Friday, April 23, 2010

FILEM NAYAK WAJIB DITONTON


Filem Nayak satu filem india yang wajib ditonton yang telah dilakonkan oleh Anil Kapoor dan Rani Mukerji yang telah diarahkan oleh S. Shankar.Filem ini pada asalnya telah dibuat oleh S. Shankar pada tahun (1999) yang berjodol Mudhalvan. Shahrukh Khan merupa calon utama untuk menerajui filem ini tetapi diatas sebab-sebab tertentu Anil Kapoor telah mengantikan tempat beliau.

Filem ini mengisahkan wartawan Shivajirao Gaekwad dari Q TV telah berjaya untuk menemuramah Ketua Menteri. Ketika temuramah Shivajirao telah membongkarkan kelalaian Ketua Menteri dalam menangani masalah rusuhan yang telah menyebabkan kematian dan juga kerugian yang besar.

Kerana tidak dapat menjawab soalan yang bertalu-talu dari Shiva, Ketua Menteri mencabar Shiva untk menjadi Ketua Menteri dalam satu hari dan selepas menjadi Ketua Menteri satu hari barulah temuramah ini diadakan lagi. Terkejut dengan pelawaan itu Shiva menolak untuk menjadi Ketua Menteri dalam satu hari kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri dalam 1 hari.

Tetapi setelah dicabar Ketua Menteri akhirnya Shiva bersetuju untuk menjadi Ketua Menteri untuk satu hari.

Ketika menjadi Ketua Menteri untuk 1 hari Shiva telah banyak menbuat perubahan dan telah menfailkan saman kepada menteri-menteri yang merasuah dan juga mengantung kerja para pegawai atau sesiapa sahaja yang menyeleweng duit kerajaan. Shiva juga sempat menfailkan saman kepada Ketua Menteri yang asal 5 minit sebelum cukup tempoh 24 jam beliau menjadi Ketua Menteri untuk 1 hari.

Selepas selesai menjadi Ketua Menteri untuk 1 hari, Ketua Menteri yang asal telah menaruh dendam kepadanya(shiva) dan mengarahkan beberapa orang samseng untuk membunuhnya. Ketua Menteri yang asal juga telah merobohkan rumahnya kerana 1 inci rumahnya telah memasuki tanah kerajaan dan semua perkhidmatan eletrik, air dan telelefon telah dipotong dek kerana dendam Ketua Menteri yang asal itu.

No comments:

Post a Comment