Untuk pengetahuan semua, 6,7 hari kebelakangan ini, aku sering tidur lambat sehingga jam 5 atau 6 pagi dan seawal 8 pagi aku sudah perlu keluar rumah. Sejak kebelakangan ini, aku hanya tidur 3, 4 jam sehari. Ada keperluan kerja yang menyebab kepada sibuk atau pun dengan sengaja sibuk diri.
Aku kini tidak cukup tidur dan sejak 2 menjak ini aku juga sudah lama tidak bersenam. Diantara tabiat aku pula adalah suka makan banyak tapi tidak bersenam dan makan pula jenis-jenis yang berlemak dan merbahaya. Mungki sebab tu comel semacam je perut aku.
Malam sebelum aku "bergomo" atas dasar mempertahan diri aku hanya tidur 2 jam. Malam itu aku dan ajk lain sibuk memasang bendera dan pelbagai penyediaan untuk dibawa pada keesokkan hari ini. Mnaka selepas subuh aku diminta untuk menjaga billbord kerama dibimbangan akan disabotaj.
Pagi itu mata aku benkak sebab tak cukup tidur. Dah nampak macam sembab. Namun ketiaka pagi dimana tuntutan untuk "bergomo" datang tiba-tiba dapat aku penuhi. Namun mana datang kekuatan untuk melawan mereka ini semua.
Aku cukup yakin, semua ini adalah pertolongan ALLAH swt. Bayangkan, pagi itu aku itu masih tidak makan, mata yang sembab sebab tak cukup tidur namun aku masih dapat gagah melawan musah. Aku dapat rasa pertolongan ALLAH swt ini.
Maka hentikan puji-pujian. Segala pujian hanya milik ALLAH swt.
Ada fitnah kononnya aku keseorangan ketika dipukul, itu adalah silap. Sebenarnya seramai 5 orang yang manjadi mangsa diantaranya adalah Ustaz Abu Samah yang dipukul daripada belakang. Bayangkan seorang Ustaz yang sentiasa berpakain jubah dengan memiliki suara yang lembut tetapi juga menjadi mangsa. Ini bermakna, musuh yang kami hadapi adalah musuh yang tidak cukup sifat untuk menjadi manusia kerana sudah hilang sifat prikemanusiaan.
Dan untuk penfitnah sekalian, jika anda rasa denga manjadi batu adalah perkara terbaik untuk pecah belahkan R, anda sebenarnya silap.
Bayangkan bagaimana soladariti kami sehingga berjaya kumpulkan himpunan sebegini. Bayangkan jika "kerjasama" itu dapat ditimbang berapa beratkah timbangan kerjasama yang kami perolehi.
Kejayaan demi kejayaan. Alhamdullillah
Kejayaan demi kejayaan yang kami perolehi dan kami panjatkan syukur kepadamu ya ALLAH swt yang mengizinkan kami untuk mengecapinya di dunia yang fana ini walau hanya untuk sementara.
Sebagai contoh kejayaan membawa bendera R ke stadium, Kejayaan mendapat tanda tangan ketika perlawanan akhir bola sepak sehingga Tan Sri Anwar Musa juga sempat menurunkan tanda tangan tanda setuju royalti. Kejayaan mendapat tanda tangan Sultan Muhammad ke-5 dan pelbagai lagi kejayaan yang begitu banyak walaupun usia R masih tidak sampai setahun.
Kejayaan yang paling aku suka adalah apabila himpunan pada hari ini akhirnya kami dapat merampas warna merah kami. Jika dahulu kita beri pada gelombang merah, hari ini warna merah sudah menjadi milik R.
Semua ini adalah hasil kerjasama yang kuat dan sokongan dari semua ahli. Tanpa kerjasama dari SETIAP ahli, kumpulan R (ROYALTI) tidak mungkin dapat terbang sejauh ini.
Terima kasih semua dan kita teruskan perjuang ini. Perjuang ini bukan untuk kita, perjuang ini untuk anak cucu kita suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment