Bendera besar R yang pertama. |
Permulaan R.
R bermula dengan satu bendera besar di Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Sime Darby. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud tersirat R. Apa yang tersirat disebalik bendera R itu. Ramai yang tertanya-tanya dan itu memang objektif permulaan R. Mahu menarik perhatian. Dari perhatian maka mereka akan mula bertanya didalam minda dan secara semula jadinya apabila minda bertanyakan sesuatu maka akan ada aktiviti mencari jawapan dan daripada mencari jawapanlah maka mereka akan bertemu dengan penemuan yang baru atau mengembalikan ingatan yang lalu akan hal berkenaan ROYALTI Kelantan. Ketika perlawanan bola sepak ini juga aku telah meminta Tan Sri Annuar Musa menandatangan tanda setuju perjuang ROYALTI. Dan ketika ini, perjuang R masih belum dikenali, namun aku tahu, bukan soal R yang menyebab Tan Sri Annuar Musa menurunkan tandatangan, tetapi perjuang ROYALTI ini yang "MAHAL" ianya benar-benar akan memberi kebaikan kepada rakyat Kelantan dengan izinNYA.
TSAM yang menurunkan tandatangan tanda setuju perjuang ROYALTI |
Program ini merupakan idea Aduka Taruna yang pada mulanya dianggap asing. Rakyat Kelantan adalah rakyat yang sederhana namun mampu bertukar aggresis apabila terasa diancam. Seperti isu ROYALTI, rakyat Kelantan masih mengambil sikap bersederhana mungkin masih belum "terasa" negerinya yang sudah dirompak dan dihina dengan teruk. Mungkin kerana itu isu royalti di Kelantan tidak mendapat tempat di Negeri Kelantan. Ketika "BERJALAN UNTUK ROYALTI" yang pertama ini, sambutannya adalah seperti yang diduga iaitu dalam lingkungan 50 hingga 60 orang. Kami tidak meletakkan harapan yang tingga kerana kami tahu ini sebuah aktiviti "perkenalan" Dan alhamudulillah, 50 orang yang hadir sudah memadai bagi kami. Walaubagaimana pun, Cikgu Rahim selaku ahli Parlimen Kota Bharu turut hadir dan bersama berjalan sejauh 2 kilometer iaitu bermula di PETRONAS KB Mall dan berakhir di PETRONAS Wakaf Bharu. Cikgu Rahim sempat berjalan daripada Petronas Kb Mall hingga ke Petronas Wakaf Bharu kerana disebelah petang beliau ada program lain. Namun beliau sempat juga mencuri masanya walaupun ini adalah program yang tidak glamor. Aktiviti itu juga telah dihadiri sahabat-sahabat daripada luar Kelantan seperti Eddy Gordo, Jean Francoise dan beberapa sahabat yang lain. Kehadiran mereka betul-betul memberi kami semangat. Walaupun aktiviti ini agak kurang popular, namun kehadiran sahabat daripada luar Kelantan dan ahli parlimen yang hadir tanda memberi sokongan itu adalah bonus untuk kami untuk terus berusaha untuk "MENASIONALKAN" isu ROYALTI ini.
Berjalan untuk royalti terpaksa guna Aaron Aziz untuk menarik perhatian |
Ini permulaan WFR |
Permulaan kepada R dimata masyarakat
Allah swt adalah tempat kami memohon. Dan kami begitu bertuah apabila mendapat pertolongan ALLAH swt yang kami sendiri tidak terfikir pada akal fikiran kami. Sebelum ini R yang seperti makhluk asing yang mendarat di bumi akhirnya mendapat sepenuhnya perhatian rakyat Kelantan bahkan rakyat luar seluruh dunia.
Presiden R betul-betul menggegarkan dunia.
Abe Yie bukan stim tapi sedang berdoa kerana sebelum Sultan Menurunkan tandatangan, Sultan kelihatan berfikir dan Abe Yie takut Sultan mengubah fikiran. |
Pada Ekspo Pertanian Kelantan 2012 Presiden R, Syam Ghaz telah membuktikan perjuang R bukan perjuang taraf tepi jalan. Perjuang R telah mendapat perkenang Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli dengan menurunkan tandatangan pada plak tuntut ROYALTI yang bertitah supaya gas dan minyak didaratkan di Bachok Kelantan. Menurut Nazri Deraman selaku Presiden R yang memegang plak ketika Sultan ingin menanda tangan, beliau melihat Sultan berfikir dengan serius selama 5 minit. Menurut Nazri lagi, beliau hanya mampu berdoa kerana takut Sultan mengubah fikiran. Namun seteleh 5 saat berfikir akhirnya Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke 5 menurunkan tanda tangan di atas plak itu. Sultan juga telah meminta Tok Guru menurunkan tandatangan disebelah tandatangan Sultan Muhammad ke 5.
Pengalaman paling manis dalam perjuang ini. |
Isyarat R mula diperkata penyokong dan pengkhianat!
Sebelum ini, isyarat R yang aku sendiri perkenalkan kepada sahabat langsung tidak diendah oleh para pengkhianat. Mereka yang tidak bersetuju ROYALTI dikembalikan kepada Negeri Kelantan terus mencari peluang untuk memberi respon negetif kerana tidak menghormati amanat Sultan Kelantan dan menjadi duri dalam daging kepada rakyat Kelantan. Oleh yang demikian maka mereka digelar PENGKHIANAT.
Pada Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 Tok Guru sempat melawat boot ROYALTI dan sekali lagi menurunkan tandatangan tanda restu dalam perjuangan ini. Kami juga sempat bergambar dengan Tok Guru dengan Tok Guru juga memberi isyarat R. Selapas gambar Tok Guru dengan isyarat R maka para pengkhianat terus mengeluar ketakutan. Ini kerana, selepas Tok Guru membuat isyarat R, maka ramai rakyat Kelantan mula memberi perhatian dan isyarat itu juga tidak lagi asing dan ramai yang sudah mula memberi isyarat itu tanda setuju dan bersama dalam perjuanga ini.
Aduka berdarah kerana perjuangkan royalti. Setiap darah yang mengalir adalah bukti kepada perjuang demi anaknya. |
Membawa amanat Sultan sehingga dipukul samseng!
Pada 26 Jun kami telah berkumpul di SUK demi menyatakan pendirian kami taat setia kami pada amanat Sultan Muhammad ke 5. Kami membawa plak untuk diberi kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan meminta Kerajaan Negeri supaya serius dalam perjuang ROYALTI. Kami telah disambut oleh Husam Musa dan kami meminta supaya Plak yang diturunkan Sultan itu digantung di pejabar Kerajaan Negeri. Pihak Kerajaan Negeri menerima kami dengan baik dan berjanji akan terus memperjuangkan hak-hak Negeri Kelantan.
Namun kehadiran kami juga telah disambut samseng-samseng yang diupah. Kami telah dihalau dan apabila kami cuba mengawal keadaan dan meminta supaya bertenang dan menunggu arahan polis. Kami telah diserang oleh samseng-samseng tersebut. Aku sendiri telah diserang seramai 7 hingga 8 orang sekali gua. Aku berjaya menangkis serangan mereka dengan izinNYA namun sahabat aku Aduka Taruna telah tercedera dan berdarah dengan teruk. Aduka telah mendapat 3 jahitan dan kehilangan darah hampir 2 beg darah. Laporan polis berserta bukti telah diserahkan namun sehingga ke hari ini masih belum ada tangkapan. Namun kami akur, kerana itulah bayaran kepada mereka yang berjuang.
Aku yang diserang 7 hingga 8 orang samseng kerana membawa amanat Sultan di SUK Kelantan. |
Anwar Ibrahim juga sokong tuntut ROYALTI
Anwar Ibrahim yang kebetulan berceramah di Machang sempat menurunkan tandatangan tanda setuju ROYALTI dikembalikan kepada Kelantan. Dan buat masa ini, mungkin hanya ini sahaja yang mampu mengembalikan ROYALTI Kelantan iaitu dengan menukar Kerajaan Pusat. Dan insyallah, aku yakin dan percaya, jika Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri selepas PRU-13, Kerajaan Kelantan bukan sahaja mendapat 5 % peratus daripada hasil bumi itu, bahkan insyallah akan dinaikkan sehingga 20%
Berjalan untuk ROYALTI kali-2 berjaya dan meriah
Taniah diucapkan kepada Aduka Taruna dimana Berjalan untuk Royalti kali ke 2sangat berjaya, Perbezaan antara Berjalan untuk ROYALTI 1 dan Berjalan untuk ROYALTI 2 amat ketara. Kali ini jumlah hadiran lagi ramai dan hampir semua hadiran yang hadir berbaju MERAH tadan warna merah kini milik pendokong dan penyokong ROYALTI. Program yang dahulunya agak asing dan kurang popular kini telah mendapat perhatian masyarakat. Ramai yang bertanya bila lagi aktiviti ini akan dibuat. Insyallah aktiviri berjalan untuk ROYALTI akan ke Jeli dan Bachok tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan rakyat di sana. Insyallah.
Berjalan untuk royalti 2 yang berjaya. |
Futsal R
R juga pernah mengadakan perlawanan persahabatan R. Fatah selaku ketua Program telah menjalankan tugasnya dengan baik dimana 22 kumpulan yang hadir dimana sebelum ini kami hanya anggarkan 10 kumpulan sahaja yang datang. Malam itu memberi pengalaman yang cukup bermakna. Ini jelas menunjukan mereka semua senang dan selesa dengan kumpulan kami dan bersama dalam perjuang kami. Hadiah yang diberikan hanyalah baju R dan topi R namun mereka yang menang jelas gembira dan itu memberi mesej kepada kami, perjuangan kami benar-benar perjuang rakyat.
Sebahagian daripada peserta Futsal |
Muslimah yang berjuang ROYALTI masih kurang. R masih memerlukan muslimah untuk menarik kaum hawa dalam perjuangan ini |
Ketua Pemuda Pas juga menyokong ROYALTI |
Konvoi R berjaya menarik perhatian peminpin di Putraja
Ramai yang beranggapan Tok Guru adalah ketua Konvoi R. Itu adalah tanggapan yang silap. Aku sebenarnya merupakan ketua program bagi konvoi ini. Nazri Deraman selaku Presiden ROYALTI telah memberi amanah kepada aku untuk menjadi pengarah untuk program ini. Topeng Perak dan Irene Tan juga merupakan Pengarah bersama. Maka tidak timbul Tok Guru adalah ketua konvoi. Cuma kebetulan Tok Guru mempunyai program di Gua Musang pada hari yang sama. Maka kami meminta Tok Guru untuk menjadi kepala Konvoi untuk ke Gua Musang. Dan kami sempat bersembahyang jumaat bersama di Masjid Ciku 2. Selepas sampainya Tok Guru di Gua Musang, kami telah berpisah, Tok Guru meneruskan perjalanannya ke penempatan orang-orang asli di Gua Musang dan kami pula ke Bandar baru dan Bandar Lama Gua Musang. Kami berpusing di Bandar Gua Musang. Ramai yang menumpu perhatian kepada kami dan kami yakin dan percaya ramai yang tidak mengenali kami. Aku terus membuat ucapan di atas kereka dengan menggunakan pembesar suara. Ramai yang tersengih dan melambai-lambai kepada kami. Pada keesokan paginya, Nazri Deraman sempat memberi kuliah sibuh dan memberi bendera kepada wakil R di Gua Musang. Alhamdulillah ini sebagai permulaan di Gua Musang.
Bergambar dengan Tok Guru di Masjid Ciku 2 Gua Musang |
Ustaz Latih menutup konvoi dengan qunut nazilah
Sebelum konvoi R menutup tirai, kami sempat singgah di Kuala Krai selepas sehari di Gua Musang. Di Kuala Krai kami telah disambut Ustaz Latif selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang. Sebelum Ustaz Latif memberi ucapan, aku sekali lagi mengingatkan ahli-ahli Konvoi bahawa R bukanlah kumpulan berparti. Walaupun kebanyakkannya secara jujurnya memang penyokong PAS namun R bukan berjuang untuk PAS. R berjuang untuk mendapatkan ROYALTI. Aku juga juga mencabar mana-mana indivdu atau pihak yang menyatakan kami ini adalah tulang belakang R supaya mengadakan perjumpaan dengan mana-mana peminpin UMNO. Kami tidak mempunyai masalah untuk berjumpa atau berbicang dengan pihak UMNO kerana perjuang kami adalah menuntut ROYALTI. Dan aku tahu, ROYALTI tidak akan dikembalikan hanya dengan berjalan atau berkonvoi, namun ini adalah salah satu cara untuk memberitahu dan memberi penerangann tentang ROYALTI. Dan alhamdulillah, kini sudah ramai yang mula sedar negeri Kelantan mempunyai minyak dan hasilnya tidak sampai ke Negeri Kami. Negeri kami sedang diROMPAK!
ROYALTI dapat memberi keselesaan buat penduduk Kuala Krai "Ustaz Latif"
Sebelum membaca qunut nazilah, Ustaz Latif sempat memberi sedikit ucapan. Beliau menyuarakan keperitan penduduk Kuala Krai. Menurut beliau, jalan raya yang diguna penduduk Kuala Krai amat memedihkan. Perjalanan mereka ke Kota Bharu mengambil masa yang lama kerana keadaan jalan raya yang sempit dan jalan yang tidak elok. Tambah Ustaz Latif lagi, apabila menjelang hari raya, masa yang biasa digunkakan sejam atau sejam setengan ke Kota Bharu boleh bertukar sehingga ke 4 hingga 5 jam. Ustaz Latif yakin jika sekiranya ROYALTI dikembalikan kepada kerajaan Negeri Kelantan, insyallah masalah jalan raya akan selesai. Dan pembinaan lebih raya rakyat juga akan lebih cepat diselesaikan. Biar pun kami tahu projek jalan raya adalah projek federal dimana Kerajaan Pusat yang sepatutnya selesaikan, namun kerjaan negeri telah pun membuat sendiri projek itu dan jika ROYALTI dikembalikan, aku juga yakin dan percaya, projek itu akan lebih cepat dan akan ditambah ke kawasan lain pula.
Sebelum bertolak pulang ke Kota Bharu,Ustaz Latih sempat menjadi kepala konvoi dan memusing bandar Kuala Krai. Aku dengan pembesar suara sekali lagi memberi penerangan tentang konvoi ini.
" Ini bukan jalan-jalan cari makan. Ini adalah konvoi tuntut ROYALTI. Lambai tangan tanda setuju perjuang ini"
Ramai yang melambai-lambai tangan tanda setuju perjuang ini. Aku sekali lagi memberitahu bahawa perjuang ini tidak akan tercapai hanya dengan berkonvoi atau melambai tangan. Aku meminta sesiapa yang bersetuju dan menyokong perjuang ini agar berdoa dibulan mulia ini.
Akhirnya kami pulang dan sempat sembahnyang zohor di Machang. Kami berpisah di Bandar Machang. Dan sebelum berpisah, kami bersalam-salaman dengan peserta Konvoi dan masih ada yang aku tidak sempat berkenalan. Namun aku tahu, kami semua memiliki matlamat yang sama. Iaitu. ingin ROYALTI dikembalikan ke Negeri kami. Negeri Kelantan.
Aktiviti R bukan gimik pilihanraya
Jika masih ada yang menyatakan perjuang R adalah gimik pilihanraya. Sila semak dan sila teliti perjuang ini. Perjuang ROYALTI sudah lama bermula. Kami juga telah berjaya membawa Ku Li ke Kelantan atas nama ROYALTI. Dan kami juga telah ke Parlimen membawa amanat Tun Razak. Kami juga telah dihina Awang Adek yang melayan kami seperti pengemis hanya kerana kami ingin mengambil gambar bersama dengan amanat Tun Razak. Dan bermacam lagi sehingga kini. Andai perjuang kami adalah perjuang PILIHANRAYA, maka tidaklah kami membuat program bersama rakyat dengan aktiviti yang tidak glamer. Kami akan naik pentas ceramah poltik dan hanya bersama ahli politik. Tetapi perjuang kami bersama rakyat.
Perjuang ini perjuang semua.
Dari timur hingga ke barat, dari selatan hinggalah ke utara. Perjuang ini bukan perjuangan individu. Ini adalah perjuang bersama. Tidak kira rakyat Kelantan atau tidak, ini adalah perjuangan menuntut keadilan. Kepada rakyat Kelantan tidak kira dimana anda anda berada, aku meminta untuk anda bersama dalam perjuang ini. Jika tidak mampu, dengan bergambar dan memberi isyarat R itu sudah cukup bagi kami. Dan aku juga menyeru dan meminta agar semua yang membaca artikel ini berdoa kepada yang maha ESA supaya hak-hak negeri kami dikembalikan. Sesungguhnya berusaha dan berdoa adalah senjata perjuang kita. Ingat, perjuang tuntut ROYALTI bukan perjuang perseorangan, ianya perjuangan bersama. Tidak kira siapa pun anda, bersama kita perjuang hak kita dan perjuangkan keadilan yang dinafikan!
No comments:
Post a Comment