Sunday, April 11, 2010

Khalid Samad memuji-muji kelebihan Zulkifli Noordin.



Sebelum ini negara digemparkan dengan isu kalimah ALLAH yang menyebabkan banyak peristiwa pelik yang berlaku. Antaranya ialah berlakunya demontrasi yang dilakukan sendiri oleh orang umno yang sebelum ini kononnya demontrasi ini adalah haram dan boleh diibaratkan seperti beruk-beruk di jalanan menurut kata Khairy Jamaluddin. Mahadhir pula menyifatkan budaya demontrasi di jalanan bukanlah budaya umno tetapi budaya Dato' Sri Anwar Ibrahim,tetapi isu kalimah ALLAH telah banyak berlaku demontrasi jalanan yang kebanyakkannya adalah halal disisi umno.

Di dalam Pakatan Rakyat, para saf pimpinan pakatan rakyat mengambil sikap untuk menyerahkan perkara ini kepada yang betul-betul layak untuk menyelesaikan permasalahan ini.Berbeza dengan sikap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang tidak setuju dengan pandangan Khalid Samad yang berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang. Tambahnya lagi Majlis Syura Ulama’ PAS akan bersidang untuk membincang isu ini. Apa yang diputuskan akan saya terima sebagai pendirian rasmi PAS.
Namun pendirian YB Khalid itu amat tidak disenangi olehnya dan menyarankan YB Khalid supaya meninggalkan PAS dan menyertai DAP atau PKR. Rentetan apa yang disarangkan itu tidak diendahkan oleh YB Khalid satu laporan polis terhadap ahli Parlimen Shah Alam itu berhubung kenyatannya yang menyebut enakmen larang kalimah “Allah” ketinggalan zaman.

Namun pada 7 mac, mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat telah memutuskan YB Zulkifli dipecat daripada PKR.Ini kerana YB Zulkifli bertindak tidak mengikut dasar parti.Maka bermulalah kehidupannya sebagai seorang ahli parlimen yang bebas. Tidak lama selepas itu beliau telah memberitahu ada tawaran yang hampir mengugat imamnya supaya memberi kenyataan bahawa Dato' Sri Najib dan isterinya terlibat dalam pembunuhan Antatuya. Maka seluruh ahli parlimen pakatan rakyat terasa mual dan hendak muntah mendengar pengakuannya itu. Kononnya imannya tidak tergugatla tu.

Hubungan YB Khalid dan YB Zulkifli masih lagi tegang. Tidak ada tanda-tanda yang mereka akan berdamai. Namun 2 hari yang lepas didalam ceramah YB Khalid di Kelantan baru-baru ini,kita dikejutkan dengan pemujian YB Khalid kepada YB Zulkifi yang sangat ketara. YB Khalid banyak menceritakan akan kelebihan yang dimiliki saudara Zulkifli ini.

Antara pujian yang dilemparkan YB Khalid kepada YB Zulkifli ialah tentang cerita yang disampaikan Zulkifli sangat unik. YB Khalid memberitahu jika 10 cerita yang diceritakan YB Zulkifli, maka 12 cerita yang tidak boleh dipercayai. Betapa hebatnya YB Zulkifli ini. Tambahnya lagi, Zulkifli ini sangat hebat dalam bab tambah-nambahkan cerita, beliau (YB Zulkifli) sungguh pandai tambah-menambah cerita supaya menjadi menarik dan HEBAT sampai ada kalanya lari dari lojik dan akal.Adakalanya ceritanya itu lagi tinggi imiginasinya dari cerita star wars. Tetapi inilah sikap dan kelebihan yang ada pada YB Zulkifli Nordin. YB Khalid juga mengaku yang beliau telah merayu-rayu kepada umno supaya mengambilnya( YB Zulkifli) supaya dimasukkan ke dalam parti itu. Tetapi mungkin kerana YB Zulkifli ini terlalu istimewa sehinggakan UMNO sendiri tidak mahu mengambilnya apatah lagi dengan imamnya yang tinggi itu maka tidaklah layak baginya bersama umno,PKR atau pun PAS.

Rentetan itu YB Khalid juga menceritakan peristiwa 1998 bagaimana hebatnya Zulkifli ini yang telah menceritakan bahawa Dato' Sri Anwar diracun Arsenik pada kes 1998. Dia juga menceritakan dan mengesahkan yang Dato' Sri Anwar diracun dan menyebabkan rambut Dato Sri Anwar gugur sehinggakan isteri Dato' Sri sendiri tidak mengetahui cerita tersebut. Beliu juga telah memberitahu kepada akhbar yang beliau sendiri telah mengusap kepala Dato' Sri dan rambut Dato Sri terlekat pada tangannya itu. Namun beritanya itu tidak dapat disiarkan didalam akhbar kerana cerita itu sangat misteri kerana tetamu yang hendak berjumpa dengan Dato' Sri tidak dapat menyentuhnya apatah lagi jika mahu mengusap kepala ini kerana Dato Sri telah dipisahkan dengan tetamu yang hadir dengan satu cermin yang tebal. Isteri Dato' Sri sendiri tidak dapat mengesahkan cerita itu dan wartawan menyifatkan YB Zulkifli ini sangat istimewa.Mungkin Zulkifli ini MUTAN yang dapat menembusi dinding penjara.

YB Khalid juga memujinya lagi kerana dia adalah salah seorang yang terpilih untuk pergi bersama Najib ke Amerika pada hari kelmarin bersama seorang lagi pejuang istimewa iaitu Zahrin si mulut besar. YB Khalid juga menyoal apakah kepentingan YB Zulkifli sehingga diberi peluang untuk bersama Perdana Menteri mengikuti lawatan ke Amerika. Mungkin YB Zulkifli dibawa bersama kerana kuasanya yang pandai membuat cerita atau mengubah cerita hendak ditunjukkan kepada obama untuk membuat cerita AVATAR versi melayu yang mungkin akan dilakonkan si Zahrain itu.

No comments:

Post a Comment