Tv3 melaporkan seramai 30 000 ribu rakyat Johor telah hadir demi menyatakan taat setia pada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Walaupun perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor yang pada asalnya hanyalah menyasarkan 20,000 orang yanh hadir, namun kehadiran diluar jangkaan dan terdapat juga masyarakat Orang Asli turut hadir. Ketika bertitah, baginda turut menyatakan rasa sayang terhadap rakyat Johor. "Saya sayang rakyat saya. Tidak ada rakyat yang tidak ada raja. Saya ada permintaan untuk melihat rakyat bersatu, tidak kira kaum, mesti bersatu. Bersatu kita kuat, bercerai kita runtuh," titah baginda.
Jika benar laporan tv3, maka berdasarkan gambar himpunan yang dimuat turun di internet itu, maka aku merasakan himpunan Bersih 3.0 memang mencapai jumlah 300 000. Namun bagaimana Rais Yatim membuat kira-kira pada BERSIH 3.0 sehingga terkeluarnya jumlah 22270 tetap menjadi tanda tanya. Namun aku tetap menunggu jumlah perhimpunan Ikrar Taat Setia Sultan Johor rasmi yang dikeluarkan Rais Yatim.
Namun aku bukan ingin kembali ke kegemilangan BERSIH 3.0. Namun aku cuma merasa cemburu dengan rakyat Johor yang boleh berkumpul dan menyatakan taat setianya pada Sultan mereka. Ini kerana, aku merasa titah baginda pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12 dimana Sultan Muhammad ke-5 bertitah “Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,”
Sultan Muhammad ke-5 bukan sahaja bertitah pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-12 bahkan pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
Ini menunjukkan secara jelas Sultan Muhammad ke-5 bersungguh-sungguh mahukan gas dan minyak didaratkan di Kelantan. Namun jika masih ada alasan untuk menidakkan pendaratan ini, samalah seperti menderhaka kepada Sultan Muhammad ke-5. Bayangkan Sultan Muhammad ke-5 sudah pun memberi zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990 namun sehingga ke hari ini perkara itu masih tidak terjadi. Dan masih ada pimpinan UMNO Kelantan yang langsung tidak berjuangkan Titah Sultan Muhammad ke-5 bahkan ada juga yang menafikan perkara ini pada masa yang sama menafikan Titah Sultan Muhammad ke-5.
Jika aku cadangkan kita rakyat Kelantan berhimpun secara aman menyatakan menjunjung titah dan bersetuju dengan titah Sultan Muhammad ke-5 tu ok tak? Ini kerana, Titah Sultan Muhammad ke-5 itu jika dilaksanakan maka yang mendapat faedah pun rakyat juga. Rakyat Johor mampu berkumpul demi menyatakan taat setianya pada Sultannya apakah rakyat Kelantan tidak mahu berkumpul berramai-ramai menyatakan Ikrar Taat Setia Sultan Kelantan dengan apa titah yang telah dititahkan. Jika ada pimpinan UMNO atau NGO menghalang atau tidak bersetuju, mereka itu bolehlah dianggap pengkhianat dan mereka tidak layak untuk menjadi peminpin bahkan tidak layak bergelar rakyat Kelantan.
Allahu Akbar!!!
No comments:
Post a Comment