Tuesday, February 1, 2011

Haram kita harapkan Indra & the geng.



Ramai yang marahkan Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose kerana meninggalkan negeri Kelantan dan menyertai pasukan T-Team FC tanpa persetujuan KAFA dan ketika itu mereka masih mempunyai kontrak bersama Kelantan.

Namun pihak FAM telah membuat keputusan 3 pemain itu tidak bersalah dan kontrak bersama pasukan itu adalah sah dan akan bermain untuk melawan kelantan pada 19 Februari ini. Selamat datang kembali diucapkan kepada mereka bertiga.

Ramai yang menggelar mereka sebagai pembelok dan pengkhianat kepada peminat negeri Kelantan. Namun segala jasa meraka sebelum ini bersama Kelantan sehingga Kelantan berjaya menjadi juara Malaysia sudah dilupakan. Segala yang mereka usaha sudah menjadi bahan sejarah mati yang tidak berkubur. Segala penghormatan dan kasih sayang kepada mereka bertiga kini menjadi benci dan dendam( sesetengah pihak)

Namun adalah haram jika kita harapkan mereka bertiga sebagai paksi kemengan kerana segala yang ada dan terjadi di alam ini semua ditentukan oleh " TANGAN ALLAH" Sama seperti kisah Khalid Al-Walid yang pernah dipecat ketika dimedan perang oleh Saidina Umar kerana ketika itu kebanyakkan masyarakat mengangap kemenangan berperang mesti perpihak kepada Islam jika adanya Khalid Al-Walid ketika berperang. Sesugguhnya segala yang terjadi adalah datang dan dengan izinNYA.

Hilang patah tumbuh berganti, kini biarkanlah Indra Putra Mahayudin, Norfarhan Mohamad dan Azizi Mat Rose bersama pasukan T-Team FC kerana kita masih memiliki Norshahrul Idlan Talaha yang bijak merangcang, Mohd Badhri Radzi atau Piya yang punyai kehebatan semulajadi dalam sepakan percuma dan Khairul Fahmi Che Mat yang berkuasa spiderman yang berkebolehan melekatkan bola di tanganya.

Kita juga punyai Nurul Azwan yang mampu mengantikan tempat Norfarhan Mohamad dan tidak keterlaluan jika dinobatkan Nurul lagi hebat dan cool daripada Frahan ketika mengelecek bola dan kehadiran penjaga gol ke-3 Hadi Ubaidullah semula ke Kelantan juga sudah tentu memantap lagi kekuatan pasukan bola sepak Kelantan. Dan banyak lagi bakat baru bakal timbul di Kelantan.

Tiada apa perlu dibimbangkan. Kita hanya perlu berlatih dan berusaha dan seterusnya bertawakal. Kita sudah punyai pasukan yang mantap. Ketiadaan 3 Abdul itu tidak langsung dirasai dan biarkan mereka dengan pasukan barunya itu, kerana didalam dunia bola sepak, pertukaran kelab atau negeri adalah perkara biasa. Doakan mereka semoga terus berjaya kerana dengan Izinya mereka juga banyak berjasa kepada pasukan bola sepak negeri Kelantan.

19 Februari ini,Kelantan akan bertemu pasukan T-Team FC dan mereka bertiga dikatakan akan turut bermain. Kita lihat Piya yang kini menjadi kapten bertemu mata dengan Indra yang juga merupakan bekas Kapten pasukan bola sepak Kelantan.Semoga Kelantan mendapat kemengan dan dapat membuktikan yang ketiadaan mereka bertiga tidak langsung dirasi oleh pasukan negeri Kelantan.

Gomo Kelatey Gomo!

4 comments:

  1. 19 februari min.... brtemu t-team....

    ReplyDelete
  2. hehehe~tq dr green,ambo pun bru perasey

    ReplyDelete
  3. yolo doh tu boh..dgn izin Tuhan blako tuh. sek kito jgn dok selok sgt maroh ko sek2 tu. adatla tu dalam bola sepak cme meb cara sek dio tu xbrp keno..tu yg sek ni mrh.

    jadi, kpd fans trw hok cerdik xpyh dok bersunggoh sgtla mrh sbb kito cerdik. kawe cayo ado jgk hok 'palo gilo' dlm fans kito jadi, hok cerdik keno pndi2 nchatla ko sek2 nie. xpyhla nk lepar2 bedil/botol..wak malu klate jah. sbb hok xcerdik nie la hok malu klate nyoh..

    apo2pun, sek kito mene mlm ni ngn t-team. smoga beroleh kemenangan lagi lps nie..Aminn..

    ReplyDelete