Monday, May 10, 2010

RM 320 BILIION DENGAN RM 4 JUTA MANA LAGI BANYAK?



Bloggers kickdefella telah mendakwa bahawa kerajaan negeri Kelantan telah memperuntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan. Maka berkokoklah para penyokong umno-apco itu yang menyatakan Pas sanggup menggunakan wang rakyat yang bertujuan untuk mempertahankan Kerajaan Pas di Kelantan untuk terus memerintah negeri Kelantan. Namun perkara itu dinafikan Dato' Paduka Husam yang perbelanjaan itu tidaklah sampai RM 4 juta dan wang itu bukannya rasuah dan SPDRM masih menjalankan sisatan tentang perkara ini dan Kickdefella sendiri tidak menyatakan yang RM 4 juta itu adalah rasuah.

RM 4 juta dengan RM 320 BILIION manakah lagi besar jumlahnya?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai yang bernilai RM 320 BILLION. Pak Lah memberitahu yang RM 320 BILIION itu tidaklah merugikan negara dan negara dapat mengambilnya semula selepas tempoh 40 tahun dengan kata lain selepas habis minyak diseduk. Tetapi dengan RM320 BILLION itu sekiranya diuruskan dengan betul wang PTPTN rasanya boleh ditukarkan kepada biasiswa, sistem tol juga dapat dihapuskan dan pembiayaan perubatan juga dapat dikurangkan. Tetapi Pak Lah sanggup mengatakan yang RM320 BILLION itu tidak merugikan negara.

Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad juga terlibat dalam RM 4 juta untuk memburukkan nama Pak Lah.

Sebelum ini Kerajaan dan rakyat di Kelantan dan Terengganu menuntut royalti,namun dinafikan tetapi Negara Brunei mendapat percuma 2 telaga minyak yang bernilai RM320 BILLION.

Namun timbul juga tanda tanya bagaimana Pak Lah dapat menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain sedangkan ketika pemerintahnya beliau digelar raja tidur. Dan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan penyerahan wilayah perlu mengikuti Perkara 2.

Penyerahan wilayah juga perlu mendapat kelulusan dewan undangan negeri, majoriti 2/3 parlimen dan mendapat persetujuan majlis mesyuarat diraja. Bilakan perkara ini berlaku? Bagaimana Pak Lah dapat menyerahkan wilayah ini tanpa Perkara 2.



RM 4 juta dengan RM 320 BILIION manakah lagi besar jumlahnya?


Konon RM 4 juta yang dinyatakan kickdefella itu adalah sumbangan orang ramai dan
RM 320 BILIION itu adalah hak rakyat. Jika ditanya rakyat Kelantan adakah mereka menghalakan wang yang mereka dermakan itu untuk mempertahankan negeri kelantan dari melihat Awang Adek menjadi MB kelantan. Aku diantara yang pernah menyumbangkan wang itu bersetuju dan aku akan terus menyumbang untuk mempertahankan negeri Kelantan ini daripada membiarkan Awang Adek menjadi MB kelantan.

RM 320 BILIION itu juga merupakan wang rakyat dan aku diantara rakyat yang berjuta ini yang tidak menghalalkan penyerahan telaga minyak bernilai RM 320 billion kepada Brunei. Siapa yang setuju dengan penyerahan RM 320 billion silalah terus memilah umno-apco menjadi parti pemeritah yang sanggup mengadaikan khazanah negara dan memberinya secara percuma tanpa mengikut syarat-syarat yang sedia ada.

RM 320 BILIION DENGAN RM 4 JUTA MANA LAGI BANYAK?

No comments:

Post a Comment