Tuesday, April 20, 2010

Pengertian Syariah.

Syariah dari segi bahasanya bermaksud jalan lurus atau pun sumber air yang mengalir. Manakala dari segi istilahnya pula bermaksud segala ketentuan yang telah ditetapkan Allah untuk manusia, yang dibawa oleh para RasulNya, berupa hukum-hakam, sama ada yang berhubung dengan tatacara beramal atau yang berkait dengan kepercayaan.

Syariat Islamiyyah.
Segala yang disyariatkan oleh Allah untuk manusia melalui wahyu yang disampaikan kepada rasulNya Nabi Muhammad saw yang terkandung didalam al-quran dan Al-Sunnah yang menerangkan tentang akidah, menyempurnakan akhlak dan semua perundangan yang bertujuan untuk menguruskan urusan manusia di dunia dan memeperbaiki kehidupan mareka. Kalimah syariat juga dikhususkan kepada erti hukum-hakam amaliyyah (amal) mengenai ibadat dan muamalat.

Terdapat 4 pembahagian syariah iaitu:
1-Ibadat yang menerangka tentang taharah,solat,zakat,puasa dan haji.
2-Munakahat yang menerangkan tentang perkahwinan, penceraian, hadhanah, nafkah dan lain-lain.
3-Mu'amalat menerangkan tentang jual, beli, gadaian, sewaan dan lain-lain.
4-Jinayat yang menerangkan hukum hudud, qisas dan ta'zir.

Muamalat Dalam Islam.
Muamalat dari segi bahasa bermaksud saling bertindak dan beramal.
Menurut Muhammad Yusof Musa, muamalat ialah peraturan Allah yang harus diikuti dan ditaati dalam kehidupan bermayarakat untuk menjaga kepentingan manusia.

Terdapat dua muamalat iaitu muamalat adabiyah dan muamalat madaniyah.
Muamalat Adabiyah.
Ia berhubung dengan permasaalahan ijab, qabu, saling meredhai, tidak ada paksaan dalam urusan jualan dan belian, hak dan kewajipan, kejujuran dalm perniagaan dan lain-lain.

Muamalat Madaniyah.

Antaranya berkaitan dengan jual beli, gadaian, sewa, pajak, hutang, zakat, wasiat, nibah, kharaj, perkongsian harta, jaminan, tanggungan, pemindahan hutang, syuf'ahdan lain-lain yang menghubungkan antara manusia sesama manusia.

Tujuannya
Untuk memperkemaskan dan melicinkan urusan kehidupan manusia berhubung dengan harta. Dengan ini manusia dapat menghindarkan kesulitan dan kesusahan yang timbul dalam kehidupan. Selain itu manusia dapat mengatur cara hidup mereka berdasarkan apa yang diredhai Allah dan rasulnya.

Bahagian Maqasid.
Terdapat 3 bahagian maqasid iaitu Maslahah daruriyat(asasi), Maslahah hajiyat(keperluan) Maslahah tahsiniyah(keperluan)
Maslahah daruriyat(asasi)
Satu keperluan yang perlu diadakan aatu dihindarkan dalam kehidupan manusia. Sekiranya tiada amak pincanglah kehidupan manusia seperi menjaga agama,nyawa, akal, keturunan dan harta.
Maslahah hajiyat(keperluan)
Kepentingan yang dihajatai oleh manusia bagi mengelakkan kesukaran dan menghilangkan kesulitan dan sekiranya tidak dipenuhi tidaklah mencacatkan kehidupan tetapi mendatangkan kesulitan sahaja didalam kehidupan manusia contohnya keringanan dalam membuka puasa dan jamak serta qasar dalam sembahyang.
Maslahah tahsiniyah(keperluan)
Kepentingan yang bertujuan memperelokkan dan memperindahkan dalam kehidupan dalam tujuan untuk memastikan ketinaaian akhlak dan maruah serta keindahan adat. Jika tiada maka tidaklah mencacatkan kehidupan manusia seperti maslahah daruriyat dan tidaklah mendatangkan kesulitan seperti maslahah hajiyat tetapi semata-mata meninggikan lagi kauliti kehidupan manusia. Contohnya kewajipan malakukan amalan sunat, bersedekah,adab makan dan lain-lain.

SIFAT TAMADUN ISLAM.
1-Kesejagatan.
2-Keterbukaan.
3-Sepanjang zaman.
4-Toleransi.

No comments:

Post a Comment