Saturday, June 30, 2012

Antara Derhaka atau Menjunjung Titah Sultan


Pihak TUKAR menuduh kami ROYALTI menghina Sultan kerana menjaja dan membawa gambar Sultan ketika berhimpuan di depan SUK baru-baru ini. Aku mengaku memang ketika himpunan di SUK baru-baru ini aku dan kumpulan ROYALTI membawa gambar dan amanat Sultan Kelantan.

Amanat Sultan Muhammad ke-5 Sultan Kelantan adalah dengan bertitah supaya gas dan minyak didaratkan di Kelantan. Baginda juga telah memberi 4000 ekar demi merealisasi   sebuah zon indutri petroleum di Bachok.

Kami sebagai rakyat Kelantan yang menyangi Sultan merasa kecewa apabila titahnya tidak diendah oleh kerajaan Pusat yang terus menafikan hak rakyat Kelantan. Maka kami berharap kerajaan Pusat dapat serius dalam amanat Sultan kesayagan kami dan kami mulakan  dengan memberi plak yang mempunyai tanda tangan Sultan tanda masih mempunyai pendirian yang sama iaitu mahukan gas  dan minyak didaratkan di Kelantan.

Kami adakah himpunan demi menzahirkan bahawa amanat Sultan perlu dilaksanakan dan perlu diambil serius. Maka kami mulakan dengan membuat satu himpunan di depan SUK dan ingin memberi plak kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Tarikh itu sama dengan himpunan TUKAR  namun kami telah berbincang dengan pihak polis dan pihak polis telah membenarkan kami berhimpun.

Himpunan kami diganggu samseng-samseng upahan TUKAR.

Himpunan yang kami anggap himpunan rakyat tanpa mengira parti kerana menjunjung titah Sultan diganggu juga oleh balaci-balaci upahan. Meraka membuat kacau dengan menghalau kami sedangkan kami telah mendapat kebenaran polis. Namun kerana kebiadapan akhir kami telah dipukul dan ada sahabat aku mendapat kecederaan kerana dipukul oleh peserta himpunan TUKAR. Aku juga telah diserang 7,8 orang hanya kerana menjunjung titah Sultan kami.

Antara Derhaka dan Menjunjung Titah Tuanku.

Aku mengaku memang aku membawa gambar dan amanat Sultan. Namun aku tidak rasa tindakan itu bersalah. Aku mahu amanat Tuanku itu didengari dan dituruti kerna ia bukan berkpentingan mana-mana individu tetapi ianya adalah untuk rakyat.  Kami membawa gambar rasmi dan amanat Tuanku kerana kami sayangkan Sultan kami. Kami tidak mahu dan tidak rela segala amanat Sultan kami tidak didengari. 

Namun aku sedih dan kecewa apabila ada segelintir peserta daripada TUKAR & SEDAR yang sanggup mempersendakan himpunan kami yang menjunjung titah Tuanku. Meraka sanggup meniru gaya menari panggung mengambar seolah-olah menghina amanat Sultan kerana kami berhimpuan tiada objektif lain daripada menzahir dan menjunjung titah Sultan kami.

Lebih baik angkat gambar Tuanku daripada derhaka!

Jika mengangkat gambar sultan adalah satu penderhakaan, bagaimana dengan sindiran dan penghinaan yang dilemparkan oleh TUKAR&SEDAR? Kami tidak pernah menghalang perjuang mereka tetapi kenapa kami dihalang dan dihina bahkan kami dipukul gengster hanya kerana menjunjung titah Sultam kami. 

Kami berharap mereka juga bersama dalam perjuang ini. Ini bukan perjuangan berkepentingan politik, tetapi kami berjuang demi amanat sultan kami. Semoga amanat Sultan kami akan menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment