Tuesday, August 14, 2012

TERKINI " tumbuk menumbuk di SUK"

Dua keadaan berbeza. Gocoh dan cool. Inilah ore Klate " sek kito jange pecoh"

Di bulan yang mulia ini ALLAH swt telah menemukan aku dengan seorang lelaki yang memang aku ingin pernah jumpa satu ketika dulu. Perjumpaan yang tidak dirancang ini benar-benar menduga aku.

 Lelaki yang ini adalah diantara lelaki yang terlibat dalam " Tumbuk menumbuk di SUK Kelantan" tidak lama dahulu. Ketika itu aku telah diserang 7,8 orang lelaki dalam keadaan aku tidak bersedia. ALLAH maha berkuasa aku tidak menerima cedera seperti yang dialami sahabat aku Aduka Taruna yang menerima 3 jahitan dan telah kehilangan banyak darah.

Bagi yang mengikuti blog aku atau isu semasa tentu masih ingat akan kejadian itu. Kejadian berdarah di SUK hari itu memang aku dan para sahabat tidak akan lupa. Hari ini aku terkesima apabila diberi peluang oleh ALLAH swt bertemu dengan salah seorang yang terlibat dalam kejadian itu. Ketika itu aku terasakan bagaikan deja vu.

Bertemu di kedai makan tanpa dirancang.

Selepas sembahyang terawih aku sepatutnya bersama YB WAN HASSAN WAN IBRAHIM, Topeng Perak dan beberapa rakan R yang lain yang telah dijemput oleh YB Semerak kerana YB ingin membelanja kami meggi ketam. Namun atas sebab sudah lama tidak bersama bekas rakan-rakan sekolah maka malam itu aku tidak bersama rakan-rakan R. Namun rupa-rupanya pada malam itu ALLAH swt telah tentukan aku bertemu dengan seorang yang sememangnya aku ingin berjumpa satu ketika dulu. Malam itu aku bersama rakan-rakan sekolah di kedai roti tempayang di cabang 4 wisma Kota Bharu.

Amin Tita "mencuik" aku dan memberitahu "gu lawe demo pakai baju kuning duk blake tu" Aku pada awal ingatkan awek cun. Terkejut dan tanpa merancang apa-apa aku terus mendapat "gu lawe" yang berbaju kuning itu. "

"demo ingat lagi ko kawe ni?"  sambil aku menghulurkan salam. Awa agak terkejut mungkin juga seperti aku tadi yang tidak menduga akan bertemu dengan aku diwaktu dan tempat begitu. Dia menyahut salam aku dan memberithu masih mengenal aku. Aku sedikit terkejut si apabila "gu lawe" ni siap kenal nama aku. Aku pula hanya mengingat batang tubuhnya tetapi tidak mengenali namanya.

Aku sebagai manusia biasa pada mulanya datang sedikit "murih" apabila melihat lelaki yang pernah bersama dalam satu himpunan dan ianya berlaku pertembungan dalam himpunan itu. Aku dan dia pula adalah berada dalam kumpulan yang berlainan dan kumpulan yang berlawanan. Namun dalam hati aku istifar dan aku cuba keluarkan apa telah tersematkan di dalam hati akan pesanan-pesanan arwah ibu aku.

"sentiasa depankan maaf daripada dendam dan amarah" itu adalah diantara pesanan yang acap kali arwah ibu tekankan.

Aku meminta dia bercerita dipihak dia apa sebenarnya yang terjadi di SUK hari itu sehingga terjadinya "tumbuk-menumbuk" Awa nama "gu lawe" ini mencerita detik-detik bagaimana situasi pada ketika itu. Seperti yang aku duga, kebanyakkan meraka tidak faham apa terjadi dan mereka hanya keluar pada hari itu dengan tidak faham situasi pada ketika itu. Awa juga memberitahu beliau hanya datang memandangkan hubungan beliau dan " Jeming Ali" adik kepada Ibrahim Ali yang agak rapat dengannya. Beliau cuma hadir pada himpunan SUK pada hari itu bukan kerana wang atau apa-apa selain hanya atas dasar persahabatannya dengan Jeming Ali. Beliau meminta maaf dan memberitahu apa yang terjadi pada hari itu bukan sengaja dan ianya dilakukan dalam keadaan "terpaksa"



Aku berlapang dada memaafkannya dan memberithu bahawa aku tidak pernah menyimpan dendam. Aku juga menyatakan adalah tidak salah untuk berbeza pendapat dan aku meraikan perbezaan pendapat. Namun tidak bersetuju dengan cara yang "kasar" Namun aku sedar, situasi hari tu mungkin memaksa mereka bertindak sedemikian. Mungkin ada silap dipihak mereka dan mungkin juga ada silap dipihak kami. Itu aku tidak nafikan. Ianya berlaku atas landasan "salah faham" dan tidak sempat untuk memahami keadaan pada hari itu yang memerlukan penghadaman yang pantas.

Aku bertukar nombor telefon dan aku akan ketemukan beliau dengan semua sahabat-sahabat R dan aku yakin para sahabat R juga seperti aku yang tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun. Pejuangan kami R adalah menuntut ROYALTI dan menjelaskan hal-hal yang berkaitan dengan ROYALTI. Maka apa yang terjadi pada malam itu adalah anugerah ALLAH swt. Dan aku menghulurkan persahabatan kerana aku adalah orang Kelantan dan beliau juga orang Kelantan. Dan sudah semestinya " sek kito jange pecoh" juga merupakan diantara piagam perlembagaan yang aku guna pakai dalam kehidupan seharian aku.

Buat sahabat UMNO dan yang berbeza pendapat.

Aku ingin menegaskan, hidupnya aku dimuka bumi ini selain mencari keredhaanNYA, tidak pernah terlintas untuk aku mencari musuh. Aku lebih dahulukan "kasih sayang" berbanding dengan "perang" dalam perjuang ini. Bagi aku, perbezaan pendapat itu adalah fikrah yang tidak boleh dibunuh. Ianya lahir dari setiap individu tanpa dirancang. Ia dihadam dengan cara masing-masing. Pemahaman setiap individu juga adalah berbeza. Maka, bagi aku, perbezaan pendapat bukan tiket untuk mencipta kebencian, ianya lebih baik diselasaikan dengan hujah dan jika hujah pun tidak mampu untuk meleraikan perbezaan pendapat itu, bagi aku ianya perkara normal. Aku menerima dengan hati yang ikhlas bagi mereka yang tidak bersependapat dengan aku.

Maka sehubungan dengan itu, aku berharap bagi mereka-mereka yang tidak bersependapat dengan aku, usahlah menabur rasa benci dan dendam. Kerna adalah lebih baik kita dahulukan "rasional"  Maka bagi mereka-mereka yang membaca dan pernah berbeza idealogi denganku, ketahuilah olehmu, aku tidak pernah membenci dan aku lebih sayang dan hormat padamu semua kerana kamu semua sudah terlibat dan menjadi sebahagian daripada hidupku.


6 comments:

  1. kamu dah tunjukkan 1 contoh buat semua anak2 muda,cara betul dlm perjuangan...aku yakin,jika guru pertamamu masih ada,dialah org yg paling gembira bila melihat apa yg telah anaknya lakukan...ming,mulai skang,kamu dah jd salah sorang idola aku,tahniah dan syabas buat kamu,tabikkk!

    ReplyDelete
  2. dhani~ terima kasih, mmg betul, andai arwah ibu masih ada, mesti sekrang aku tgh bercerita dgnnya,.arwah ibu adalah pndgr setia, semoga arwah tenang di sana, al fatihah

    ReplyDelete
  3. kemah ming. memberi maaf kepada orang yang pernah menyakiti kita bukanlah perkara yang mudah. semoga Allah merahmati mu :)

    ReplyDelete
  4. Contoh yg baik adalah ikutan akhlak Rasulullah saw.menghormati musuh sbhgian akhlak yg mulia

    ReplyDelete