Thursday, May 13, 2010

Tun Dr Mahathir kata jangan lupakan 13 mei.



13 Mei 1969 merupakan 1 lipatan sejarah yang amat tragedis dimana tragedi ini telah meragut banyak nyawa dan dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia. Hari ini dalam Sinar Harian Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Tetapi adakah Tun Dr Mahathir Mohamad terlupa yang peristiwa itu berlaku kerana masalah perpaduan di Malaysia. Dan adakah Tun Dr Mahathir berpuas hati dengan perpaduan yang ada pada hari ini.

Adakah Tun Dr Mahathir merasakan penubuhan PERKASA membantu menyelesaikan masalah perpaduan di negara ini. Adakah dengan semangat KEMELAYUAN dapat membibik perasaan sayang dikalangan rakyat yang berbilang kaum ini.

Laungan Hidup Melayu itu pun sudah mampu menyemarak api kebencian dikalangan kaum kerana semangat perkauman yang melampau adalah punca masalah perpaduan di Malaysia.

Sebelum ini negara kita pernah digemparkan dengan kehilangan kepala lembu. Kepala lembu itu telah diarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Adakah Tun Dr Mahathir terlupa siapakah yang menjadi dalang dalam perarakkan itu. Adakah dengan cara menghina penghormatan kaum lain mampu menstabilkan perpaduan di negara ini? Dan apakah UMNO lakukan bila perkara itu berlaku?

Islam adalah jalan penyelesaian yang terbaik dalam menyelesaikan masalah perpaduan dan parti yang berasaskan semangat perkauman yang melampau dizaman ini adalah sudah tidak wajar. UMNO dan PERKASA yang selalu memainkan sentimen perkauman seharusnya berkubur demi menyelesaiakn masalah perpaduan di negara ini.

Tun Dr Mahathir juga jangan terlupa ketika 13 mei 1969 telah banyak meragut nyawa di negeri lain, di negeri di kelantan tok guru memberitahu “bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan”. Para Umno yang lain harus mengakui kepimpinan tok guru yang berlandaskan Islam adalah yang terbaik.


Tun Dr Mahathir juga jangan terlupa yang umno hari ini sudah pun membusut sampai ke usus. Rakyat juga jangan terlupa yang Umno hari ini adalah Umno Tun Dr Mahathir. Umno yang dulu adalah sebuah parti yang haram. Juga jangan kita lupa.


UMNO (Undur Mahadhir Negara OK)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa agak nya yang kamu comment hingga penulis membuang nya???

      Delete
  2. Latar Bekakang 1945-1969 :Masaalah asas ialah Ekonomi di ikuti ideologi kebanyakan orang Cina biasa pro komunis bercampur aduk rasa perkauman dan pelampau.
    Orang Cina lapisan pendatang baru adalah buruh berbading pendatang awal sudah agak mantap memiliki pelbagai perniagaan dan juga harta tanah.Sebahagian pendatang baru terutama anak mereka merasai kemiskinan berbading dengan Cina yang kaya dan sebahagian kecil pemilek tanah Melayu yang menyewakan tanah kepada mereka.Ideologi komunis menyerap kepada mereka (kekayaan harus milek negara,tanah perlu di agih semula*).Semasa perang mereka memerangi Jepun(dengan bantuan British) sebab Jepun memerangi negeri Cina(Semangat Patriotik negara mereka). Apabila Jepun menyerah kalah mereka membunuh Orang Melayu yang berkerja dengan Jepun (Permusuhan di arah kepada Melayu). Orang Melayu walaupun tidak berorganasi milter atau politik bangun berjihad melawan Cina Komunis pada tahun 1945-Di Sungai Manik dan Batu Pahat. Di tempat lain mereka tidak dapat berbuat apa apa melainkan besembunyi ketakutan. Contoh kekejaman ialah bila saorang Melayu bersembunyi dalam tong mereka paku tong itu dan mengolek golek hingga paku itu menikam mangsa hingga maut. Peristiwa seperti ini rasai generasi 1945-1969. Apa kebiadapan di Ulang dengan mencemuh Malay Si (Melayu Mati),Melayu balik,Kita Berkuasa kampung sentimen yang terpendam selama ini membuak menjadi Amok.Orang Cina mungkin tidak faham sifat supressive orang Melayu (Tidak assertive seperti Orang India-Banyak pemimpin politik Melayu yang assertive mempunyai darah campuran India).Pergaduhan tidak berlaku di kawasan Melayu Majoriti kerana sifat Melayu yang berlembut dan tidak apa.Tetapi di Kawasan Majoriti Cina di Singapura,Di Pulau Pinang penginayaan kepada orang Melayu sudah berlaku pada 1964.Melayu sudah hilang sabar terutama Apabila kaum Cauvenist Cina menunjukan kuku nya.Sejarah Amok hang Jebat berulang.Salagi Faktor Ekonomi tidak di tangani ia akan mencetuskan peristiwa bagini.Cuma berbeda sedikit dengan 1969 kemarahan Melayu di salurkan kepada UMNO oleh PKR dan PAS terutama di kawasan Bandar. Tetapi kita tidak melihat silent majoriti terutama penyokong PAS sendiri bila bila boleh mencetuskan Jihad......

    ReplyDelete