Gambar ini diambil sejurus selepas aku diserang 7,8 orang balaci upahan UMNO. Ramai kawan-kawan tidak henti-henti call bertanya khabar. Ucapan terima kasih kerana mangambil berat. Ada sahabat Kelantan yang tinggal di KL nak balik semata-mata nak cari balik si pemukul aku tu. Aku cakap tak perlu. Mungkin kalau perkara ini terjadi 3,4 tahun lepas sampai ke lubang cacing aku cari. Tapi kini aku lebih fokus pada perjuang. Namun jika didalam perjuangan memerlukan aku MENCARI balik kesemua yang memukul aku itu. Aku tidak menolak kemungkinan itu.
Kini mereka tidak henti-henti menfitnah aku. Katanya aku memasuki kawasan mereka dan tunjuk samseng. Untuk pengetahuan semua, sehari sebelum perhimpunan itu berlaku, aku diminta polis untuk berbicang dan segala perbincangan polis itu aku guna pada hari itu.
Polis telah memberi peluang kepada kumpulan kami kumpulan ROYALTI untuk berkumpul jam 9 pagi ditepi sebelah kanan SUK dan MTRK pula sebelah kiri SUK. Disebelah kira kawasannya SUK agak sempit dan aku ada bertanya polis bagaimana sekiranya kumpulan kami hadir pada ahri itu ramai berbanding kumpulan MTRK. Kerana MTRK memberitahu kumpulan mereka akan hadir dnegan jumlah yang agak ramai berbancing kami.
Namun pagi itu kumpulan kami lebih ramai dan kawasan yang disediakan polis tidak muat. Dan ada yang sudah berbaris disekitar jalan. Kerana himpunan MTRK adalah bermula jam 10.00 pagi dan ketika itu jam baru 8.00 pagi maka aku tidak mengarah untuk kumpulan aku berpincah sehinggalah adik Ibrahim Ali memarahi kumpulan aku dan menghalau kami ke tempat lain.
Aku segera ke tempat kejadian dan memberitahu kami sedang berbincang dengan polis dan kami akan mendengar arahan polis. Namun ketika aku ulang pendirian kami sambil aku beri arahan kepada kumpulan ROYALTI untuk bertenang (rujuk video dan dengar betul-betul) aku telah diserang 7 hingga 8 orang. Mereka terus tumbuk dan menyepak aku. Dengan kuasa pinjaman ALLAH swt ini. Aku mampu menangkis segala serangan mereka sehingga ada yang jatuh ketika ingin menyerang aku.
Namun kini timbul fitnah aku menyerang kumpulan MTRK.
Bagaimana seorang menyerang 8 orang dan bagaimana menyerang berundur ke belakang dan diserang mara ke hadapan? Namun kerana mereka hanya berpegang pada persepsi sehingga kadang-kadang boleh bertukar fitnah mereka tetap menjaja cerita itu walaupun sanggup memperbodohkan diri sendiri. Tak malukah kamu berlapan tetapi boleh diserang aku seorang diri.
Kalau hendak diikutkan hati yang panas ketika itu, aku boleh sahaja memukul dengan pembesar suara. Namun dalam masa 0.2 saat aku sempat berfikir dan menukar perasaan kemarahan kepada kewarasan maka aku tidak berbuat demikian dan hanya mempertahankan diri namun ada ketika aku TERPAKSA menyerang kerana serangan yang bertubi-tubi sehingga 5, 6 orang sekali gus. Ada seorang yang jatuh dan kepalanya betul-betul depan kaki aku dan ruangnya luas untuk aku sepak tepat ke mukanya namun aku juga tidak lakukan kerana kewarasan.
Maka jika kamu ingin menfitnah aku menyerang kamu, sila potong anu kamu. Kamu menyerang dalam bentuk berkumpulan pada waktu yang sama namun aku yang dituduh menyerang. Adakah kamu ingin mengaku kalah kepada seorang lelaki? Dan jika kamu diserang kenapa kau yang mara ke hadapan dan aku yang berundur?
Sesungguhnya, kamu merancang dan aku juga merangcang. Namun percayalah, sebaik-baik perancang bukan kita. ALLAH swt sebaik-baik perangcang.
No comments:
Post a Comment