Sedang rakyat dan para pimpinan yang ada dikalangan PAS dan ada juga dikalangan UMNO memberi sumbangan untuk menjayakan pembinaan Lebuh Raya rakyat namun masih ada "hok gong" menyindir dengan niat menghina. Demostarasi bukanlah perbuatan atau perlakuan yang hina, namun dengan membawa barang yang usang daripada PARTI yang kaya ini adalah perbuatan yang hina bukan sahaja menghina Kerajaan Kelantan bahkan menghina rakyat Kelantan sendiri.
Petani atau nelayan boleh memberi sumbangan yang ikhlas dan berguna kenapa NGO tajaan UMNO ini hanya mampu memberi barang usang sedemikian. Kami tahu UMNO bukanlah sefakir dan semiskin itu. Tetapi kenapa NGO Tukar ini memberi barang yang usang sedemikin? Adakah NGO Tukar sengaja ingin menghina UMNO dan menghina ketua-ketua bahagian UMNO di Kelantan.
Apakah Datuk Dali dahulu membina rumahnya itu hanya mengunakan barang yang usang sedemikian? Adakah NGO Tukar hanya mendapat peruntukan seusang sedemikian. Atau segala macam peruntukan itu hanyalah untuk UMNO golongan atasan sehinggalah penyokong dan pengerak UMNO bawah hanya mampu memiliki barang-barang yang usang sedemikian?
Gerakan Tukar harus malu pada Datuk Dali Hussin Ketua Penerangan UMNO negeri. Kerja-kerja menghina dan menyindir sebegini bukanlah membuka pintu ruangan untuk rakyat mendekati UMNO tetapi ianya lebih menimbulkan rasa benci dan meluatnya rakyat terhadap UMNO. Rakyat tahu UMNO itu parti berduit. Memberi barang usang samalah seperti memberi persepsi rakyat bahawa UMNO ini parti yang tahi hidung masing!
Projek lebuh raya ini begitu tersentuh dihati rakyat tanpa mengira fahaman parti kerana ianya betul-betul keperluan rakyat. Menyindir dan menghina projek ini samalah tidak bersetuju dengan projek ini. Tidak bersetuju dengan projek ini samalh juga dnegan tidak bersetuju untuk melihat rakyat Kelantan selesa. Dan rakyat Kelantan juga tahu, sepatutnya projek ini dibuat oleh Kerajaan pusat namun sejak Rancangan Malaysia Ke-5 lagi projek ini dalam senarai kerajaan pusat namun sehingga ke hari ini yang sudah masuk Rancangan Malaysia Ke-10 namun projek itu gagal dilaksanakan. Namun Kerajaan Negeri melihat ini sesuatu keperluan yang menjadi keprluan yang terpenting maka kerajaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini dan meminta rakyat bersama dalam merealisasikan impian ini dan rakyat menerima baik namun disindir dan dihina manusia yang tidak berhati perut ini.
Sudahlah 22 tahun Kerajaan Kelantan disekat ekonomi dan segala macam seperti royalti minyak dinafikan namun kerajaan Negeri gagah menghadapi dan membina Negeri ini dengan kudrat sendiri dengan izinNYA namun masih ada yang bodoh dan berkepentingan sehingga sanggup menghina rakyat di negeri sendiri.
Buat Datuk Dali, kami berharap, nasihatilah anak buah anda dan janganlah terlebih kuah daripada suhu. Kita sendiri pernah melihat perbuatan over acting di negeri luar seperti senaman punggung begitu hebat dikecam dan ianya dianggap perbuantan yang bodoh dan memberi ruang buruk kepada parti itu sendiri bukannya kepada NGO itu sendiri. Walaupun kononnya NGO yang melakukan perbutan itu, dunia hari ini adalah dunia maklumat dan rakyat cepat tahu daripada mana dan siapa yang menjadi petualang kepada sesuatu perbuatan terkutut itu.
Kami juga pernah berjalan dengan aman daripada Kota Bharu hinggalah ke Pasir Pekan. Kami hanya berjalan dan membawa mesej kepada rakyat dan tidak menyerang mana-mana individu atau kumpulan, namun jika begini cara anda, kami juga ada R, dan UMTU, dan pelbagai lagi NGO yang menyokong kerajaan Negeri Kelantan dan jangan sampai kami pun membawa cangkul dan kereta sorong di depan rumah pimpinan UMNO di Kelantan!
No comments:
Post a Comment