Saturday, May 8, 2010

SYUKUR AWE ADEK GAGAL MENJADI MB KELATE!



Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Seorang melayu islam sanggup mengeluarkan kenyataan sebegini rupa. Jika tidak malu sesama manusia, malulah dengan ALLAH swt. Sudah termaktub dalam risalah ALLAH swt AL-QURAN yang menyatakan judi itu haram, bagaimana awe adek mampu menghalalkan perkara yang telah ALLAH swt tetapkan ianya haram. Matlamat tidak boleh menghalalkan yang haram.


Menunggu komen para ulamak Umno dan para penyokong umno yang memarahi Dato' Zaid Ibrahim kerana memiliki kuda lumba. Dato' Zaid Ibrahim yang sebelum ini mengaku mempunyai kuda lumba tetapi tidak lagi menggunakan kuda lumba itu untuk berjudi.

Juga menunggu komen dari Tun Mahadhir yang berkempen di Ulu Selangor pada PRK lalu yang mengatakan masyarakat mesti menolak kepimpinan yang kaki judi~


Awe Adek berasal dari kelantan yang pernah dijanjikan pada pilhanraya ke-12 untuk dinobatkan sebagai MB kelantan demi mengantikan kepimpinan tok guru Nik Abdul Aziz. Awe Adek pernah bertanding untuk dun Perupuk dan juga mencuba nasib untuk menjadi ahli parlimen bagi kawasannya sendiri iaitu bachok telah tersungkur dikedua-dua tempat. Walaupun dirinya telah ditolak oleh masyarakat namun Dato Sri Najib tetap melantiknya menjadi Timbalan Menteri Kewangan.

Syukur Allahamduliilah~
Seluruh rakyat Kelantan bersyukur kepada ALLAH swt kerana Awe Adek gagal dalam mimpinya menjadi MB kelantan. Tak dapat bayangkan Awe Adek memberi ceramah agama di medan ilmu tetapi menghalalkan judi.

No comments:

Post a Comment