Bersedialah dengan video lucah Rafizi yang kini mungkin sedang dalam rancangan. Kalau tidak video lucah pun, mungkin selepas ini akan ada berita tergempar lagi sensasi bahawa Rafizi "kantoi" dengan bini orang. Ini adalah modus operandi yang biasa diguna pakai oleh gerombolan "haram jadah" yang ditugaskan untuk "membunuh" karier politik seseorang yang laju dalam "bergocoh" dengan pihak lawan yang melanggan APCO.
Kita mungkin bersorak ria bila Rafizi yang ditayangkan secara langsung itu "bergocoh" dengan Khairi namun hakikatnya si Rafizi sedang menempah " tali gantung" dalam dunia politik. Politik Malaysia bukan politik berlawan hujah, tetapi politik "bergocoh"
Melihat kepada "kebisaan" Rafizi yang berhujah dengan ayam sabung Khairi tadi sudah pasti agen-agen yang mengendali video dan gambar-gambar lucah akan membuat kertas cadangan berserta anggaran budget yang akan digunakan untuk menghapuskan Rafizi dari berlegar dalam dunia politik.
Selepas ini rakyat akan dihidangkan dengan pertanyaan adakah betul lelaki dalam video atau gambar itu adalah Rafizi? Betulkah Rafizi yang sedang dalam tandas atau di hotel budget itu? Ini adalah bayaran kepada mana-mana individu yang mara untuk melawan pelanggan APCO.
Ingat, berlawan dengan gerombolan pelanggan APCO bukan hanya berlawan dengan hujah, tetapi kita juga TERPAKSA berlawan dengan segala macam cara politik kotor dan jahat. Maka bersiap sedialah Rafizi dan penyokong untuk menerima video atau gambar lucah terutamanya daripada bloggers upahan yang nilainya hanyalah RM50 untuk satu artikel. Bloggers upahan ini tidak memakan nasi atau mee hun, makanan mereka hanyalah fitnah dan dakyah.
Untuk itu, kita jangan mudah untuk bersenyum riang, bersiap sedialah dengan pedang yang lagi tajam untuk melawan penjajahan minda yang lagi hebat daripada penjajahan senjata.
No comments:
Post a Comment