Saturday, August 11, 2012

Terharu melihat Isteri Erdogan melawat Rohingha

 

Terharu melihat isteri Recap Tayyip Erdogan dari jauh datang semata-mata untuk melihat sendiri Masyarakat Islam di Rohingha. Lawatan isteri Recap Tayyip Erdogan bersama dengan Menteri Luar Turki memberi harapan kepada Islam di dunia bahawa sistem "Khalifah"  seolah-olah sedang kembali. Jika sebelum ini kita hanya beranggapan andai sistem sistem "Khalifah"  masih wujud maka sudah tentu bala tentera bantuan akan dihantar. Namun sejak kejatuhan empayar Uthmaniya dimana Melaka sendiri pernah dibawah naungannya Islam di dunia hari ini seakan-akan lemah dan tidak bersatu.

Lawatan Isteri Perdana Menteri Turki diharap memberi motivasi kepada kerajaan Malaysia untuk bersama membantu masyarakat disana. Kita semua sedia maklum, dalam peta dunia, Malaysia lebih dekat Burma berbangding Turki namun alangkah malunya kita apabila kerajaan mereak dulu yang sampai.

Dimana Kerajaan Malaysia?

Kenapa bila sukan olimpik atau apa-apa acara sukan ke hujung dunia masih sanggup kita hantar wakil ke sana. Sanggup pula para pimpinan ke sana. Kenapa dalam isu ini kerajaan kita diam membisu? Kita rakyat Malaysia amat berharap Kerajaan Malaysia mengambil sikap bertanggungjawab kerana mereka adalah seagama kita dan yang paling penting kita mahu Perdana Menteri di negera ini adalah seorang manusia yang "berprikemanusiaan"



Aku benar-benar berharap, pemergian Isteri Perdana Menteri Turki ini menyunting semangat buat Rosmah untuk mengikuti apa yang telah dilakukan beliau. Jika kejuaraan badminton dunia beliau sanggup pergi dan sanggup memeluk pemain negara demi menenangkan pemainkan yang kalah itu, adalah lebih baik Rosmah memeluk wanita di Rohingya demi berkongsi kasih dengan penduduk Islam di Rohingha.

No comments:

Post a Comment