Friday, January 18, 2013

Jeming Hassan sengaja jatuhkan diri untuk popular


Aku sebenarnya sengaja jatuhkan diri demi untuk popular. Aku sudah rancang untuk rebah demi meraih simpati. Itu diantara komen-komen yang diterima takkala mereka melihat video aku terjatuh dari basikal ketika jelajah terakhir daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Aku ketika itu dijelajah terakhir daripada Gombak ke KLCC.


Jika dilihat pada video yang aku muat turun di youtube pada minit ke 20 jelas mata aku lihat ke bawah. Dan selepas itu aku terus terjatuh. Apakah yang terjadi dan adakah benar aku cuba untuk jatuh diri aku sendiri demi untuk popular.

Aku sendiri tidak dapat mengingat apakah sebenarnya yang terjadi. Maka aku tidak marah pada mereka yang menyangka aku sengaja jatuhkan diri untuk popular. Aku tidak dapat menahan mereka untuk memikirkan negatif tentang aku. Mungkin mereka benci dna tidak suka akan aku maka kerana itu mereka berprasangka buruk tentang aku.

Sebenarnya, itu bukanlah kali pertama aku jatuh. Ketika hari pertama aku sudah jatuh namun aku tidak mendapat kecederaan kerana aku jatuh diatas pasir ketika hujan yang lebat. Ketika itu aku terjatuh kerana kasut yang aku pakai terlekat di pedel. Ketika aku berhenti kasut masih melekat di pedel dan aku hilang keseimbangan dan menyebabkan aku terjatuh. Namun aku tidak tercedera dan dengan izinNYA aku masih dapat meneruskan kayuhan tanpa sebarang kesan sampingan selepas terjatuh pada hari itu.

Hari pertama aku jatuh kerana tidak biasa dengan kasut basikal baru

Kenapa aku boleh terjatuh?

Aku mempunyai berapa andaian kenapa aku terjatuh. Ini kerana, aku sendiri tidak dapat mengingati kenapa dan mengapa aku terjatuh.

Andaian pertama

Kasut jenis inilah yang aku beli dan mungkin menjadi penyebab aku terjatuh. Ketika aku membeli, abang yang menjual itu sempat memberitahu mungkin aku kaan terjatuh 3,4 kali untuk membiasakan dengan kasut ini. Andaiannya benar apabila 2 kali aku terjatuh

Seperti kejadian hari pertama, aku jatuh kerana kasut dengan izinNYA. Aku memakai kasut basikal yang mempunyai besi di bawah dan ianya melekat di pedel basikal. Mungkin aku cuba buang dan apabila ia tercabut dari pedel dan kaki aku termasuk ke dalam lidi dan menyebabkan tayar di hadapan tersekat serta merta dan menyebabkan aku terjatuh.

Andaian ke dua

Mungkin aku cuba buang sesuatu ditayar dan secara tidak sengaja kaki aku termasuk ke dalam lidi.

Andaian ke tiga

Andaian ke tiga ini dinyatakan oleh doktor tanpa beliau melihat video diatas. Beliau memberitahu aku mungkin hilang fokus kerana selepas 700 kilometer mengayuh. Beliau menambah aku mungkin kelesuan dan menyebabkan aku hilang fokus. Dengan kata lain, mungkin aku "gila" seketika. Seperti seorang angkasawan yang bertahun-tahun di ruang angkasa boleh menyebabkan gila kerana hilang fokus.

Namun pelbagai andaian yang boleh dibuat. Namun aku tidak dapat memberi jawapan dengan jelas. Berkali aku lihat video dan aku sendiri tidak dapat mengagak kenapa dan mengapa. Cuma yang aku lihat dengan jelas, kaki depan aku termasuk ke dalam lidi tayar di hadapan.

Jika mereka menuduh aku sengaja menjatuhkan diri. Bagi aku ianya terlalu "hebat" Perbuatan itu terlalu hebat. Aku bukanlah orang itu.  Dan sesungguhnya, sakit yang aku hadapi sehingga ke hari ini aku masih merasainya. Dan jika aku memilih untuk senagaja jatuhkan diri, aku tidak memilih untuk jatuh di Gombak yang berbaki 20 kilometer lagi untuk sampai ke KLCC.

Selepas aku jatuh, aku terus dapatkan basikal aku untuk meneruskan kayuhan. Ketika itu bahu aku masih tidak terasa sakit. Namun tayar basikal aku bengkok dan tidak dapat berpusing. Aku menendang tayar supaya dapat aku kayuhkan semula. Namun ternyata tendangan aku itu sia-sia. Para sahabat sudah dekatkan diri dan nasihatkan aku supaya naik atas kereta untuk ke KLCC. Aku tidak dapat terima kenyataan bahawa kayuhan aku sudah tamat. Aku menendang-nendang tayar basikal.

Aku cuba untuk guna bakisal aku yang jatuh namun tayar depan tidak dapat berpusing

Seorang sahabat dari Terengganu memberi basikalnya untuk aku meneruskan kayuhan ke KLCC. Alhamdulillah aku dapat teruskan kayuhan untuk menamatkan misi ke KLCC. Ketika dan saat itulah bahu aku mula terasa sakit yang amat. Dan ketika itu juga barulah aku sedar aku sedang mengayuh basikal fixie. Basikal fixie berbeza daripada basikal yang aku kayuh sebelum ini. Basikal fixie jenis basikal yang mengayuh tanpa rehat kaki. Aku mula takut apabila menurun bukit. Aku terpaksa menahan basikal itu daripada bergerak laju kerana basikal fixie tiada brek. Ketika itu aku mula terasa payah yang amat. Sebelum 700 kilometer aku kayuh dengan bersenang-senang. Pada hari terakhir aku mendapat nikmat mengayuh dengan penuh dengan kepayahan dan kesakitan bahu yang amat perit ketika itu.

Alhamdulillah sahabat daripada Terenganu benarkan aku guna basikalnya untuk aku menamatkan misi ke KLCC

Aku hampir untuk mengalah apabila sakit dibahu ini tidak tertanggung sakitnya. Namun ketika itu mata aku terpandang KLCC dan aku tahu aku perlu habiskan misi ini. Dan ketika itu juga aku teringat akan arwah Kamarul Zaman yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang daripada misi ROYALTI. Aku sebak, dan begitu bersyukur kemalangan tadi hanyalah kemalangan kecil namun aku sedih dan benci aku pada Najib memuncak memikirkan berapa nyawa lagikah yang harus menjadi korban demi memperjuangkan ROYALTI.

Ketika ini bahu aku mula terasa sakit yang amat


Arwah Kamarulzaman wira ROYALTI Kelantan

Dengan izinNYA lebih kurang jam 11 pagi pada 11 Januari 2013 akhirnya aku berjaya menamatkan misi ROYALTI ke KLCC. Aku dan rakan-rakan berjaya tamatkan misi 723 kilometer demi memperjuangkan hak rakyat kami hak rakyat yang dinafikan ROYALTI negeri Kelantan.

Berbalik kepada persoalan asal, adakah aku sengaja jatuhkan diri demi untuk popular. Aku menjawab ya. Kerana apabila aku sudah menyahut untuk berbasikal daripada Kelantan ke Kuala Lumpur maka aku harus berdepan pelbagai kemungkinan. Dan jatuhnya daripada basikal itu bukanlah perkara yang besar berbangding dengan kematian beberapa pejuang rakyat yang tekad berjuang untuk rakyat semata-mata. Dan alhamdulillah aku hanya cedera ringan. Dan jika jatuh dengan basikal itu boleh mengembalikan hak kami, maka aku tidak kisah untuk melakukannya sekali lagi. Namun aku tahu bukan itu caranya, namun aku dan anak-anak muda Kelantan  akan terus berjuang menuntut hak kami."

5 comments:

  1. Pak Din ucapkan tahniah dan syabas!

    ReplyDelete
  2. Hebak boh...kawe tetap sokong Royalti...kawe sokong demo sbb demo wakil suara pemuda2 dan belia2 Kelantan yg menuntut hak Negeri Kelantan..bukan sekadar mari di tumpat,bachok oyk 7projek utk rakyat kelantan jika sokong BN..meraih simpati undi....korok dio..sebelum ni duk hina Kelantan miskin...tgk loni..gapo jd ko Johor??Sabah???...teruskan Jeming...

    ReplyDelete
  3. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete