Wednesday, April 21, 2010

JIHAD DALAM ISLAM

Jihad dari segi bahasa berasal daripada kalimah al-juhd yang bererti keberatan dan kesusahan.

Istilah jihad.

Jihad ialah mencurahkan segala usaha dan kekuatan dalam mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita samaada mulia dan ideal atau tidak.
Jihad dalam istilah mengandungi 3 ciri yang tabie iaitu unsur tenaga dan daya, unsur matlamat, dan unsur musuh.

Terdapat 2 jenis jihad iaitu jihad agung dan jihad kecil.

Jihad agung.

Jihad menentang hawa nafsu dan tipu daya syaitan.
dianngap agung keran luas medan perjuangan yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis serangan musuh yang tidak dapat dilihat memalalui pancaindera dan manusia berperang dengan diri.
Membersihkan jiwa dan mensucikan hati.

Menurut Ibn Qayyim jihad nafsu dapat dialakukan dengan menolak bisikan syaitanyang dilemparkan ke dalam hati dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak melalukan kemungkaran.
Menurut Yusuf Al-Qardawi pula menganggap pendidikan(tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan jihad.

Jihad kecil.
Jihad denagn hati, lisan, harta, tubuh badan, nyawa dan lain-lain.

PERINGKAT JIHAD.
Terdapat beberapa peringkat jihad iaitu
1-Jihad peringkat menentang hawa nafsu.
2-Jihad menentang tipu daya syaitan.
3-Jihad menentang golongan kuffur.
4-Jihad terhadap golongan munafik.
5-Jihad terhadap orang yang zalim dan fasiq.

No comments:

Post a Comment