Friday, July 1, 2011

Baju fesyen menghina islam halal, Baju bersih HARAM.



Tangkapan pertama Operasi BERSIH 2.0 baru sahaja bermulas di Kota Bharu. Sahabat,Ustaz Zakaria (D' Halal) baru saja ditahan Polis pagi tadi dan ketika sedang menjual T'Shirt BERSIH 2.0 di Kuliah Tok Guru. Sekarang berada di IPD Pengkalan Chepa.

Polis mengarahkan supaya baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' tidak menjualkepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan. Penjualan baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan mengatakan bahawa penjualan baju bersih merupakan satu kesalahan bagi mana-mana individu bahkan meraka yang memakai baju yang berkaitan dengan BERSIH 2.0 juga dianggap merupakan satu kesalahan.

Hari ini, di Kelantan, Ustaz Zakaria (D' Halal) telah ditahan Polis pagi ini ketika sedang menjual T'Shirt BERSIH 2.0 di Kuliah Tok Guru. Ini merupakan kes ke-2 di Kelantan yang melibatkan perkataan BERSIH.

Sebelum ini, negara kita telah dikejutkan dengan penghinaan mengenai fesyen islam yang melibatkan isteri kepada Perdana Menteri yang merupakan penaung kepada festival ini.

Tetapi.

Festifal fesyen yang menghina islam ini tidak menjadi satu kesalahan berbanding penjualan baju haram yang menjadi satu kesalahan yang besar. Mengapa penjualan baju kuning bercetak perkataan 'Bersih' ini membawa kepada kesalahan yang besar. Adakah dengan memakai baju ini akan meyebabkan negara huru-hara. Atau adakah dengan memakai baju ini akan menyebabkan kerosakan akidah. Berbangding Festifal fesyen yang menghina islam ini, gua rasa, festifal itu lagi bahaya bahkan ianya telah mencemarkan kemuliaan dan kesucian Islam itu sendiri.

Baju bersih tidak mendatangkan kemudaratan kepada negara tetapi telah menjadi satu ketakutan kepada sesetengah pihak. Ini menunjukkan betapa cetaknya pemikiran seseorang itu. Perhimpunan BERSIH 2.0 tetap akan terjadi walaupun penjualan baju BERSIH diharamkan. Jika semua baju bersih yang dijual akan dirampas, para rakyat akan memakai jersi Malaysia yang berwarna kuning. Dan akta manakah yang membenarkan Polis menangkap rakyat yang berbaju kuning.

Selamatkan Malaysia daripada kekotoran.

No comments:

Post a Comment