Monday, August 16, 2010

WOI KERAJAAN!!!



Isu buang bayi kini kembali.Kali ini lebih ianya gila, lebih ganas,lebih jahat, dan lebih bengon. Berdoalah kita kepadaNYA moga-moga perkara ini tidak berlaku kepada kita, adik beradik kita,kawan-kawan kita, kenalan kita dan berharap isu ini tidak lagi berulang.

Isu buang bayi kini bukan lagi isu lelaki tidak mahu bertanggungjawab, tetapi ianya lebih teruk sehingga ada yang sanggup membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa itu dan sanggup pula mengkuburkan darah dagingnya itu di tempat yang binatang seperti anjing pun tidak tergamak meninggalkan anaknya di tempat seperti itu.

Isu buang bayi sebenarnya satu ulangan kes yang pernah berlaku di tanah arab semasa zaman jahiliah dulu kala lagi. Tetapi apa yang berlaku hari ini lebih teruk daripada apa yang pernah berlaku di zaman dahulu kerana di zaman jahiliah mereka hanya membuang bayi perempuan dan menanam bayi itu di dalam tanah dan bukannya dibuang di tempat pembungan sampah dan ada yang lagi teruk dibuang di dalam tempat kumbahan najis. Tetapi apa yang berlaku hari ini sungguh memalukan. Malu pada zaman bertamadun tinggi ini. Sepatutnya dizaman ini yang mempunyai tamadun tinggi bahkan bagi umat Islam kita telah diutuskan olehNYA para Nabi dan para Rasul untuk mengajar manusia supaya menjadi manusia yang bertamadun.Tetapi dimanakan tamadun yang menjadi tunjang kecanggihan teknologi ideologi manusia hari ini tetapi masih terdapat kes-kes jahiliah seperti ini.

Dan dimana sistem pemerintahan yang bertamadun kononnya yang sentiasa sibuk membicarakan soal ekonomi, soal perpaduan dan bermacam-macam lagi bicara manis ibarat menanam tebu di bibir yang menjadi tonggak sistem pemerintahan hari ini. Tetapi tidak malukah para pemeritah bila soal moral anak-anak bangsa 1 MALAYSIA hari ini lebih teruk daripada anak-anak yang diperintah oleh Firaun pada zaman jahilaiah dahalu itu.

Para kerajaanlah harus mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah ini. Masalah ini sudah ditahap yang teruk dan sampai bila masalah ini harus berlanjutan. Dan berapa juta lagikah kita mahu lihat bayi-bayi dilempar dan dibuang seperti sampah oleh anak-anak 1 MALAYSIA ini.

Dan jika kerajaan hari ini tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian.Biarkan rakyat yang cari jalan penyelesaian dengan menukarkan kerajaan yang ada ini kepada kerajaan yang baru pada PRU-13 kerana kerajaan yang ada hari ini sangatlah pondan dan naif. Dari segi ekonomi negara kita telah pun gagal, dari segi perpaduan juga kita telah gagal dan dari segi moral juga kerajaan hari ini gagal untuk menanganinya dengan baik.Adalah molek rasanya kerajaan yang ada hari ini ditukarkan kepada kerajaan baru untuk melihat Parti lain pula untuk memerintah.Dengan harapan segala masalah yang bergelumbang di dalam negara ini sejak merdeka ini dapat diselesaikan atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan.

3 comments:

  1. sepatutnya tanya nik aziz pasal kes buang bagi dlm longkang kat bukit bunga , tanah merah tempohari.. apa kes...

    pas dah gagal tarbiah anak muda kelantan ker?

    ReplyDelete
  2. kah kah kah kah~ buang bagi tu apo kebondo ek?

    ReplyDelete