Saturday, June 16, 2012

Ini gambar Tok Guru yang terbaik!




R adalah simbol kepada perjuang RAKYAT menuntut ROYALTI dan pendaratan minyak dan gas di KELANTAN. Simbol R menggunakan tangan adalah dengan jari telunjuk di hadapan dan jari hantu di belakang jari telunjuk dan jari-jari lain tutup. Itu adalah simbol R bagi bahasa isyarat. Ini simbol dan isyarat kami kepada pencuri supaya kembalikan hak royalti kami dan hormati titah Tuanku kami.

Hari ini aku dan kawan-kawan yang lain begitu bertuah apabila Tok Guru sudi menandatangan diatas stiker R dan melancarkan R. Tok Guru juga sempat bergambar dan bersama menjayakan simbol R tangan. Tok Guru amat ceria mungkin Tok Guru berbangga apabila generasi hari ini masih berjuang dengan apa yang Tok Guru pernah perjuangkan. Isu royalti dan pendaratan minyak ini hanyalah satu kesinambungan kami dimana Tok Guru sendiri telah lama berjuang seperti mana yang kami perjuangkan ini.

Turut hadir dan bersama menyokong perjuang ini adalah  Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Dato' Paduka Haji Husam Musa  Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan & Kebajikan,  YB Dato' Abdul Fattah Bin Hj. Mahmood, Pengerusi Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan dan beberapa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Gambar ini adalah simbol kepada perjuang aku dan memberi satu momentum untuk terus berjuang. Ini adalah sumber pemberi semangat dan kenangan dalam perjaung royalti yang sentiasa mendapat sokongan. Hanya yang menyokong kezaliman sahaja yang menolak perjuang R. Ingat R ingat ROYALTI!


No comments:

Post a Comment