Saturday, February 5, 2011
Rancangkan 1 debat untuk rakyat.
Adalah pada hemah saya, serangan yang dibuat oleh Mat Nor terhadap Tok Guru Nik Aziz adalah satu rancangan yang dibuat oleh Mat Nor sendiri. Ini kerana, sebelum Mat Nor menyerang Tok Guru Nik Aziz, Mat Nor telebih dahulu sudah pun diwawancara oleh wartawan dan beliau sendiri memberitahu wartawan itu yang beliau tidak akan besalam dengan tok guru dan mahu mengajak tok guru berdebat mengenai isu Pas bersama DAP dan PKR tetapi bukannya bersama dengan UMNO. Dan apabila sampainya tok guru dirumah Bekas Adun Galas, Haji Omar, tok guru telah disambut dengan mesra oleh tuan rumah tetapi Mat Nor yang terus bergegas ke pintu bukan untuk menyambut tok guru tetapi menyerang tok guru dengan tidak menyambut salam yang dihulurkan tok guru dengan alasan tangan tok guru adalah tangan syaitan.
Mat Nor meneruskan agendanya iaitu ingin berdebat dengan tok guru yang mempertikaikan Pakatan PAS bersama DAP dan PKR. Tok Guru menjawab UMNO juga berpakat dengan MCA dan MIC. Namun suara Mat Nor semakin kuat dan tok guru merasakan malu terhadap tuan rumah dan mengambil tindakan berdiam diri dan Mat Nor terus mengasak tok guru. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga ahli Exco kerajaan negeri,YB Dato Nik Amar yang bersama dalam rombongan itu cuba menenangkan Mat Nor. YB Dato Nik Amar memberitahu bahawa Tok Guru bersama rombongan yang lain dan juga Mat Nor merupakan tetamu kepada Haji Omar dan mengharap Mat Nor mempunyai sifat yang malu kepada tuan rumah. YB Dato Nik Amar juga ada menambah jika dan berdebat beliau sendiri akan berdebat dengannya dan tidak memerlukan tok guru untuk menjawab persoalan yang Mat Nor fikirkan.
Ambo seluruh rakyat Kelantan berharap debat antara Mat Nor dengan YB Dato Nik Amar dapat direalisasikan. Ini kerana rakyat ingin melihat hujah Mat Nor untuk mempertahankan UMNO yang dikatakannya bahawa Malaysia adalah Kerajaan Islam yang wajib dipertahankan. Walaupun dulunya semasa Mat Nor bersama PAS, Mat Nor pernah mengeluarkan fatwa bahawa bersalam dengan orang UMNO adalah haram.
Dan saya juga berharap debat ini dapat disertai oleh TOK GURU HJ LAH PONDOK GENTING yang juga diantara Ulamak Umno yang lantang menyerang tok guru. Dan cadangan saya untuk menambah calon debat Pas untuk bersama YB Dato Nik Amar sudah tentulah Dato' Nassuruddin Hj Daud.
Saya berharap pihak-pihak yang sepatutnya dapat mengusahakan debat ini dengan harapan rakyat dapat melihat akan kebenaran dan dapat menelanjangkan para ulamak Umno. Saya juga berharap tuan badan UMNO iaitu Mat Nor dan juga Haji Loh dapat memberanikan diri untuk mempertahankan hujah kamu yang mengatakan Umno ini adalah pejuang Islam yang sebenar.
(gambar wajah siapakah yang menjadi penyejuk hatimu?)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteada blog jugok demo..tp xleh baco,sakit mata tgok ko background,sinar dooh..
ReplyDeletehahaha~beyeh2,,nnti kito try ejas tukar kalar pulok~
ReplyDelete