Thursday, November 17, 2011

Betulkah Mark Zuckerberg memeluk islam?



Betulkah Mark Zuckerberg memeluk islam dan namanya kini adalah As Mark Abu-bakar. Menurut dalam blog orang putih yang aku tak tahu kesahihannya, Mark Zuckerberg memberitahu bahawa beliau sudah lama berniat untuk memeluk agama Islam. Dan pada bulan oktober beliau telah menutup facebooknya selama 24 jam dan berfikir siapakah yang menentukan hidupnya itu. Dan bila aku cuba ke facebooknya, aku dapati facebooknya masih tidak aktif.

Adakah perkara itu benar?

Namun sesungguhnya, islam itu memang indah dan jika sesiapa sahaja yang mengkajinya nestaca mereka akan jatuh cinta dengan islam ini. Dan didalam sejarah islam ini sendiri, kisah penghijrahan Saidina Umar r.a memeluk islam juga telah mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Saidina Umar r.a diantara orang yang paling kuat menentang islam. Begitu juga dengan kisah Khalid al-Walid yang akhirnya beliau menjadi pasukan perang di dalam islam dan digelar pedang ALLAH.

Dan pada zaman ini, kita dikejutkan dengan kisah Muhammad Ali peninju tersohor dunia memilih islam sebagai agamanya. Selepas itu, seorang penyanyi pop yang sangat termashur ketika zaman 70-an juga telah memeluk islam. Dan ramai lagi kisah-kisah seleberti atau manusia yang berpengaruh memeluk islam yang banyak mengubah lanskap persepsi tentang agama Islam yang dulu dianggap sebagai pengganas. Namun, apabila islam itu dikaji maka diketahuilah pengkaji itu apa yang didengarinya itu adalah pembohongan dan islam itu tersangatlah suci dan mulia.

Hidayah ALLAH swt boleh sampai kepada sesiapa sahaja di dunia ini. Dan islam itu jika dikaji dengan mendalam maka sesiapa sahaja yg mmengkaji itu akan mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH swt dan nabi Muhammad saw itu pesuruh ALLAH swt.

Dan jika benarlah Mark Zuckerberg kini sudah beragama Islam maka sujud syukurlah aku kepadaNYA. Moga-moga dengan penghijrahan ini dapat membuka mata seantero dunia tentang keindahan islam seperti mana yang terjadi ketika peristiwa 911 di Amerika Syarikat satu ketika dahulu. Namun jika berita ini hanya khabar angin kita tidak perlu gusar kerana islam itu tegak bukan kepada manusia yang berpengaruh pada hari ini. Tetapi dengan izin ALLAH swt islam itu tegak berdiri dan megah sehingga ke hari ini adalah perjuang para rasul dan sahabat.

Semoga islam terus tegak berdiri~

1 comment: