Tuesday, June 26, 2012

Aduka Taruna masih bukan peserta Himpunan ROYALTI!



Himpunan Royalti bermula 9 pagi dan berakhir 11 pagi manakala himpunan MTRK pula bermula jam 10 pagi berakhir jam 12. Itu yang diberitahu Ocp Azman di Balai Polis Pengkalan Chepa ketika aku hadir mendengar taklimat Polis. Pihak Polis memberitahu MTRK mendapat kawasan yang besar kerana mereka memberitahu kumpulan meraka yang akan datang mencecah 2000 orang. Kami menyatakan tidak puas hati tempat yang kami dapat agak sempit namun pihak polis memberitahu jika jumlah kami yang datang agak besar maka mereka akan memperluas kawasan kami.

8.30 pagi bermula sepak dan terajang!

Aku tiba jam 8 suku dan aku lihat sudah ramai kumpulan kami Himpunan Menjunjung titah Tuanku berkumpul. Tempat yang disediakan tidak cukup dan ramai yang datang awal. Ketika itu kami berdiri ditepi jalan sekitar depan SUK kerana himpunan kami bermula jam 9.00.

Tiba-tiba terdengar suara seakan suara Ibrahim Ali menjerit menyuruh kami ke seberang. Kami tahu, himpunan mereka bermula jam 10.00 dan ketika itu jam baru 8. 30 dan sebarang perhimpunan seperti yang diwarta polis belum bermula. Keadaan agak kecoh. Mereka menjerit-jerit. Aku disuruh untuk meminta ahli kami tidak memasuki kawasan larangan yang diwarta SUK. Dengan pembesar suara aku mengarah kumpulan aku yang berada dalam kawasan larangan supaya tidak berada disitu.

Namun mereka tersalah faham sehingga yang berdiri ditepi jalan turut bergerak.Aku meminta mereka jangan bergerak kerna aku khuatir jika bergerak tanpa arahan yang betul boleh menyebab kelam kabut. Aku meminta sahabat-sahabat sekalian jangan bergerak sehingga mendapat arahan daripada Polis. Dan himpunan Royalti bermula jam 9.00 pagi dan ketika jam baru menunjukkan jam 8.20 pagi.

Suara yang seperti Ibrahim Ali yang juga merupakan adik Ibrahim Ali berkeras mahu berpindah. Aku tetap dengan jawapan aku, kamimenunggu arahan Polis dan aku rasa tidak perlu lagi kami bergerak kerana himpunan ROYALTI bermula jam 9.00 pagi dan himpunan  MTRK  bermula jam 10.00 pagi.

Tiba-tiba berlaku sedikit kekecohan. Aku cool. Aku juga meminta sahabat-sahabat BERTENANG ( sila dengar dalam video) Dala keadaan yang sedikit kecoh aku lihat Jogho Kelate menolak Aduka Taruna dan beberapa sahabat Jogho cuba mendekati Aduka. Aku cuba menghalang dengan menolak ke belakang dan bermulalah sepak dan terang!

Ketika itu datang seorang lelaki daripada belakang dengan kuat seolah-olah memang dirancang terus menumbuk muka aku. Aku sempat mengelak. Datang lagi seorang lelaku berbaju belang biru menyepak. Juga sempat aku halang. Dengan tiba-tiba 7,8 orang terus menerkam aku. Ketika itu, Aduka telah aku tolak ke belakang. Aku sedikit ke belakang mengambil langkah. Serangan demi serangan yang sampai, ada menumbuk dan ada yang menerajang. Ada yang aku sempat elak dan ada yang tepat kena muka aku.

Aku juga melawan dan berlaku balas tumbuk menumbuk dan sepak terajang. Namun semuanya berlaku dengan pantas. Selepas seorang aku rebahkan maka adegan tumbuk menumbuk selesai. Aku pergi ke belakang. Namun aku terkejut, seorang lelaki yang aku cuba selamatkan tadi sudah berdarah. Dan darahnya pula bukannya sedikit. Lan Excasonova terus membawa Aduka ke klinik. Dan selepas itu, polis datang dan memberi arahan untuk kami bahagikan tempat. Kami mendapat sedikit kawasan yang kami tidak perolehi kelmarin kerana bilangan yang hadir menyokong kami melebihi dari sokongan mereka. Kami 3000 orang dan himpunan  MTRK  hanya 500 orang.

Namun aku agak kesal kerana peserta  MTRK  yang bersikap tidak profesional dan tidak matang. Ini kerana, mereka dibenarkan berkumpul jam 10.00 pagi tetapi jam 8.30 pagi sudah mengamuk. Polis yang hadir juga terkejut. Dan peserta  MTRK  juga telah memukul rakyat yang tidak berdosa.

Aduka Taruna bukan peserta himpunan ROYALTI.

Aduka yang berasal daripada Negeri Sembilan dan berkerja disini tinggal bersama isteri dan anaknya bukanlah peserta himpunan R. Aduka yang yang berjuang Royalti demi anaknya yang lahir di Kelantan ini masih belum peserta Himpunan R yang nyata kerana himpunan R bermula jam 9 pagi dan ketika Aduka Taruna sampai di Klinik selepas dipukul itu masih belum jam 9.00 pagi. Sebelum jam 9.00 Aduka dan aku semua adalah rakyat biasa kerana kami dibenarkan berhimpun jam 9.00. Manakala MTRK  pula dibenarkan berhimpun jam 10.00. Maka jelas,  MTRK  telah bertindak diluar kawal dimana beliau telah berjanji dengan polis untuk berkumpul jam 10.00 tetapi telah memunkiri dan ini adlah perbuatan yang salah dan tindakan mereka yang sengaja menimbulkan provokasi hendaklah disiasat Polis.

Berbalik kepada adegen bertumbuk. Aku bersyukur kerana ALLAH swt masih memberi kekautan kepada aku. Bayang, setelah 6,7 hari aku hanya tidur 2 ,3 jam sehari dan sehari sebelum himpunan aku telah bekerja dengan kuat dan pada malam itu juga aku hanya sempat tidur 2 jam namun masih diberi kekuatan. Ditangan kanan aku pegang pembesar suara, ditangan kiri aku pegang walkie talkie dan dibadan aku ada kamera namun dengan izin ALLAH swt aku masih sempat mengelak dan membalas serangan jahat mereka. Alhamdulillah.

Walaubagaimana pun, majlis pada hari itu kemenagan berpihak kepada kami. Kami duduk dengan tenang walaupun aku dan ada sahabat yang dipukul, kami masih tenang dan kami duduk dan berzikir. Kami tidak layang provokasi mereka dan kami dapat bereda dengan selamat. Alhamdulliah.

Sesungguhnya, aku yakin dan percaya, semua ini datang daripada ALLAH swt kerana kami dipihak yang benar. Semoga kebangkitan Islam di Mesir akan merebak sehingga ke Malaysia. Insyallah.

1 comment: