sengaja jatuhkan diri untuk popular. Aku tidak dapat menahan mereka untuk memikirkan negatif tentang aku. Mungkin mereka benci dna tidak suka akan aku maka kerana itu mereka berprasangka buruk tentang aku.

Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama aku jatuh. Ketika hari pertama aku sudah jatuh namun aku tidak mendapat kecederaan kerana aku jatuh diatas pasir ketika hujan yang lebat. Ketika itu aku terjatuh kerana kasut yang aku pakai terlekat di pedel. Ketika aku berhenti kasut masih melekat di pedel dan aku hilang keseimbangan dan menyebabkan aku terjatuh. Namun aku tidak tercedera dan dengan izinNYA aku masih dapat meneruskan kayuhan tanpa sebarang kesan sampingan selepas terjatuh pada hari itu.

Hari pertama aku jatuh kerana tidak biasa dengan kasut basikal baru

Kenapa aku boleh terjatuh?

Aku mempunyai berapa andaian kenapa aku terjatuh. Ini kerana, aku sendiri tidak dapat mengingati kenapa dan mengapa aku terjatuh.

Andaian pertama

Kasut jenis inilah yang aku beli dan mungkin menjadi penyebab aku terjatuh. Ketika aku membeli, abang yang menjual itu sempat memberitahu mungkin aku kaan terjatuh 3,4 kali untuk membiasakan dengan kasut ini. Andaiannya benar apabila 2 kali aku terjatuh

Seperti kejadian hari pertama, aku jatuh kerana kasut dengan izinNYA. Aku memakai kasut basikal yang mempunyai besi di bawah dan ianya melekat di pedel basikal. Mungkin aku cuba buang dan apabila ia tercabut dari pedel dan kaki aku termasuk ke dalam lidi dan menyebabkan tayar di hadapan tersekat serta merta dan menyebabkan aku terjatuh.

Andaian ke dua

Mungkin aku cuba buang sesuatu ditayar dan secara tidak sengaja kaki aku termasuk ke dalam lidi.

Andaian ke tiga

Andaian ke tiga ini dinyatakan oleh doktor tanpa beliau melihat video diatas. Beliau memberitahu aku mungkin hilang fokus kerana selepas 700 kilometer mengayuh. Beliau menambah aku mungkin kelesuan dan menyebabkan aku hilang fokus. Dengan kata lain, mungkin aku "gila" seketika. Seperti seorang angkasawan yang bertahun-tahun di ruang angkasa boleh menyebabkan gila kerana hilang fokus.

Namun pelbagai andaian yang boleh dibuat. Namun aku tidak dapat memberi jawapan dengan jelas. Berkali aku lihat video dan aku sendiri tidak dapat mengagak kenapa dan mengapa. Cuma yang aku lihat dengan jelas, kaki depan aku termasuk ke dalam lidi tayar di hadapan.

Jika mereka menuduh aku sengaja menjatuhkan diri. Bagi aku ianya terlalu "hebat" Perbuatan itu terlalu hebat. Aku bukanlah orang itu.  Dan sesungguhnya, sakit yang aku hadapi sehingga ke hari ini aku masih merasainya. Dan jika aku memilih untuk senagaja jatuhkan diri, aku tidak memilih untuk jatuh di Gombak yang berbaki 20 kilometer lagi untuk sampai ke KLCC.

Selepas aku jatuh, aku terus dapatkan basikal aku untuk meneruskan kayuhan. Ketika itu bahu aku masih tidak terasa sakit. Namun tayar basikal aku bengkok dan tidak dapat berpusing. Aku menendang tayar supaya dapat aku kayuhkan semula. Namun ternyata tendangan aku itu sia-sia. Para sahabat sudah dekatkan diri dan nasihatkan aku supaya naik atas kereta untuk ke KLCC. Aku tidak dapat terima kenyataan bahawa kayuhan aku sudah tamat. Aku menendang-nendang tayar basikal.

Aku cuba untuk guna bakisal aku yang jatuh namun tayar depan tidak dapat berpusing

Seorang sahabat dari Terengganu memberi basikalnya untuk aku meneruskan kayuhan ke KLCC. Alhamdulillah aku dapat teruskan kayuhan untuk menamatkan misi ke KLCC. Ketika dan saat itulah bahu aku mula terasa sakit yang amat. Dan ketika itu juga barulah aku sedar aku sedang mengayuh basikal fixie. Basikal fixie berbeza daripada basikal yang aku kayuh sebelum ini. Basikal fixie jenis basikal yang mengayuh tanpa rehat kaki. Aku mula takut apabila menurun bukit. Aku terpaksa menahan basikal itu daripada bergerak laju kerana basikal fixie tiada brek. Ketika itu aku mula terasa payah yang amat. Sebelum 700 kilometer aku kayuh dengan bersenang-senang. Pada hari terakhir aku mendapat nikmat mengayuh dengan penuh dengan kepayahan dan kesakitan bahu yang amat perit ketika itu.

Alhamdulillah sahabat daripada Terenganu benarkan aku guna basikalnya untuk aku menamatkan misi ke KLCC

Aku hampir untuk mengalah apabila sakit dibahu ini tidak tertanggung sakitnya. Namun ketika itu mata aku terpandang KLCC dan aku tahu aku perlu habiskan misi ini. Dan ketika itu juga aku teringat akan arwah Kamarul Zaman yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang daripada misi ROYALTI. Aku sebak, dan begitu bersyukur kemalangan tadi hanyalah kemalangan kecil namun aku sedih dan benci aku pada Najib memuncak memikirkan berapa nyawa lagikah yang harus menjadi korban demi memperjuangkan ROYALTI.

Ketika ini bahu aku mula terasa sakit yang amat


Arwah Kamarulzaman wira ROYALTI Kelantan

Dengan izinNYA lebih kurang jam 11 pagi pada 11 Januari 2013 akhirnya aku berjaya menamatkan misi ROYALTI ke KLCC. Aku dan rakan-rakan berjaya tamatkan misi 723 kilometer demi memperjuangkan hak rakyat kami hak rakyat yang dinafikan ROYALTI negeri Kelantan.

Berbalik kepada persoalan asal, adakah aku sengaja jatuhkan diri demi untuk popular. Aku menjawab ya. Kerana apabila aku sudah menyahut untuk berbasikal daripada Kelantan ke Kuala Lumpur maka aku harus berdepan pelbagai kemungkinan. Dan jatuhnya daripada basikal itu bukanlah perkara yang besar berbangding dengan kematian beberapa pejuang rakyat yang tekad berjuang untuk rakyat semata-mata. Dan alhamdulillah aku hanya cedera ringan. Dan jika jatuh dengan basikal itu boleh mengembalikan hak kami, maka aku tidak kisah untuk melakukannya sekali lagi. Namun aku tahu bukan itu caranya, namun aku dan anak-anak muda Kelantan  akan terus berjuang menuntut hak kami."