Saturday, May 1, 2010

TOK GURU DALAM BAHAYA!



Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat merupakan tokoh ulamak besar bukan sahaja di Malaysia bahkan di seantero dunia. Sebelum hari buruh 2010 negera kita telah dikejutkan dengan seorang gedebe dari Pulau Penang yang mengejutkan kita bahawa dia adalah seorang yang sangat gedebe sehingga sanggup dikenakan hukuman gantung demi membunuh tok guru kesayangan kita ini.

Bukanlah niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi kerana rasa sayang yang teramat mendalam kepada ulamak kita ini membuatkan ugutan yang dibuat ini betul-betul mengamcam fikiran aku akan keselamatan tok guru kesayangan kita ini.

Kematian orang yang berpengaruh bukanlah perkara mustahil kerana sudah banyak manusia yang berpengaruh telah mati dibunuh. Nama-nama seperti John Lennon, Robert F. Kennedy, Malcolm X, Martin Luther King, Abraham Lincoln, SYED QUTB, Hassan Al-Bana dan ramai lagi diantara manusia-manusia yang berpengaruh yang mati dibunuh.

Budak yang bernama Mohd Safuan Hilmi ini bukan sahaja berani mengugut untuk membunuh tok guru kita bahkan sanggup pula ke tali gantung demi jihad karutnya ini kerana baginya tok guru ulamak dunia ini sudah disamakannya dengan dajjal. Mungkin sudah menjadi seruan jihad sesat baginya dan kami seluruh warga Malaysia khuatir dengan ugutan itu dan diharap pihak polis dapat menyiasat kes ini dan bawa budak gedebe ini ke mahkamah kerana budak ini bukannya penakut kerana pengakuannya yg sanggup ke tali gantung jika dia didapati bersalah menunjukkan yang beliau ini seorang yang sangat berani. BERANI BODOH!!!

Mohd Safuan, melalui laman web sosial facebooknya dikatakan telah menulis "Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi."Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu" katanya semasa berkomunikasi dengan salah seorang daripada rakan facebook menunujukkan Mohd Safuan Hilmi begitu marah sehingga sanggup lakukan apa sahaja demi menunaikan hajat amarahnya itu.

Daripada ayat-ayatnya itu menunjukkan yang beliau tidak bergurau dan bersungguh-sungguh membuat ugutan untuk membunuh tok guru. Tapi apa yang pelik sampai ke hari ini Mohd Safuan tidak ditangkap bahkan sampai ke hari ini beliau tidak tampil dan meminta maaf secara terbuka.

Sebelum ini negara kita pernah digemparkan dengan kes yg menghina Sultan Johor & Puteri UMNO Ampang. Ketika itu polis bersungguh-sungguh dalam membuat sisatan tetapi mengapa dalam kes ini begitu lambat membuat tindakan walhal sudah 4 laporan polis dibuat dan ketika membuat laporan polis segala maklumat lengkap telah diberi seperti nombor kad peneganalan dan tempat kerja. Perkara ini harus diambil serius oleh polis kerana Mohd Safuan bukan sahaja membuat ugutan bunuh bahkan memberitahu kesanggupan menerima hukuman gantung menunujukkan seperti beliau sudah nekad dengan tujuannya itu.

Ketika kes aduka taruna menghina Almarhum Sultan Johor beliau telah ditahan reman selama empat hari. Sebelum itu Aduka telah tampil dan memohon maaf secara terbuka tetapi kerana polis telah mendapat laporan,polis tetap menahannya untuk disoal siasat. Kes Aduka Taruna masih lagi dalam siasatan dan persoalannya ialah mengapakah kes Aduka Taruna pihak polis telah cepat membuat tindakan sedangkan kes ini masih lagi tiada tangkapan dan Mohd Safuan masih lagi tidak memohan maaf kepada tok guru dan seluruh warga Malaysia diatas kebidabannya dan memberi jaminan yang ugutan itu hanyalah sandiwaranya dan juga memohon maaf kepada tok guru kerana menyamakan tok guru seperti syiatan dan dajjal.

Oleh kerana dunia hari ini sudah banyak para peminpin dunia atau artis yang berpengaruh yang mati dibunuh maka pihak polis tidak seharusnya memandang remeh kes ini. Seluruh warga Malaysia masih dalam kebimbangan kerana Safuan Hilmi masih lagi belum tampil ke hadapan dan memberi jaminan yang beliau sebenarnya tidaklah berani dan memberitahu yang dirinya adalah penakut dan tidaklah seperti yang digambarkan didalam facebooknya.

Kami juga berharap pihak polis dapat membuat siasatan dengan seadil-adilnya seperti mana pihak polis membuat siasatan dalam kes-kes sebelum ini.

1 comment:

  1. muhasabahlah diri anda...

    sucikan diri dulu... gunakan keyboard untuk gandakan pahala bukannya dosa..

    ReplyDelete