Thursday, February 3, 2011
Selamat Tahun Baru Cina.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukar pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat.
Hari ini Umno selalu memainkan isu perkauman. Isu persahabatan antara DAP dan PAS menjadi hujah terkuat meraka untuk memutuskan persahabatan diantara kedua parti tersebut tanpa mereka sedari serangan itu telah membuka mata kaum cina bahawa politik umno adalah politik perkauman yang sememangnya sudah tidak releven lagi dizaman ini.
Politik yang berlunaskan perkauman sudah tidak releven dan merbahaya kepada negara kerana ia mampu menggugat kestabilan negara lebih-lebih lagi negara Malaysia yang berbilang kaunm ini. Umno sepatutnya sudah berkubur untuk kali ke-2. Umno pernah berkubur pada februari 1988.
Konsep 1 Malaysia juga tidak berjaya untuk menyatukan kaum di negara ini kerana konsep 1 Malaysia hanyalah demi kepentingan politik dan bukannya demi kestabilan negara. Ini kerana, Umno sehingga ke hari ini masih mengamalkan konsep perkauman dengan melaga-lagakan antara kaum Melayu dan Cina demi kepentingan politik mereka.
Namun perkara sebaliknya telah berlaku antara persahabatan PAS dan DAP yang kini dianggap berjaya dengan kerjasama dan semangat setiakawan yang ada kepada kedua-dua parti tersebut masih utuh dan kukuh.
Perkara ini dapat dilihat dengan perubahan pada pengerusi Karpal Singh yang secara terang-terangan menyokong usaha PAS untuk melaksanakan negara Islam dan memberitahu bersedia untuk berbincang dengan Pas untuk menubuhkan negara Islam.
Namun persahabatan yang ada pada Umno dan MCA dianggap tidak berjaya kerana setelah sekian lama persahabatan mereka tidak menampakkan hasil. Malah MCA masih tidak memahami Islam seperti mana fahamnya LIM GUAN ENG tentang Islam dan begitu menghormati agama Islam bahkan idolanya adalah Umar Abdul Aziz.
Baru-baru ini Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menunjukkan betapa naifnya kaum cina bila bersahabat dengan orang umno bila masih mempertikaikan soal bersalaman antara wanita islam dengan lelaki. Apakah persahabtan UMNO dan MCA hanyalah persahabatan sehingga Umno terlupa untuk memperkenalkan islam kepada MCA dan kita bukan mahu mereka mengikut ajaran kita. Cuma yang kita mahu hanya sifat hormat menghormati antara agama. Islam juga menyuruh kita menghormati agama lain. Adakah UMNO terlupa soal terbiyah.
Sempena tahun baru ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS)telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Masyarakat Cina di Malaysia yang merupakan komuniti kedua terbesar di negara ini, merupakan juga penyumbang besar kepada pembinaan negara Malaysia.Pas juga menyeru kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini, semoga terus melakukan perubahan untuk menukarkan pemerintah yang ada kepada Pakatan Rakyat, bagi mencuba alternatif yang baru untuk menyelesaikan kemelut ekonomi negara. Semoga dengan sambutan Tahun Baru Cina ini akan meningkatkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan antara kaum di negara ini dan seterusnya berjaya membina masyarakat dan negara yang lebih sejahtera.
Selamat Tahun Baru Cina.
Semoga persahabatan Pakatan rakyat dapat menumbangkan Umno pada PRU nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment