Tok Guru tersenyum manis dengan baju dan simbol R |
Tok Guru begitu bersemangat apabila kami R datang melawat beliau di Hospital. Tok Guru berada di Hospital hanya untuk berehat dan ketika aku dan kawan-kawan sampai Tok Guru bersama tetamu berkebetulan sedang berbicara mengenai Royalti. Tok Guru memberi senyuman kepada aku dan kawan-kawan apabila melihat kami datang melawatnya. Tok Guru langsung tidak kelihatan penat cuma atas nasihat doktor Tok Guru diminta berehat di Hospital.
Kami meminta Tok Guru untuk memberi kata-kata semangat bagi 310 di Mahkamah Putrajaya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tok Guru menjemput seluruh rakyat Malaysia jika tidak mempunyai keuzuzran ke Mahkamah Putrajaya 3 Oktober 2012 ini tanda sokongan Tuntutan Royalti.
Aku meminta Tok Guru memakai baju R versi dan membuat simbol isyarat R. Tok Guru berselorah isyarat R ini adalah isyarat Internasional kerana seluruh dunia tahu simbol R ini. Tok Guru sudah mahir dengan isyarat R namun sengaja aku betulkan lagi kerana aku ingin mengambil peluang untuk memegang tangan ulamak kesayangan aku ini. Dan tadi aku berpeluang untuk memegang erat tangan Tok Guru. Ini kali ke 5 aku berpeluang membuat simbol R dan kali ini Tok Guru sudah mahir.
Sebelum pulang Tok Guru sempat membuat rakaman video dan meminta kepada sesiapa yang tidak berpeluang untuk ke Mahkamah Putrajaya, Tok Guru meminta mempamerkan R pada hari tersebut. Mungkin mengibar bendera pada kereta atau memakai baju merah pada 310 nanti.
Maka 310 ini adalah wajib untuk rakyat Kelantan meMERAHkan Putrajaya bagi mereka yang tidak keuzuran. Lihat sendiri Tok Guru, walaupun sedang berehat namun apabila berbicara tentang Royalti, beliau pasti bersemngat. Tok Guru adalah diantara pejuang Royalti yang terawal. Kita jumpa di Putrajaya 3 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment