Thursday, April 29, 2010

APCO ke KICKDEFELLA yang keji?



Penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Bolehkah kita mempercayai cerita abang kick ini?
Aku pelik kenapalah perlu RM4 juta untuk memburuk-burukkan Pak Lah sedangkan nak burukkan Pak Lah bukanlah susah pun. Dengan Islam Hadhari, dengan kisah al-menantunya si Khiri, ditambah lagi dengan Tun Mahadhir sendiri pun hentam Pak Lah rasanya RM 4 juta tidak perlu untuk dibayar kepada abang kick.

Kenapa perlu RM 4 juta ringgit untuk memburuk-burukkan Pak Lah? Aku rasa hari-hari dalam blog lain sudah pun memburuk-burukkan Pak Lah dan tak perlulah nak bayar dekat abang kick pun.

Ini cerita betul ke abang kick?
Kenapa baru sekarang abang kick mahu keluarkan kenyataan ini?

Dan kita juga tahu sekarang ini abang kick dengan penuh biadad dan keji melakukan serangan hendap terhadap tok guru selepas beliau dipecat oleh Ir Arifahmi iaitu menantu tok guru. Itu adalah kisah peribadi antara dia dan al-menantu tok guru tetapi mengapa harus babitkan tok guru itu sendiri. Dan abang Kick dipecat pun memang sudah wajar kerana abang kick tidak pernah pun ke pejabat PMBK tetapi lebih banyak berumahtangga di pejabat Exco terbabit dan di rumah sendiri berbanding menunaikan tugas di PMBK tempat yang sepatutnya beliau berada.

Dan apabila sudah tidak berkerja dengan PMBK maka barulah dibukanya segala cerita-cerita yang bertujuan memburukkan kerajaan negeri Kelantan dan tok guru yang tidak diketahui benar atau fitnah. Persoalannya ialah, perjuangan ini ikhlas ke dendam kesuma?

Bukankah etika kerja, kita tidak boleh memberitahu rahsia di tempat yang pernah menjadi majikan kita. Jika perkara ini benar-benar berlaku, maka beliau secara tidak langsung juga terlibat dalam menggunakan wang sebanyak RM 4 juta untuk memburuk-burukkan Pak Lah yang memang sudah buruk itu. Sehinggakan ramai yang menyalahkan Dato' Husam kerana pernah mengambilnya berkerja. Sepatutnya tidak timbul nama Dato' Husam kerana kickdefella itu sendiri yang pecah amanah dan tidak ikhlas dalam berjuang. Kerana didalam politik jatuh bangun adalah perkara biasa dan kickdefella menyerang tok guru dan kepimpinana Pas Kelantan selepas dipecat dari PMBK bukannya ketika berkerja di PMBK. Ketika di dalam PMBK, tidak pula dia bersuara. Ini perjuangan dendam ke perjuangan fisabilillah?

Dan jika umno mahu salahkan Pas kerana memperuntukkan sebanyak RM 4 juta selama 3 tahun, itu pun jika benarlah apa yang dikata kickdefella. Rasanya RM 4 juta selama 3 tahun tidaklah sebanyak RM 77 juta setahun yang dibayar kepada Apco Worldwide untuk memulihkan imej Dato' Sri Najib. Kickdefella Juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan Pas kekal memerintah Kelantan. Dan bukannya membayar RM 4 juta bersih kepada Kickdefella.

Antara mengupah APCO Worldwide dan KICKDEFELLA ini,upahan yang manakah lagi keji?

No comments:

Post a Comment