Sunday, July 8, 2012

Ulasan buruk himpunan ROYALTI!



Anak muda bersama perjuangan R

Hampir 98% peserta yang hadir pada BERJALAN UNTUK ROYALTI pada hari ini adalah kebanyakannya adalah daripada golongan anak muda. Hari ini anak muda datang dan berjalan mengilingi bandar Kota Bharu bagi melahirkan rasa sokongan terhadap perjuang ROYALTI. Ini merupakan menifestasi anak muda Kelantan yang mahukan hak mereka dikembalikan.

Warna Merah kini hak perjuang ROYALTI

Sebelum ini UMNO kononnya sangat berbangga dengan golombang merahnya. Walaupun kita tahu UMNO Kelantan hanya menumpang warna merah dengan penyokong bola sepak Kelantan iaitu THE RED WORRIOR. Namun kini, warna merah yang kononnya milik parti UMNO dengan gelaran GELOMBANG MERAH sudah pun terkubur.  Tiada lagi semangant GELOMBANG MERAH di Kelantan. Kini apabila orang melihat warna merah, orang akan ingat perjuang ROYALTI.

Himpunan R mendapat pertolongan ALLAH swt

Alhamdulillah, kami berjalan dilindungi awam. Sepanjang himpunan itu, matahari agak malu untuk keluar dan kami dapat menjayakan program itu dengan selesa. Namun begitu, ketika majlis hampir tamat, hujan mula turun dengan renyai. Aku mula takut, bimbang jikalau ada peserta takut bermandi hujan dan akan meninggalkan progtam itu. Namun, hujan yang turun membasahi bumi itu rahmat ALLAH swt. Kami bermula berjalan dengan hujan renyai-renyai. Namun kami tidak basah. Hanya beberapa rintik hujan yang langsung tidak menghalang kami berjalan sekitar Kota Bharu bahkan membuat kami agak selesa berjalan. Alhamdulillah.  Dan apabila selesai kami berjalan dan selesai program itu, mentari terus muncul. Besar sungguh nikmatmu ya ALLAH.

Yang buruk pada himpunan ini.

Mana ada perkara yang 100% baik. Mesti ada baik dan mesti ada buruk. Yang buruk bagi aku pada himpunan ini adalah apabila Awang Adek dan Tok Pa tidak hadir pada himpunan rakyat ini. Apakah memang mereka akan terus menjadi penderhaka kepada raja. Adakah mereka sanggup mederhaka kepada raja Kelantan yang sentiasa dekat dengan rakyat. Sedih aku memikirkannya.

Pun begitu, jutaan diucapkan kepada semua yang hadir pada himpunan dan berjalan untuk royalti ini. Anda semua sudah tersenarai didalam sejarah dimana kita semua adalah pejuang untuk royalti Kelantan. Dan perjuang ROYALTI ini adalah perjuang Jihad. Dan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang bukan daripada Kelantan tetapi sanggup bersama kami. Kamu semua sungguh cool dan ALLAH swt sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua. Semoga kita berjumpa lagi. Ingat R ingat Royalti. Perjuang R perjuangan Jihad!

No comments:

Post a Comment