Friday, April 9, 2010

BILA SESUMPAH TIDAK BERSUMPAH


Encik sesumpah telah melanggar etikanya.Encik sesumpah tidak bersumpah??
Apakah ini benar?
Bukankah sebelum ini encik sesumpah ini raja bersumpah. Takkanla nak mintak maaf je.
Takkan tak mau bersumpah.
Bersumpahla bro, barula menuruti etika encik sesumpah.
Sebelum ini encik sesumpah telah beratus atau beribu atau berjuta kali telah bersumpah. Sumpah pasal tak mahu masuk unmo, sumpah akan taat setia kepada parti dan Dato' Sri Anwar, sumpah ada 6 kotak berisi dokumen rasuah umno. Itu masa dia dalam PKRla.

Selepas bersumpah keramat berjanji taat setia kepada PKR, tiba-tiba encik sesumpah telah memakan sumpahnya dengan bergaya dan pelahatnya.
Dan dengan muka selamba,dengan muka tak malu, dengan tak rasa berdosa raja sumpah telah melanggar sumpahnya yang kononnya tidak sama sekali akan masuk parti umno, telah raja sumpah tetap memasuki parti umno yang didakwanya telah bersih suci dan murni berbanding pakatan rakyat dari segi rasuah dan keperibadian ahlinya.

Ingatkan setelah bro ini masuk umno bro ini akan meletakkan jawatannya sebagai raja sesumpah. Tetapi ternyata kerjayanya sebagai encik sesumpah tidak dapat dipisahkan dengan dirinya.

Maka bersumpah lagilah encik sesumpah ini, sumpahnya“Saya bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah s.a.w dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”

Dan bila seorang lelaki yang telah gagal dalam pelajarannya yang dikatakan meminta biasiswa di rumah TPM yang sekarang telah menjadi PM belia dengan statusnya raja sumpah telah percaya cerita itu walau pun ada kekeliruan bila hari pertama najib berkata tidak mengenali si polan ini, tetapi keesokkan harinya barulah najib mengakui menegnali lelaki kacak ini. Lelaki kacak gagah bergaya itu dengan sedih telah membuat pengakuan yang dirinya dinodai. Lantas perbuatannya yang kononnya menegakkan kebenaran itu tidak dipercayai maka belia telah bersumpah keramat yang dirinya yang gagah lagi macho telah diliwat oleh lelaki yang sudah lanjut usia tanpa kerelaan hatinya.Dengan pantas encik sesumpah ini menjadi tembok terkuat kepada encik kacak muda yang diliwat ini.
Katanya Dato' Sri Anwar harus juga bersumpah,kerana belia adalah raja sesumpah dan belia berhak untuk menyuruh sesiapa sahaja untuk bersumpah dan bila encik sesumpah ini bersumpah, sumpahannya itu memang benar. Lihat sahajala dimana belia telah bersumpah yang belia tidak akan sama sekali akan masuk umno dan akan terus berjuang untuk menguburkan UMNO. Tetapi belia terpaksa masuk umno dan belia telah tarik balik sumpahnya itu. Tetapi dengan kemasukkannya ke dalam umno, umno memang betul-betul akan berkubur.
Katanya jika Dato' Sri dipihak yang benar belia harus berani bersumpah. Tetapi ternyata dato' Sri tidak mahu jawatan sebagai raja sumpah itu jatuh ke tangannya dan dato' sri tidak menuruti kemahuan RAJA itu.
TETAPI~
Hari ni encik sesumpah tidak bersumpah.
Kenapa?
Macam tak lengkap pengakuan itu jika tidak bersumpah.
Belia hanya meminta maaf dan menarik balik tindakan membela Anwar dalam kes liwat dahulu. Katanya lagi dulu belia tidak tahu perkara sebenar. Dan baginya kes 8 Ogos 2000 dimana Dato' Sri telah dituduh meliwat Azizan Abu Bakar yang pernah menjadi pemandu peribadi isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Orang yang paling kuat menentang kes itu adalah raja sesumpah itu sendiri. Sekarang belia menyesal dan mengaku segala perbuatan dan perjuangannya dahulu adalah salah, perbuatan mengankat tilam ke dalam mahkamah adalah relewan baginya sekarang. Dan baginya juga adalah lojik Dato' Sri meliwat pada tahun 1992 di Tivolli Villa walaupun siap dibina pada tahun 1994. Masih lojik Azizan diliwat walaupun Tivolli Villa masih dalam pembinaan. Kerana itulah raja sesumpah meminta maaf dengan ikhlas.

Tetapi dengan tidak bersumpah bleh percaya ke ni?
Bila raja sesumpah tidak bersumpah macam tidak mampu je nk terima permohonan maaf ini.
Raja sesumpah juga tidak bersumpah yang memang Dato' Sri meliwat azizan walaupun Tivolli Villa masih belum siap ketika itu. Bersumpahla bro, barulah orang nak percaya cerita itu. Barulah orang percaya yang segala perjuangan lu dulu itu adalah tidak masuk akal. Barukah orang percaya yang sumpah dulu-dulu itu mainan bibirmu sahaja. Dan yang sebenarnya Lu dulu sebenar gila, sekarng ini baru lu waras. Itu pasal lu mintak maaf,lagi-lagi kat ulu selangor nak diadakan PRK.Moga-moga dengan bodek ini lu berjaya mendapat calon dan lu dapat menjadi orang india yang tulen.

Tetapi kali ni lu tidak bersumpahla bro~
Raja sumpah kena bersumpah, barulah permintaan maaf lu tu nampak ikhlas dan status raja sumpah kekal dengan lu bhai~

No comments:

Post a Comment