Tuesday, March 23, 2010

APAKAH PERANAN PARLIMEN?

Parlimen ialah suatu tempat atau majlis membuat undang-undang. Parlimen juga suatu tempat dimana undang-undang digubal yang di mana biasa juga diguna pakai di negara komenwel yang lain.
Sekarang apa yang berlaku di Parlimen boleh dikatakan ribut mengatakan tentang kes ketua pembangkang Dato' Sri Anwar Ibrahim iaitu peristiwa 16 september.
Boleh dikatakan hampir semua ahli parlimen UBN dan beberapa orang budak-budak nakal memberi kuasa kepada seorang budak nakal yang baru menjadi katak ini untuk membelasah Dato' Sri Anwar ibrahim. Budak nakal ini sekarang seperti hero tunggal kerana semua ahli UBN memberi mandat khas kepadanya seolah-olah Parlimen penggal ke-3 ini berperanan penuh membelasah tuan badan Dato' Sri Anwar Ibrahim.
Apakah sudah tiada isu yang lagi penting untuk dibahaskan?
Apakah peranan parliemn hari ni kahs untuk membelasah seseorang individu?
Apakah membelasah itu satu undang-undang yang mahu digubalkan?
Apakah kepentingan rakyat jika isu ini di bahaskan hampir setiap hari?

Apakah rakyat mengundi hanya untuk mendengar MP-MP membuat kenyataan yang hanya berani dibahskan di dalam parlimen tetapi tidak di luar parlimen? Adakah di dalam parlimen sahaja bernani kerana apa yang diucap di dalam parlimen tidak boleh dikenakan tindakan kerana Malaysia mengamalkan demokrasi BERPARLIMEN.
Apa yang dibahaskan di parlimen itu diharap berguna kepada rakyat. Jika hanya mahu membelasas semata-mata tetapi tidak mahu ambik tindakan di luar parlimen kerana tahu apa yang dinahaskan adalah bahas adalah tipu semata-mata rasanya tidak usahlah dibahaskan setiap hari di parlimen. Kembalikan peranan sebenar parlimen iaitu membahaskan isu-isu untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan PARTI semata-mata.

No comments:

Post a Comment