Sunday, May 20, 2012

TSAM vs DAA

Satu ketika dulu Datuk Awang adek penah dikenali sebagai "awe dok payoh" sebab menolak pelawaan aku dan rombongan GEGAR untuk mengambil gambar dengan poster amanat Tun Razak mengenai perjanjian Petroleum. Daa yang enggan bergambar dan menolak secara keras sambil menjerit "tak mahu dan tak payah" secara berulang kerana katanya benda ini tidak sesuai dengannya. Adakah romobogan kami yang jauh hanya ingin bergambar dengan poter amanat arwah Tun Razak itu tidak sesuai. Atau Daa memang Daa tidak mahu berjaung untuk rakyat Kelantan.

Kelmarin kempen menurunkan tandatangan pada kain rentang semasa kempen tersebut telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan pasukan Kelantan menentang Sime Darby. Berpuluh tandatangan telah dituran warga Kelantan yang bersetuju dengan pendaratan minyak di Kelantan dan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan. 

Ketika sedang rancak aku menjerit "ROYALTI ROYALTI ROYALTI" bersama anak-anak muda yang bersemangat mahukan royalti minyak Kelantan dikembalikan terlihat aku susuk tubuh yang aku agak mengenalinya. Cuma beliau yang tidak mengenali aku. Beliau adalah Tan Sri Annuar Musa yang telah digantung dua tahun setengah oleh Jawatankuasa Tatatertib oleh FAM kerana membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lepas.

Aku yang tidak berfikir panjang terus mendapat TSAM musa untuk melihat reaksinya. Adakah sama seperti Daa yang langsung tidak melayan aku dan rombongan bahkan langsung tidak memberi sedikit pun senyuman. 

"Tan Sri, tu sepanduk rakyat Kelate pasal royalti. Sapo-sapo setuju dio tandatange situ, jadi ambo nok jemput Tan Sri tandatange situ" Tanpa berfikir panjang terus beliau menanyakan tempat yang beliau perlu tandatangan tanda sokongan terhadap royalti Kelantan. Maka dengan pantas si Aduka Taruna melaungkan " hidup royalti hiduo Tan Sri" dan terus bergema takbir tanda rakyat gembira bila TSAM menurunkan tandatanganya disitu tanda perjuang royalti bukanlah perjuang politik tetapi ianya perjuang rakyat Kelantan.

Melihat pada keadaan yang berlaku itu, maka ramai yang memberi komen bahawa mungkin itu adalah Public relations (PR) TSAM sebagai ahli politik. Namun ia merupakan perjuang yang harus diperjuangkan dan bukan hanya dikalangan penyokong parti Pakatan Rakyat.

Ingat R ingat ROYALTI!

No comments:

Post a Comment