Friday, July 13, 2012

Rinduku padamu menghimpit hatiku.


Telah lama kau tinggalkan aku, kini kau akan datang kembali. Terasa begitu bodoh dan ruginya diri ini bilamana kau bersamaku satu ketika dulu, tetapi aku mengabaikanmu. Kini insyaallah, kau kan datang lagi. Ku harap kedatangamu kali takkan ku persia-siakan mu lagi. Hidupku takkan bermakna tanpa kehadiranmu. Takkan aku persiakanmu lagi. Indahnya hidupku bila dapat bersamamu. Semuanya terasa indah dan hari-hari yang aku lalui begitu bermakna dan masa kita bersama terasa begitu singkat dan berlalu dengan cepat. Semoga kita akan dapat bertemu lagi pada kali ini dan aku akan bersamamu denang sepenuh hatiku dan takkan aku persiakan mu sepertimana yang pernah aku lakukan kepadamu dahulu.

Aku harap aku kan punya kekuatan, aku harap aku kan punya masa yang cukup untuk bersamamu kali ini dan tidak akan terjadi seperti dulu. Aku tahu, kehadiranmu dahulu ku tidak menhargaimu. Hanya permulaan pertemuan kita aku terasa teruja, tetapi lama-kelamaan aku mula berubah, aku mula tidak menhargaimu, dan aku tahu waktu itu takkan datang kembali padaku dan aku harap jika ada waktunya lagi kita bertemuku, aku tidak lagi seperti itu. Aku harap kekuatan dan keinginanku untuk bersamamu sentiasa ghairah dan sentiasa membara sehangat api di gunung sahara.

Aku tahu kehadiranmu kali ini pasti jua dengan hidangan malam yang begitu indah buat santapan kita di malam yang sunyi itukan? Malam yang sangat aku dambakan untuk bersamamu. Pada kehadiranmu dahulu, kau telah pun hulurkan malam yang indah itu buat aku, tapi aku ini bodoh dan tidak tahu menghargai sesuatu yang sangat berharga itu. Malam indah yang kau hulurkan padaku satu ketika dahulu dipersiakan begitu sahaja. Malam yang indah itu berlalu hilang bagai angin dihembus sahaja. Aku pentingkan lenaku lagi daripada bersamamu disatu malam yang sangat indah itu. Aku memang bodoh. Satu malam yang indah sudah terhidang di depan mataku, satu malam yang sangat indah dan aku tahu semua manusia mahukan malam yang indah itu, tetapi kerana kebodohan, malam yang menjadi kegilaan ramai aku persiakan begitu sahaja. Bila kau tiada disisi, bila kau pergi,barulah terasa rugi dan menyesal.

Hari ini 23 Syaaban dan sudah tidak lama kau akan datang lagi. Aku menunggumu dengan penuh harapan aduhai Ramadhan Al Mubarak. Aku rindukan malammu si Lailatul Qadar. Ya ALLAH, kau berilah aku kekuatan dan izinkanlah aku bertemu lagi Ramadhan Al Mubarak, moga-moga diri ini dapat menebus segala kerugian yang pernah aku lakukan.

Ya ALLAH Dengan namaMU Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,.berilah aku kekuatan rohani dan jasmani untuk aku bersama ramadhan kali dengan penuh bermakna kerana aku tahu, hidupku belum tentu bilakah waktunya akan pergi. Selagi ada waktu, aku sentiasa menunggumu Ramadhan Al Mubarak.

JUMAAT 23 SYAABAN 1433.

No comments:

Post a Comment