Saturday, July 28, 2012

Najib perlu bagi ROYALTI bukan wang ehsan " Tan Sri Annur Musa"


"
Tadi terbaca SINAR HARIAN tentang YAB TGNA mengetuai konvoi TUNTUTAN ROYALTI ke GUA MUSANG..JUJUR SAYA BERPANDANGAN AKTIVITI SEDEMIKIAN HANYALAH BAIK UTK GIMIK PILIHANRAYA NAMUN BUKAN CARANYA YG MEMBAWA SEBARANG HASIL..SAYA JUGA TURUT MENANDATANGANI PETISYEN ROYALTI KERANA BAGI SAYA APA JUA YG BOLEH MAJUKAN NEGERI DAN RAKYAT WAJAR DISOKONG..TAPI DLM HAL INI SAYA HARAP PEMIMPIN NEGERI DAN PUSAT BERTINDAK BIJAK LAGI JUJUR.SAYA KUAT BERPENDAPAT ADALAH TANGGUNGJAWAB SEMUA PEMIMPIN BERIKHTIAR SECARA BIJAKSANA BAGI MENGATASI SEGALA RINTANGAN TERUTAMA PERUNDANGAN BAGI MEMBOLEHKAN RAKYAT DAPAT FAEDAH DARINYA.PENDEKATAN MERAIH UNDI ATAU PENDEKATAN ANTAGONISTIK DAN PERMUSUHAN JUGA TIDAK AKAN MEMBAWA HASIL..SEMANGAT ALLAHYARHAM TUN RAZAK ADALAH SUPAYA HASIL MINYAK YG DITEMUI HENDAKLAH ADA LIMPAHAN MEMAJUKAN NEGERI TSB..NAMUN OLEH KERANA PENGGUBALAN UNDANG UNDANG BERKAITAN DIANGGAP "BOLEH DIPERTIKAIKAN"dari segi dimana minyak ditemui serta takrif BAGI NEGERI yg dimaksudkan MAKA WAJARLAH PEMIMPIN BERUNDING SECARA OBJEKTIF DGN MATLAMAT MEMBELA RAKYAT.SAYA MENGESYURKAN YAB PM MENCARI JLN MEMPERBAIKI UNDANG2 agar KELANTAN DLL NEGERI BERKAITAN BEROLEH ROYALTI DAN BUKAN SEKADAR EHSAN SPT SEKARANG.SETIDAK TIDAKNYA DIUJUDKAN SATU MEKANISMA SUPAYA SEMANGAT YG DIUTARAKAN ALMARHUM TUN RAZAK DAPAT DILAKSANAKAN DGN LEBIH BAIK DAN MEMBERI FAEDAH PADA RAKYAT JELATA... " Tan Sri Annuar Musa"

Komen Jeming Hassan

Aku selaku ketua program Konvai R ingin menegaskan bahawa aktiviti ini bukan gimik Politik semata-mata. Tanyalah ahli-ahli yang hadir yang terdiri bukan dari kalangan ahli politik. Aku yang sentiasa menegaskan kepada peserta yang datang aktiviti ini bukan bertujuan berkepentingan politik. Kami "R" tidak melobi individu untuk menjadi calon dan kami sendiri tidak mengejar apa-apa jawatan. Yang kami kejar hanyalah untuk kepentingan rakyat Kelantan.

TSAM turut memberi komen tandatangan yang pernah beliau turunkan satu ketika dahulu. Aku adalah orang yang meminta TSAM menurunkan tandatangan dan aku lihat tiada tekanan ketika aku meminta untuk beliau menurunkan tandatangan. Aku fikir TSAM ikhlas untuk menurunkan tandatangan.  Dan apabila beliau memberitahu beliau sanggup lakukan apa sahaja asalkan untuk kemajuan rakyat Kelantan. TSAM benar-benar ahli politik UMNO yang cerdik dan aku anggap ahli poltik yang berjuang untuk rakyat bukan untuk pangkat.

Pun begitu, persepsi bahawa kerja kami ini tidak akan membawa hasil itu adalah persepsi yang salah. Untuk pengetahaun Tan Sri, kisah royalti jika diingat 4,5 bulan lepas, ianya hampir menjadi kisah dongeng, seperti "kisah lelaki dan pelangi" namun kini, semakin ramai yang bersemangat perjuangkan royalti sehingga bukan rakyat Kelantan juga sanggup berjuang untuk royalti. Ini menunjukkan isu ROYALTI sudah jadi isu nasional. Dan kami tahu, mana mungkin hanya dengan berjalan atau berkonvoi royalti akan dikembalikan. Namun, kami berjaya menarik perhatian umum dan ramai yang mula mengkaji tentang royalti. Dan apabila segala macam tidak lagi menjadi, memang akhirnya kepercayaan akan terbina bahawa dengan menukar kerajaan maka royalti akan kembali. Jika UMNO tidak mengambil sikap untuk menyelasaikan tuntutan kami, maka sudah tentu para pejuang ROYALTI akan berkempen untuk TUKAR kerajaan di peringkat PUSAT. 

Namun aku yakin dan percaya, jika semua pimpinan UMNO Kelantan bersikap seperti Ku Li dan TSAM, insyallah ROYALTI memang akan dikembalikan. Aku juga pernah mencabar mana-mana PIMPINAN UMNO Kelantan yang menuduh NGO R adalah tulang belakang PAS untuk mengajak kami di program UMNO. Jika UMNO Kelantan atau UMNO Pusat ingin berbincang pasal ROYALTI, kami R tidak pernah membina benteng untuk itu. Perjuang kami adalah perjuangan rakyat yang mahukan ROYALTI.

Namun, aku memuji TSAM dalam bab royalti dan bab bola sepak Kelantan.  Dan aku berharap, TSAM akan mendapat tempat didalam UMNO untuk PRU-13. Aku ingin lihat TSAM bercakap pasal ROYALTI di dalam Parlimen. Dan aku juga mengajak dan menghasut supaya rakyat Kelantan menolak mana-mana pimpinan UMNO yang menolak perjuang ROYALTI.



No comments:

Post a Comment