Thursday, January 20, 2011

Terima Kasih Dewan Negara dan JPJ ku.


Jika sebelum ini Jalan Kampung adalah jalan yang paling santai. Tak perlu nak bertopi keledar jika bermotor dan tidak perlu memakai tali pinggang keledar jika berkereta. Kita juga sungguh cool membawa kenderaan kita sambil menikmati suasana kampung. Alangkah indahnya suasana kampung.

Namun kini ia tinggal sejarah dan terpaksa dilupakan kerana DEWAN NEGARA yang mulia telah meluluskaskan kuasa kepada JPJ yang berkuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan. Tidak kira jalan kampung, ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semua akan disaman jika melanggar peraturan.

Jika sebelum bermotor ke ladang kelapa sawit atau menoreh getah tidak memakai topi keladar tidak menjadi kesalahan, hari ini bermula 22 Disember lalu kita berisiko untuk disaman. Inilah sumber negara sejajar dengan slogan kita iaitu 1 Malaysia, Rakyat diutamakan pencapaian diutamakan.

Rakyat didahulukan untuk hidup sengsara dan derita. Di perah keringat rakyat sampai kering sehingga untuk mencapai kejayaan kerajaan. Terima Kasih dan semoga UMNO kalah pada PRK@PRU nanti!!!

No comments:

Post a Comment