Tuesday, January 8, 2013

Gambar dan catatan konvoi ROYALTI berbasikal dari KB ke KLCC

1 Januari 2013 bermula ekspedisi berbasikal dari Kelantan dan akan tamat di KLCC pada 11 Januari 2013 ini. Seramai 10 orang pengantih dan 3 orang "marshall" yang juga merangkap paramadik dan pegawai keselamatan sepanjang konvoi ini.




Barisan perserta Konvoi berbasikal dari Kelantan ke Kuala Lumpur

Kami terpaksa mengharungi hujan lebat bagi memastikan kami sampai 11 Januari ini di KLCC



Hujan lebat bukanlah halangan buat kami
Sepanjang perjalanan ini aku dan para peserta lain disambut baik oleh masyarakat ketika kami melalui kampung-kampung. Ada yang melambai-lambai dan ada juga yang mengajak makan dan minum. Namun tak semua dapat kami penuhi kerana ada ketika kami sedang mengejar masa. Aku mewakili peserta konvoi memohon maaf dan jutaan terima kasih atas perhatian dan kasih sayang anda semua.Sepanjang perjalanan ini, kami didatangi pelbagai masalah. Ada 2 peserta yang deman pada hari pertama selepas berbasikal kerana merentas hujan lebat. Ada seorang lagi cedera dilutut kerana rebah ketika sedang berbasikal. Aku sendiri pernah terjatuh kerana terlalu penat mengajuh. Namun semua itu tidak mematahkan semangat kami dan kami terus mengajuh untuk mencapai cita-cita kami tiba di KLCC dengan basikal sebelum 12 Januari 2013 sempena himpunan kebangkitan rakyat.


Aku rebah di dalam hujan lebat

Pengalaman manis di C4-R

Alhamdulillah sepanjang perjalanan, kami diberi kesenangan oleh ALLAH swt. Banyak perkara yang asalnya sudah dipermudahkan oleh ALLAH swt. Ketika kami berada di Terengganu aku meminta seorang sahabat untuk menghubungi Ustaz Azhar dan meminta Ustaz melepaskan peserta C4-R di Batu Buruk. Walaupun aku sedia maklum jadual ustaz Azhar amat padata namun aku cuba meminta juga. Dengan izinNYA, walau tanpa surat, walau tanpa janji yang awal, Ustaz Azhar datang dan merealisasikan apa yang aku impikan. Dan aku dapat lihat peserta konvoi begitu bersemangat dengan kehadiran ustaz Azhar di Batu Buruk dan seterusnya melepaskan kami untuk meneruskan kayuhan terus ke Dungun.


Terima kasih Ustaz Azhar kerana hadir walau pun dalam keadaan sibuk
Berjumpa Tok Guru Haji Hadi selepas 20 jam penerbangan

Walaupun Tok Guru Ayah Chik baru sahaja sampai di Terengganu dan masih letih selepas 20 jam di dalam kapal terbang pulang dari lawatan ke luar negera. Namun Ayah Chik tetap bersedia menerima kehadiran kami dan sempat mendoakan perjalanan kami. Sesungguhnya aku begitu bangga apabila Ayah Chik menjemput kami ke dalam rumahnya dan melayan kami penuh sopan walaupun beliau masih letih. Terasa benar yang diri ini sedang dihiburkan ALLAH swt selepas kami penat mengayuh dan merempuh hujan lebat.


Bersama Ayah Chik
Kenapa berbasikal ke KLCC?

Ada yang tanya kenapa berbasikal dan mengambil masa 12 hari untuk ke Kuala Lumpur. Katanya seperti kerja bodoh dan membazir masa. Jika anda yang sedang membaca ini juga berpendapat sedemikian, maka anda sendiri adalah bodoh dan kejam. Kami semua sanggup meninggal kampung halaman dan memberi masa kami selama 12 hari ini bukanlah mnegejar gelaran Datuk untuk memecah mana-mana rekod Malaysia atau rekod dunia, kami semua melakukan aktiviti ini adalah untuk menarikn perhatian anak-anak muda yang masih leka dengan dunia yang penuh tipu daya ini. Kami ingin buktikan kepada kepada yang bertanggungjawab yang menafikan hak hasil bumi negeri kami ini bahawa anak-anak muda dari negeri yang dinafikan ini bersemangat untuk memperjuangkan hak negeri kami. Jika 600 kilometer sanggup kami berbasikal, maka apalah sangat untuk menoloka kepimpinan yang zalim ini. Dan kami juga bukan sahaja akan menolak kepimpinan yang zalim ini, bahkan kami akan mengajak dan menghasut anak-anak muda lain untuk menolak kepimpinan yang zalim ini.



Himpunan KL112 bukti kepada suara anak-anak muda menolak kerajaan zalim!Kami aktivis Royalti diantara yang akan hadir pada 12 Januari 2013 in. Himpunan ini adalah bukti kepada penolakan besar-besaran kepada UMNO sedang berlaku. Aku mengambil peluang untuk membuat kejutan dengan berbasikal dari Kelantan ke Kuala Lumpur tanda kami penuh bersemangat untuk menyuarakan suara kami yang jelas dan tekad benci kepada peminpin yang zalim dan tidak adil.


Letihhhh

Bersama Hafiz ketua konvoi R Terengganu

Terbaik dari R Terengganu yang turut berama untuk konvoi ke Rusila

Terima kasih Cikgu Man yang banyak membantu ketika di Terengganu

Cikgu Fauzi Pengerusi R Terengganu


Presiden R Nazri Deraman turut bersama tanda sokongan sebelum konvoi bermula

Add caption

Abe Yie Pasir Puteh sempat bersama ketika hari minggu. Abe Yie dari Pasir Puteh datang untuk mengajuh dari Rhu 10 sampai ke Rusila



Bersama Angah wakil R Terengganu yang ikut serta terus ke KLCC


Bergambar selepas aku menasihati seorang polis Petronas yang memarahi aku ambil kerana mengambil gambar di hadapan Petronas tanpa minta izin. Dia cakap ada papan tanda yang melarang untuk mengambil gambar. Aku minta maaf dan minta untuk beredar. Sebelum beredar aku meminta dia memberitahu kepada Petronas supaya minta izin dengan kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil hasil bumi negeri kami. Maka Polis yang agak tegas tadi tersenyum mungkin tersimpul malu~

Kami aktivis berbasikal dari Kota Bharu ke KLCC akan tiba pada 11 Januari 2013 di KLCC. Kami aktivis ROYALTI R dari Kelantan akan bergabung dengan para aktivis R Terengganu dan Pahang untuk menyerahkan memorendum kepada pengerusi Petronas pada 11 Januari ini. Aku menjemput kepada semua yang menyokong untuk bersama pada jumaat ini. Kita zahirkan solidariti kita dengan datang beramai-ramai ke KLCC dan bersama-sama untuk menyerahkan memorendum jumaat ini.12 Januari ini pula para aktivis dan penyokong perjuangan ROYALTI dijemput untuk berkumpul di KLCC dan kita akan bersama-sama dalam himpunan kebangkitan rakyat. Semoga dengan kehadiran anda semua mampu mengubah landskap politik negara ini. Amin ya rabbal alamin.

1 comment:

  1. kawe berair mato tgk gmbr2 ni sumo, kawe rs rugi kawe x mampu nk wat gapo2 selain doa dn beri sokongan penuh ko puok demo....kawe tunggu puok demo d dataran nnti Jeming, nok wak gano idup d perantauan ming weh...tp puok kito akan jupo dataran kl112...jgn lupa baju nge bendera kawe ming...

    ReplyDelete