Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 merupakan himpunan paling cool yang pernah aku sertai. Ramai yang merungut kerana tiada gas pemedih mata dan tiada tangkapan yang dibuat polis. Ada yang kecewa dari awal lagi apabila stadium merdeka dibenarkan untuk dijadikan tempat berhimpun.
Seperti rakyat sudah tidak takut dengan ugutan dan pihak yang sebelum ini menjadikan "ketakutan" untuk menyekat rakyat tidak lagi berhasil untuk dijadikan peluru menyekat kebangkitan rakyat. Rakyat kini sudah tidak takut dan begitu berani menghadapi apa jua kemungkinan yang datang.
Namun "mereka" tidak lagi mahu bermain dengan api. Mereka menggunakan diplomasi untuk menhancurkan demokrasi. Namun rakyat tetap hadir dan seorang pakar Matemetik menganggarkan seramai 700 000 rakyat telah berkumpul di Stadium Merdeka.
Dan seperti yang aku jangka, tiada prokasi besar-besaran seperti Bersih, Bersih 2 dan Bersih 3. Yang berpengalaman dengan gas pemedih mata seperti sangat kecewa kerana tidak dapat mengubat rindu untuk menghidu gas seperti mana himpunan-himpunan terdahulu. Yang kali pertama hadir pula kecewa kerana tidak dapat merasa gas pemedih mata dan tidak berpeluang untuk kejar-mengejar dengan abang polis.
Begitulah hebatnya "kebangkitan rakyat" yang ditakuti rejim hari ini sehingga terpaksa menari mengikut rentak rakyat. Jika Bersih 3, rakyat tidak dibenarkan langsung untuk memasuki kawasan stadium merdeka dan dataran merdeka. Kini rakyat sudah dibenarkan berkumpul kerana begitu hebatnya kuasa rakyat dengan izinNYA.
Oleh yang demikian, kepada rakyat yang kecewa kerana himpunan hari itu tidak seperti yang diinginkan, ketahuilah anda, bahawa himpunan hari itu merupakan kemenangan kecil rakyat. Teruskan momentum. Sesungguhnya, jika rakyat terus kuat, maka kepimpinan tidak akan berani untuk memperbodohkan kita.
"Teruskan momentum kebangkitan rakyat sehinggalah rejim yang zalim ini tumbang"
#respect team Royalti!
ReplyDeleter utk royalti....r utk revolusi...r utk rakyat!!!!
ReplyDelete