Anda yang membaca boleh menjawab dalam hati sahajalah pertanyaan tadi. Ini kerana Kerajaan Malaysia melalui Petronas lebih berminat untuk memberi keuntungan kepada Negara lain berbanding memberi keuntungan kepada anak negeri sendiri.
Atau Kelantan ini bukan anak negeri Malaysia?
Kenapa zalim sangat kerajaan hari ini sehingga sanggup mendaratkan Gas di Songkhla yang jaraknya jauh lebih dekat berbanding Kelantan. Sebelum ini pun Kerajaan Pusat juga telah memilih Kerteh yang juga jauh lebih jauh telaga Gas berbanding Kelantan.
Projek haram JADAH itu telah pun beroperasi dan GAS hasil bumi rakyat Kelantan yang sepatutnya dinikmati rakyat Kelantan telah dinafikan rejim kerajaan hari ini yang mencuri, merompak dan menafikan hak-hak rakyat Kelantan.
6,000 tong gas asli telah dikeluarkan setiap hari dan didaratkan di Songkhla walaupun kos pendaratan itu lebih mahal jika dibandingkan untuk didaratkan di Kelantan. Kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan yang zalim, pengkhianat maka sebab itulah mereka lebih berminak untuk memberi keuntungan kepada rakyat negara lain berbanding rakyat Kelantan.
Rejim yang zalim itu sanggup menyambung saluran gas berpuluh-puluh kilometer melalui Songkhla kerana tidak mahu melihat rakyat Kelantan senang. Maka kita sebagai rakyat Kelantan tidak lagi harus berdiam diri. Kita semua harus bangkit.
Kita semua harus berjuang untuk mendapatkan hak milik kita. Hak royalti rakyat Kelantan yang terus dinafikan. Kita semua harus bersatu menolak REJIM HARAM JADAH ini. Ingat R ingat Royalti. Nantikan gelombang R dan kami berharap anda juga akan bersama Gelombang R yang akan terus melawan mendapatkan royalti Kelantan sehingga ke titisan terakhir!!!
No comments:
Post a Comment