Sesungguhnya mempertahankan harta juga adalah jihad. Dan dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seseorang lelaki datang kepada Nabi saw dan bertanya " Beritahu kepada ku bagaimana jika seseorang itu datang kepada ku bagaimana jika ada seseorang itu datang dan ingin merampas hartaku (secara zalim)
Baginda menjawab " Jangan enkau berikan"
Lelaki itu bertanya lagi "Bagaimana kalau dia membunuh ku?"
Baginda menjawab " Engkau mati syahid"
Orang itu bertanya lagi "Bagaimana kalau aku membunuhnya?"
Baginda menjawab" Dia masuk neraka"
"Hadis riwayat Iman Muslim"
Hadis ini bukanlah maksud untuk mengalak kita terus membunuh pencuri itu dan sesungguhnya membunuh itu bukan jalan keluar kepada penyelesaian, ini ialah kerana hadis lain juga ada menyebut bahawa perlulah cuba mengingatkan pencuri itu kepada ALLAH swt dan dosa jika dia ingin mencuri. Jika berdegil, maka cubalah dapatkan pertolongan dari orang lain. Jika tidak mampu, maka dapatkan pertolongan dari pihak penguasa. Akhirnya sekali, jika tiada pertolongan jua, maka lawanlah pencuri itu walaupun sehingga menyebabkan terbunuh atau dibunuh.
Mengikut kepercayaan dengan segala pengetahuan aku, Kelantan memang berhak untuk mendapatkan Royalti minyak dan berhak gas dan minyak didarakan di Kelantan. Namun atas dasar dendam dan dengki maka segala hak rakyat Kelantan dinafikan. Maka aku secara individu bersetuju perjuangan Royalti di Kelantan adalah satu perjuangan jihad. Sesiapa yang bersetuju, ayuh kita bersama, kita berjuang sehingga ke titisan terakhir. Andai kita mati sekali pun didalam perjuangan ini, insyallah kita syahid bertemuNYA di akhirat sana.
Mohon buat pautan blog:
ReplyDeleterizuwankini.blogspot.com
Terima kasih.